- E 2

663 62 2
                                    

Telinga menangkap bunyi tapak kaki seseorang sedang menghampiri meja makan, tanpa menggesa siapa Akuma terus pusing ke belakang. Dia tersenyum apabila melihat wajah adiknya, Selene, yang berada di depan mata.

Tetapi lama kelamaan senyumannya pudar pabila mata naik melihat ekspresi sebenar di balik wajah Selene. Akuma kerut dahi. Dia letak pinggan berisi nasi itu ke tempat duduk Selene. Gadis itu berjalan dan melabuhkan punggung tanpa sebarang kata.

"Dik, dik. Kau kenapa ni? Tak sihat ke? Macam tiba-tiba je.." Teka si kakak. Belum sempat dia nak sentuh dahi Selene, tangannya terus ditepis.

"Aku okay je, kak. Jangan risaulah." Balasnya mendatar.

Atas bawah, atas bawah Akuma lirik adiknya. Dia cedok daging bakar dan telur bistik berserta sawi celur ke dalam pinggan Selene.

"Kau ni apa masalah, Selene? Balik tadi elok je, ni apahal macam bini mati laki pula?" Makin galak soalan Akuma terhadapnya.

Perlahan-lahan kepala berpaling ke arah Akuma. Sugul dan tidak berperasaan.

"Apa dosa aku kak sampai kena hadap customer perangai cam siot ni?"

"Dosa kau sebab pakai tudung tak labuh kut." Selamba.

Terus Akuma dipandang dari hujung mata. "Bodoh, kau tudung pun tak pakai." bidas Selene. Mereka berdua gelak bersama.

"Apa siot sangat customer kau tu? Cuba cerita." Akuma balik ke topik asal lepas kena sailang dengan adik sendiri.

Selene kumpul nafas terlebih dahulu sebelum memulakan cerita. Dari kejadian antara dia dan Denis pada petang dan malam tadi disampaikan kepada Akuma. Penuh pasrah dan redha Selene. Sudahlah banyak plot twist setiap kali Si Dia jawab soalan, lepas itu nak kena layan sampai satu jam. Mahu tak naik kabut otaknya.

Akuma yang mendengar cerita mereka tak mampu buat apa melainkan gelak tak ingat dunia. Sangat diluar nalar ye. Dia sendiri pun tak jangka itu jawapannya.

"Tapi aku sukalah kalau dapat borak dengan lelaki macam itu. Merepek tapi lawak," kata Akuma.

"Tak pernah lagi orang merepek, sedih. Huh, kau ambil jelah Denis tu. OTP dengan dia pagi petang siang malam. Nanti nak tidur buat sleep call, kau layanlah dia punya cerita sang kancil tu. Tapi sumpah do, aku mati-mati ingat kucing dia mati sebab apa. Last last, kucing mainan, ah sah bengong." Rasa nak ketuk je kepala setiap kali teringat balik setiap apa yang mereka bualkan.

Tak sah tak terhibur, itulah Akuma Vivienne. Makin galak dia gelak, kalah Kak Timah.

"Eh, eh, kau kak. Melebih-lebih pulak. Makan, nanti setan kencing atas nasi baru tau." Tegas Selene mengarah.

"Terpaling palatao. Mana kau belajar?" Tanya Akuma.

"Daripada bapak Hadidlah khan."

"Dia agama pun tak ada, hawau."

Terpaling santai bak kata orang. Dua ketul tu kalau dah buka mulut, memang tak boleh buat apa dah.

Keesokan harinya..

Sempena hari cutinya, Selene memutuskan untuk keluar bersiar-siar di dunia luar. Dia mengenakan blouse putih dan trouser hitam beserta tudung shawl hitam. Hari ini saja nak kenakan gaya hitam putih bak cerita P.Ramlee. Black lady Bag Dior bersaiz sederhana itu diangkut ke sisi badan.

Pintu kereta Myvi kuning itu ditolak ke luar. Mewah macam mana sekalipun, Myvi tetap dihati. Sesuai dengan namanya, King. Selene tersenyum manis sambil melihat kereta kesayangannya itu.

"Aku dah bagi Tesla, nak jugak menempek dekat King kau tu." Kaylee Vivienne, 2023.

Dia berjalan masuk ke dalam sebuah gedung pakaian yang sudah menjadi tempat kegemarannya. KDA. Singkatan bagi apa entah, padahal dah nak dekat 3 tahun dia jadi pelanggan aktif jenama itu.

