Note : This advice is for me. Sorry kalau ada yang terasa atau fikir saya victim blaming. Ini je cara saya nasihat kat diri sendiri supaya terus keep up dalam dunia penulisan.
Tempat duduk yang kosong tanpa penghuni itu ditenung lama oleh Selene. Meja ofis Madina dan meja ofis Ethan. Entah kenapa makin lama dia cuba singkirkan mereka dari fikiran, makin hatinya terasa bagai ada sesuatu yang tak kena.
Tragedi hitam pada malam itu masih menghantui dirinya. Dah kata, impak arwah Ethan memang besar. Lepas hilang seorang, tiba-tiba saja seorang lagi hilang.
"Aku nak berangkat ke Thailand petang nanti. Ada hal sikit kat sana."
"Berapa lama kau pergi? Asal hari ini baru nak cakap?" Rasa nak sekeh je. Sudahlah air mata dia tak kering lagi, tiba-tiba dapat tahu kawan akrab dah nak pergi menghilang.
Ketika itu mereka baru pulang dari menziarahi kubur arwah Ethan. Madina menawarkan diri untuk tinggal bersama Selene sebelum berangkat. Niatnya juga mahu merawat hati si kawan yang patah.
"Seminggu lebih je, tak lama pun. Aku pergi ni kau jaga diri tau. Jangan nak sedih-sedih sangat. Kalau nak meluah apa-apa, spam je chat kat aku. Nanti ada masa aku bacalah. Okey?" Lembut Madina pujuk.
"Hmm.."
"Don't be sad, girl. Kata nak kuat macam The Rock."
"Itu kau, bukan aku. Memandai ek."
Dan itulah perbualan terakhir mereka sebelum berpisah. Seminggu lebih? Lawak dek.
Sebuah bingkai gambar yang terletak di tepi patung Kaktus dibawa dekat ke dirinya. Selene tenung gambar yang diambil ketika jamuan malam ViKhad. Dia, Madina, Ethan dan Ildya, semuanya dalam satu bingkai.
"Tinggal aku dan Ildya je sekarang ni. Kau jangan buat hal tau, Madina. Kalau kau lepak sekali dengan Ethan, aku curi Kaktus kau." marahnya terhadap Madina.
Fikiran spontan, padahal dia tak pernah terfikir nak cakap macam itu. Rasa tak sedap hati kuat betul.
Tenenet! Tenenet! Bunyi telefon berdering tanda ada pelanggan masuk. Selene hela nafas berat, dia angkat lalu tekapkan ke telinga.
"Hello, khidmat motivasi ViKhad bercakap. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Suara berubah ceria.
Tiada jawapan, hanya bunyi tangisan. Kening Selene berpaut risau.
"Awak, awak okay ke? Awak ada masalah boleh cerita dekat saya.." Lembut dan penuh ayu.
"Cik, cik boleh tak bagi kata-kata semangat untuk saya? Saya penulis, saya down sebab ada orang tak suka cerita saya. Saya suka sangat buat cerita tapi jadi macam ini, saya rasa.." Perempuan di hujung telefon itu meluah tentang deritanya sebagai seorang penulis.
Selene diam. Dia sandarkan badan pada kerusi ofis.
"Cik, dengar apa yang saya nak cakap ni, okay? Dalam dunia penulisan ni atau dunia apa-apa sekalipun, kita tak boleh nak harap semua orang akan suka kita. Tak semua orang boleh terima apa yang kita tulis. We all have different mentalities. Awak bagitahu saya sekarang berapa ramai pembaca awak?" Mukadimah dimulakan dengan tenang.
"Ramai. Dalam berjuta macam itu."
"Okay. Berapa ramai haters yang kecam awak, buat hal dengan awak?" Tanya Selene lagi.
"Adalah segelintir. Dia orang tak suka cerita saya sebab cerita saya ni merepek. Tak layak nak sama taraf dengan penulis-penulis yang sukses kat luar sana tu."
"Faham. Awak tulis cerita kat mana?"
"Wattpad."
