Sorry for such a messed up update. Thank you for the patience.
-
Ting! Tong!
"Bonne soiree! (Selamat petang)" sapa seorang pelayan setelah mendengar bunyi loceng yang menandakan akan kehadiran pelanggan di kedainya.
Pelayan itu angkat muka mahu melihat wajah pelanggan. Kelihatan si pelanggan sedang asik memerah otak tentang pilihan jualan serba Eropahnya.
"Ye, bang. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Dia bersuara sambil tersenyum manis.
Zeus yang khusyuk memilih juadah itu terus berpaling ke arah tuan empunya suara. Lelaki juga. Mata sekilas pandang tag nama yang tersemat di dada kirinya sebelum membalas senyuman.
Mateen. Nama pekerja itu, Mateen.
"Bagi saya Matcha Coffee Croissant satu dan Smores Tiramisu Almond Croissant satu. Dua Pain au Chocolat dan dua Matcha Éclair," pesan Zeus.
"Wow, you kinda have the France accent, my bro." Mateen mengusik aksen yang dipakai Zeus ketika menyebut satu persatu nama pencuci mulut tersebut.
"Lidah aku multilingual kau apa tahu?" balas Zeus acuh tak acuh.
Tergelak Mateen mendengarnya. Dia kemudian terus tekun menyiapkan pesanan pelanggan yang seorang itu.
"Bukan lidah je, tuan lidah pun macam multilingual aje rupanya." usik dia lagi. Dah alang-alang dapat pelanggan jenis macam boleh dibawa melayan.
Zeus herot senyum sinis sambil mendengus kecil. Matanya pandang pesanan yang sedang dibungkus oleh Mateen.
"Ni mesti Cina yang lahir kat belah Eropah sana tapi duduk membesar kat sini. Ye kan, ye kan?" Kedua belah kening jongket bersama ke atas. Mateen bantai gelak.
Sebuah nafas kecil dihela perlahan.
"Croissant dan Pain au Chocolat tu aku nak tambah krim Matcha on top." Zeus tetap kekal dengan imej bekunya. Langsung tak mempedulikan gurau tawa dari Mateen.
"Hah? Tambah krim Matcha kat atas? Boleh bang, boleh. Takkan tak boleh." Tanpa berdalih lagi, Mateen terus tuang dua tiga senduk ke atas pesanan Zeus.
Tangan lincah membungkus makanan itu ke dalam sebuah beg kertas sebelum kaki beralih membuat urusan pembayaran di kaunter.
"Xièxiè, Ah Boy!" ucap Mateen. Badan terus tunduk 90 darjah kepada Zeus. Malangnya, tindakan dia itu tidak dilayan mahupun dilihat sedikit pun. Zeus kini sudah hampir mahu membuka pintu kedai.
Ketika dia mahu berlalu pergi, tiba-tiba dia diberhentikan dengan panggilan suara dari Mateen.
"Bang, good luck dating dengan awek tu! Saya rasa mesti dia suka lalu tersadung dan terjatuh ke dalam lautan cinta Matcha kau, bang!" Laung Mateen agak kuat dari tempat dia berdiri.
Tak balas apa-apa, Zeus hanya kembali mengorak langkah. Senyum atau sebarang ucapan terima kasih pun dia tidak luak nak bagi kepada Mateen atas kata-katanya tadi.
Jam Rolex dikerling sekilas. Hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi sebelum satu Malaysia dikejutkan dengan khabar 'bombastik mata sebelah'.
"Selene mou, you must wait for me!" Bibir lantas mencium ganas beg kertas di tangan.
Bau makanan yang sedap itu membuatkan kepalanya teringat akan suri hati yang sedia menunggu di rumah. Siapa lagi kalau bukan anak Hadid Khan?
Yakin je ada orang tunggu dia.
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...