E - 24

108 5 1
                                    

"Your anterior insular cortex was damaged. That's why you got no empathy. Thus, genetik psikopat mengalir dalam darah kau. In conclusion, banyak bahagian dalam otak kau yang dah rosak." Asap rokok dihembus sebagai tanda noktah kepada bicaranya.

Zeus memandang kosong perempuan di depan. Jari-jemarinya bertindihan dan mengusap satu sama lain. Dia mencebik bibir, ada komen yang mahu diutarakan.

"Genetic or environmental influences do not cause psychopathy directly. Benda tu hanya mempengaruhi cara struktur dan sesetengah sistem otak berkembang. In other words, it increases the risk a person will develop psychopathy." Selesai membetulkan persepsi orang, Zeus kelip mata dua kali.

Leanne Najin Adonis.

Najin selaku saudara sebapanya tidak memberikan respon. Dia tahu Zeus akan berkata begitu. Lagi pula, dia tak menafikan hal tersebut kerana ia adalah sebuah fakta.

Hidung menghela nafas panjang.

"Banyak orang salah anggap pasal orang macam kau. Your erotomania berkait dengan temporal lobes. Limbic lesions kau terutamanya di temporal lobes dah rosak. Mungkin ada salah faham antara benda tu dengan erotomania tapi what can I say.. insular cortex is a part of the temporal lobes."

Najin membuat kesimpulan mengenai topik perbincangan mereka. Dia maju sedikit ke depan lalu mencapai otak manusia . Masih segar.

Warnanya masih merah kejambuan. Bahagian kiri dan bahagian kanan dipisahkan oleh longitudinal fissure. Vena-vena biru juga mula kelihatan.

"I read a lot. Apa yang aku boleh cakap, ramai penulis portray watak yang.." Najin memusingkan jari telunjuk di sisi kepalanya.

"Sebagai antagonis. Mereka tak tahu beza antara psikosis dan psikopat. Dan-dan pula, a person with DID boleh tukar warna mata." Sekali lagi, Najin menghela nafas panjang. Dia tergelak kecil.

Zeus melentok kepala ke penyandar kerusi. Tubuhnya dikebawahkan sedikit sehingga wajahnya tenggelam di sebalik kepala hoodie.

"Apa kejadah kau panggil aku ke sini sebenarnya, Najin?" Zeus mengingatkan Najin. Suaranya kedengaran bosan dan mengantuk.

Toleh ke Zeus, Najin letak semula otak manusia ke tempat asal. Dia raup rambut ke belakang sebelum mencebik bibir.

"Nothing. Living in this castle alone makes me wanna welcome your step here. Kalau rasa terbeban, tak payah datang." ujar Najin sambil menggoyang-goyangkan gelas rocks berisi whiski Auchentoshan.

Sekali lagi, Zeus putar bebola mata. Menyampah dengan perangai Najin yang satu ini. Tapi apa boleh kata..

"Bercakap pasal 'psiko', aku rasa baik kau kaji diri kau sendiri Najin. Aku dan kau, tak ada beza sangat pun. Well perhaps I am a psychobsession, but it doesn't change the fact that you're worse than me." Ayat yang selalu diingatkan kepada Najin tentang darjat mereka.

Kenapa asal benda buruk jadi je semua nak kena tuding dekat dia? Bagi Zeus, dia masih tak boleh terima yang dia mewarisi genetik psiko dari ayahnya. Dia tak faham dan tak akan pernah nak faham asbab di sebalik benda yang menimpa dirinya.

Erotomania? Othello? Psikopat? Sosiopat? Apa kejadah semua itu?

Dia hanya suka seseorang dan dia tahu orang itu mesti balas benda yang sama terhadapnya. Posesif, cemburu buta, terlalu melindungi, bukankah itu perkara normal dalam sesebuah hubungan?

Tapi kau bunuh orang.

Zeus terlepas tawa hambar. Bunuh? Salah ke? Niatnya suci. Dia tak mahu orang yang dicintai menyayangi orang lain atau orang lain berbuat sedemikian kepada si dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now