"Pernah tak ada keinginan nak keluarkan buku fizikal?" Ditanya lagi.
"Ada, sebab itu saya mula dari Wattpad je."
"Boleh bagi saya nama akaun awak?"
"Lonelystar_."
Tekan tekan papan kekunci, akhirnya jumpa.
"I see. Ramai juga eh yang support awak. Tengok dari conversation dan jumlah pembaca pun saya boleh tahu. Baiklah Cik Lonelystar, saya nak bagitau sesuatu dekat awak."
"Kalau awak nak hidup sebagai seorang penulis sebab itu impian awak dari dulu, saya rasa lebih baik awak teruskan walaupun lambat. Lambat update, lambat notice readers, itu semua tak apa. Asalkan saya nak awak tahu yang ramai je orang sokong awak kalau nak dibandingkan dengan jumlah orang yang kecam awak."
Laman Wattpad penulis itu digesek ke bawah.
"Sebelum buat keputusan, fikir. Apa perasaan pembaca kalau tahu yang penulis kegemaran dia orang ni nak berhenti. Hilang, tak boleh dicari dah. Awak ada cakap yang awak nak unpublish cerita sebab toxic people, kan? First of all Author Lonelystar, kenapa awak nak kena bagi perhatian lebih dekat haters? Kenapa awak nak hilang, nak unpublish cerita sebab haters? Kenapa awak nak kena respon dekat perangai negatif dia orang?"
"Awak tahu tak pembaca awak ramai? Awak tahu tak ramai je yang tertunggu-tunggu notifikasi update, tak kesah lah apa-apa update sekalipun asalkan positif, dari awak? Cuba bayang, ada yang dah teruja nak baca, dah siap add to library or offline, bila buka eh hilang? Hitam bontot kuali je dia orang nampak."
"Please, never ever respond to a negative message, to a negative action. The minute you respond, you lost. Kemenangan bukan kat awak, tapi kat dia orang. One more thing, this world doesn't revolves around you. Kalau nak semua suka, semua terima awak, jenuh jugalah macam itu. Ambil benda negatif sebagai semangat untuk awak terus berkarya."
"Contoh. 'Aku tak sukalah story kau. Banyak gila merepek sebab itu ini itu ini. Memang patut pun kau tak femes macam author ini ini. Awak baca dan awak diam. Kalau nak balas pun, balas, 'Who are you? Excuse me', 'Ha, k. Astu?', 'Ada nampak mami kesah?'. Just like that, honey. Menangis takkan selesaikan masalah. One disrespect, out. Kadangkala dia orang bukan nak kecam, dia orang nak tegur mungkin ada sebab munasabah sendiri."
Tengah sibuk otak nak memikir ayat seterusnya, tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Ha, awak cakap awak nak publish buku fizikal kan? Nasihat saya, maaflah kalau kedengaran kasar eh. Tapi, kalau dalam Wattpad macam ini pun dah banyak koyak banyak buat drama, pergi karam jadi Titanic jelah impian nak keluarkan buku fizikal tu. Dunia luar lagi mencabar, awak."
Lepas habis membebel, Selene terus rasa nak gelak. Itu bukan motivasi, itu luahan hati sebenarnya. Sebagai seorang yang penat layan drama Wattpad Melayu, dia hambur je bila tiba masa.
"Nak berehat boleh, nak berhenti pergi ikhtiar cara kampung dulu. Usaha tak akan mengkhianati hasil, awak." pesan Selene untuk kali yang terakhir sebelum panggilan tamat.
Dia ada pengalaman, dia tahulah.
Sementara itu, seperti biasa ada orang yang sedang melihatnya dari pelbagai arah. Bukan kaleng-kaleng Zeus pasang perisian pengintip sekarang ini. Selain di telefon Selene, segala gadget dan barang yang dekat dengannya dia pasang sekali.
"Usaha tak akan mengkhianati hasil, ye? Faham sayang faham." Dia gelak sinis lalu sua jeruk timun cicah madu ke dalam mulut.
- E -
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...