Pintu kaca ditolak lembut. Selene terus menapak masuk dan menikmati aura kedai itu. Dia ukir senyuman manis.

"Hello Miss, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Sapa satu suara garau dari belakang.

Selene pusing badan dan matanya bersemuka dengan seraut wajah lelaki Chinese berambut coklat perang. Tak, tak nampak macam Chinese sangat. Macam orang Barat pun ada. Liur diteguk janggal. Tinggi betul pekerja KDA seorang ini.

Bang pakai high heels ke?

"Saya nak cari Koleksi Kadines untuk 2023 yang baru keluar semalam," balas Selene sambil memandang mata pekerja itu.

"Koleksi Kadines?" Tanyanya seakan-akan pelik.

"Haah. Kenapa? Sini tak masuk lagi ke? Tapi saya.."

"Oh ye, Miss. Kami ada keluarkan koleksi baru semalam. Mari saya bawa Miss tengok Koleksi Kadines kami." Katanya seraya menunjukkan arah ke tempat barang itu berada.

Selene senyum, dia terus menuruti langkah pekerja tersebut ke tempat koleksi itu. Sampai di satu sudut kedai, matanya terus bersinar-sinar melihat wajah baru Koleksi Kadines yang sedia memagut sang hati.

"Omg, cantiknya." Puji Selene.

Dia pergi mendekati baju yang tergantung di almari pakaian itu. Koleksi Kadines 2023, dibuat khas untuk kaum Hawa. Ada set abaya dan baju kurung yang cantik-cantik belaka. Satu-persatu dia belek sambil tersengih.

"Kalau Miss beli Koleksi Kadines ni dalam bentuk set atau harga 300 ke atas, kami akan sertakan perfume, handbag dan aksesori percuma. Miss boleh pilih nak yang mana. Tapi kalau harga 300 tak sampai 400, kami akan beri aksesori sahaja. Kalau 400 tak sampai 500, kami akan bagi perfume sahaja. Kalau 500 ke atas, Miss boleh pilih antara ketiga-tiga tu atau kesemuanya sekali." Terangnya dengan penuh ramah.

Selene angguk tanda faham. Dia pandang pekerja itu dan pandang baju di depannya semula. Rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana. KDA memang pandai bab cekau duit dia. Silap hari bulan mahu dia yang beli syarikat ini nanti.

Beberapa minit kemudian..

"Ini saja ye, Miss?" Mata melihat beberapa lipatan baju yang berada di atas meja kaunter.

Otak berfikir sejenak. "Saya rasa nak beli untuk keluarga dan anak buah sayalah. Maaf eh, saya nak tengok benda lain." kata Selene.

"Baiklah, Miss." Pekerja itu mengiyakan saja. Tak apalah, rezeki.

Selene bagaikan budak yang baru masuk kedai coklat. Kesana kesini memetik setiap apa yang dia sukai tanpa lihat harga. Rasa dah puas, dia letak kat kaunter.

"Dah." Senyum manis.

Pekerja itu mengangguk kepala dengan muka tak berperasaannya. Tapi dalam diam, dia rasa nak gelak kerana telatah lucu Selene.

Setelah selesai urusan mereka berdua, masing-masing mengucapkan terima kasih sebelum berpisah. Ketika Selene mahu berjalan keluar, tiba-tiba dia diberhentikan dengan suara pekerja KDA itu.

Mereka berdua berbalas pandangan.

"Ni kad saya. Kalau ada apa-apa urusan dan masalah nak tanya tentang KDA, Miss boleh telefon nombor saya." Sekeping kad dihulurkan.

"Oh." Selene menyambutnya.

"Penuh sangat tangan tu. Biar saya tolong bawakan." Dia menawar diri.

"Eh-"

"Terima kasih sangat sebab dah belanja banyak kat kedai kami. Sampai cecah 1000 lebih pula tu. Miss beli banyak-banyak ni tak risau duit berkurang ke?"

"Tak. Saya suka belanja orang. Saya tak kesah kalau duit saya tak sampai 10 sen pun. Asalkan saya dapat reward sesuatu untuk diri dan orang yang saya sayangi.."

Mereka berdua mula berbual seakan-akan kawan rapat. Itulah permulaan hari untuk seorang manusia bernama Selene Vivienne.

"Apa nama awak?" Tanya Selene.

"Nama saya? Zeus."

- E -

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now