E - 17

379 44 3
                                    

"Tak habis lagi ke murung kau tu?" Tempat kosong di atas katil gantung itu diduduki Zeus.

Dia tatap Selene yang membelakanginya sejak dari tadi. Gadis itu diam tidak bercakap, membisu ke sudah. Tanya itu ini, cakap itu ini, semua tidak dia endahkan. Nak pujuk? Heh, langkah mayat keluarga sendiri dulu.

Selepas serangan panik itu dapat diredakan, perangai Selene terus berubah seperti orang kemurungan. Nak harapkan ada manusia lain layan? Oh, tidak sayang.

Perangainya itu hanya bikin Si Zeus naik angin. Sudahlah cakap terima kasih pun tidak. Lepas itu ada hati nak mogok. Sakai betul. Zeus kasi jelingan tajam. Dia mengeluh berat.

"Sudah-sudahlah wei, benda dah jadi dah pun." Penuh selamba.

"Lagipun, sekurang-kurangnya kau patut bersyukur dan berterima kasih dekat kakak kau. Dengan cara tulah, keluarga kau dapat hasilkan duit. Dia dapat hasilkan duit. Boleh makan sedap-sedap. Kau nak makan burger Ramlee je ke? Aku tak nak." Geleng kepala banyak kali. Sungguh dia menidakkan pilihan itu.

Selene diam. Dia cuba menahan sabar. Panas saja hati ini. Nasib nafsu nak lawan balik dah karam, kalau tak mahu bertekak mereka berdua. Bantalnya basah dek air mata yang bocor berjam-jam.

Liur diteguk pahit.

"Aku lagi rela makan burger Ramlee dari telan duit haram dia tu." Penuh perit Selene bersuara.

Zeus bagi reaksi terkejut. "Ouh, ada suara. Ingatkan dah karam sekali dengan bekas tunang kau." Sungguh di luar nalar.

Sekali lagi, Selene panjatkan istighfar untuk menahan rasa barannya. Ya Allah.. Ethan.

"Lupa pula. Saja nak bagitau tekak aku ni tak sesuai makan burger murah macam itu. Daging lembu mana sedap," sambung Zeus.

"Tekak kau sesuai dengan daging babi je. Aku faham." Sekilas Selene menjawab balik.

Terus meledak keluar ketawa besar Zeus. Lucu akan jawapan Selene yang jelas menahan sakit hati.

"Haha lepas itu aku ludah masuk dalam tekak kau. Kita kan sweet couple. Kena rajin kongsi barang."

Hak tuih.

Keadaan menjadi sunyi kembali. Selene tak ada jawapan nak balas, penat. Makin dia layan, makin mamat itu suka. Sekali lagi, air matanya jatuh. Sensitif betul bab arwah Ethan ini.

"3 tahun lepas, aku kena hina sebab benda itu." Secara tiba-tiba, mukadimah dibuka. Zeus jeling dari hujung mata.

"Muka aku tersebar luas dekat internet. Semua orang kecam aku, hina aku. Mak bapa aku marah teruk. Dia orang halau aku. Dia orang mengaku yang dia orang menyesal bawa aku ke dunia ni. Aku dibuang kerja. Masa itu, sampai tak ada seorang pun yang sudi nak layan aku macam manusia. I did. I did explain everything. Satu persatu aku terangkan. Lillahi Ta'ala aku jujur, aku tak tahu apa-apa, aku tak buat pun benda macam itu."

Selene kumpul nafas sebelum sambung.

"Sampai satu masa, aku tahu tu semua kerja kakak aku. Kaylee. Itupun sebab Madina dan Ethan yang tolong siasat. Aku pergi semuka dengan Kak Kaylee. Aku suruh dia terangkan dekat aku dari kenapa sampai macam mana. She admitted it with proud and not a single guilty on her face." Bangga, sungguh bangga. Selene ingat lagi wajah Kaylee ketika dia mengakui perbuatan jijik dia itu.

"Tak cukup dia pasang kamera nak intip aku, perempuan itu pergi edit muka aku dengan manusia entah mana-mana tengah melucah. Gambar, video, audio, semua dia buat. Untung dapat kat dia bukan dekat aku." Durian runtuh kepala kau, Zeus.

"Ethan dan Madina tolong aku take down akaun itu. Alhamdulillah, dapat. Aku bersyukur sangat. Lillahi Ta'ala, terima kasih sangat-sangat kat dia orang. Aku jejak rumah itu balik sebab Kak Akuma pujuk je. Lepas 3 tahun, aku ingat semuanya dah okay. Tapi.." Allahuakbar, sakitnya.

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now