- E 6

553 61 4
                                    

Tergopoh-gapah Selene ketika menuruni anak tangga sambil di tangannya erat memegang sesuatu. Fail. Setibanya di tingkat bawah, langkah Selene terhenti. Dia terkejut tatkala melihat seraut wajah yang cukup dikenalinya berada di dalam rumah ini.

"Zeus?" Panggil Selene.

Kedua-dua kepala manusia yang sedang rancak berborak itu serentak memandang ke arahnya. Akuma dan Zeus. Lebar senyuman Akuma melihatnya.

"Selene, kawan kau datang ni." Ajak Akuma.

Perlahan-lahan langkah Selene bergerak ke depan. Dia pandang Zeus dan kakaknya selang-seli sebelum mengambil tempat di sebelah Akuma. Wajah Zeus dipandang dengan penuh buntu.

"Kenapa awak datang, Zeus?"

"Ecey, awak!" Sampuk Akuma. Selaku itu, sedas penampar dari Selene menghinggap di pehanya.

"Dia pelanggan akulah gila." Jeling Selene.

"Awak ada tertinggal sesuatu tadi kat kedai saya." ujar Zeus seraya mengorak sebaris senyuman.

"Hah?!" Terus jatuh cik rahang mendengarnya. Selene pandang siling rumah, dia cuba meningati satu persatu detik di antara dia dan Zeus. Rasanya dia hanya ada bagi telefon saja.

Apa yang tertinggal?

Bagai menjawab soalan di dalam kepala, Zeus letak sebuah beg kertas ke atas meja di hadapan mereka. Akuma dan Selene terus panjang leher untuk melihat. Beg itu diambil oleh Selene.

"Uii, dapat apa tu?"

"Barang aku, jangan sibuk." Beg itu ditarik rapat ke tubuhnya. Akuma cebik bibir.

Pandang Zeus dengan muka terkebil-kebil.

"Tengoklah."

Dia tarik isi dalam beg kertas itu lalu diletakkan ke atas meja. Rahang Selene dan Akuma kembali jatuh mencecah lantai. Mereka saling berpandangan sebelum mata bertembung dengan wajah Zeus.

"Awak tertinggal benda ini. Ikutkan, saya nak hadiahkan untuk awak sempena pertemuan kali pertama kita tapi awak pergi cepat sangat sampai saya pun terlupa." ujar Zeus sambil mengusap belakang lehernya.

"Ouh.. Saya minta maaf. Saya tak tahu pun awak nak bagi hadiah. Lagipun, bila awak cakap yang saya ada tinggal barang tadi, saya naik pelik jugalah." Mereka berdua lantas hambur tawa janggal.

Kotak berisi sarung telefon itu dipegang dengan penuh rasa bahagia.

"Mamat ni macam tahu-tahu je aku dah lama mengidam nak benda ini." Makin meleret senyumannya.

"Selene's first wish list, down." Monolog hati Zeus sambil matanya merenung kepuasan yang terserlah pada wajah Selene.

Mereka berdua bertentang mata dan tersenyum manis. Makin dia dilayan sebegitu, makin kuat rasa cintanya terhadap Selene.

"Tapi macam mana awak tahu alamat rumah saya?"

Zeus herot hujung bibirnya naik. "Saya ambil dari butiran pesanan awak. Banyak kali juga eh awak pesan barang dari kedai kami."

"Saya peminat setia KDA, awak pun tahu kan?"

Beberapa minit kemudian, Zeus minta diri untuk beransur pulang. Dia sempat bergurau-senda dengan Selene walaupun dah tercangak kat pintu. Dua beradik itu layankan sahaja.

Setelah pintu ditutup, terus tangan Selene ditarik oleh Akuma. Mereka serentak duduk di atas sofa.

"Weh, Selene! Mana kau cekau customer helok nakram tu? Mak aih, muka pun ada iras Kim Jiwoong aku."

Naik jijik air muka Selene melayan karenah kakaknya yang sudah terbeliak biji mata.

"Kau tak payahlah nak kenenkan pelanggan aku dengan oppa Korea kau yang berlakon BL tu. Jijik pula aku, aih!" Badan menggeletis geli.

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now