Selene masuk ke dalam bilik tidurnya dengan muka yang tak ubah macam mak lampir. Kaki menghampiri katil dan seluruh tubuhnya terus dihempaskan ke atas tilam. Selene hela satu keluhan penat.
"Esok dia orang dah nak balik Malaysia. Nak bagi apa je eh?" Sibuk otak memikirkan tentang persiapan untuk sambut kedatangan ibu ayah berserta kakak-kakaknya pada hari esok.
Dia baru sahaja ziarah kubur Ethan petang tadi. Rindu yang menusuk tak boleh diungkapkan. Itu yang muka macam mak lampir, habis solekan semua cair.
Selene toleh ke tepi, keningnya berkerut pelik. Sebuah beg kertas yang berada di atas meja direnung tajam. Selene bangun.
"Apa ni?" Tangan capai beg kertas itu lalu Selene ambik isi dalamnya.
"Jam?" Pelik.
Jam digital berbentuk burung hantu itu dibelek-belek dengan riak muka yang pelik semacam. Beg itu cuba Selene selingkuh semula dan akhirnya tangan terpegang sekeping kertas.
Hadiah special untuk adik akak, Selene Vivienne binti Keith Hadid. Aku minta maaf kalau sebelum ini aku selalu buat kau terasa, palau kau, caci maki kau ke. Aku minta maaf. Aku tak berniat pun nak buat macam itu.
Daripada, akak hang. Akuma Swag.
Terherot sebaris senyuman di bibir Selene. Hatinya tiba-tiba rasa berbunga-bunga. Adik mana je yang tak bahagia kalau dapat kakak spesies macam ini?
Dari segi tulisan, dia tahu ini memang daripada Akuma. Lagipun, siapa lagi kat dalam rumah ni yang ada selain mereka berdua dan bibik?
Jam burung hantu berwarna hitam kelabu itu dipegang erat. Hati berteriak gembira. Dia pasti ini bukan sembarangan jam. Tengok dari jenama pun dah tahu.
Selene senyum, kini hati Zeus pula yang terikut senyum. Dari skrin jam digital itu, dia boleh melihat keseluruhan wajah Selene yang cantik bak bidadari jatuh dari langit. Dalam banyak-banyak mangsa, wanita itulah yang berjaya memagut hatinya sehingga tak ada rasa luak sedikit pun.
Ye, berbeza macam mangsa-mangsa sebelum ini. Semuanya jenis suka ragu-ragu. Memang patut pun kena humban dalam bisnes dark web dia.
Zeus capai Iphone hitamnya lalu rakam setiap detik cinta hatinya, Selene Vivienne. Dia nampak wanita itu letak jam tersebut berhadapan dengan katilnya.
"Good girl.." Meleret sinis suara Zeus. Suka.
Kerusi dipalingkan ke belakang. Sepasang matanya tenung sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil hospital. Bertemankan beberapa mesin dan ubatan di kiri kanannya, membuatkan Zeus tergerak hati nak bangun. Dia dekati tubuh itu.
"Tak sedar lagi ke mamat ni?" Alastor dipandang, tangan memeluk tubuh.
Keadaan Alastor yang serba parah itu ditenung tanpa sebarang perasaan. Begitulah keadaannya. Sudah sendiri bantai, sendiri ubat balik. Zeus kembali main telefon.
"Zeus.." Satu suara serak basah menyapa.
Dengar nama diseru, Zeus jongket sebelah kening.
"Kau nak apa, Alastor?" Acuh tak acuh dia bertanya.
"Berhenti.."
"Tolonglah berhenti.." Tersekat-sekat suara Alastor.
"Perempuan itu tak bersalah. Orang yang kau bunuh.. semuanya tak ada dosa kat kau. Tolonglah, Zeus." Rayu Alastor.
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...