"Jaga mulut kau perempuan!" Inez meluru ke Selene. Tembakan yang dilepaskan sebentar tadi mengenai kabinet atas.
Dia melibas pistol ke wajah Selene. Kepala Selene terteleng ke kiri lalu dagunya dipagut kasar oleh Inez.
Mata mereka berlaga. Selene mengherot senyum sinis meski hujung bibirnya terasa perih. Berdarah. Sisi matanya juga lebam. Sakit hati Inez melihat riak muka wanita itu.
"Kau jangan cabar aku, Selene. Sebab mulut loji kau tu, badan binasa." Hujung pistol ditekan ke bawah dagunya.
Selene tertawa kecil. "Nak compete badan siapa yang binasa dulu?" Kali ini, dia memulangkan paku buah keras. Pistol di dagu berbalas dengan pisau di perut.
Inez tarik nafas singkat. Keadaan mereka sangat tegang. Atmosfera dalam rumah itu terasa hangat. Masing-masing menyasarkan nyawa di ambang maut.
Bibir didekatkan ke telinga Inez.
"Kau tak akan berani bunuh aku, perempuan. Sebab aku tahu bos kau nak aku hidup-hidup. Kalau tak, kenapa kau tak tembak je aku masa aku buka pintu tadi? I'm right, you're not fit enough to do this job." Intonasinya separa berbisik tapi cukup berdesing di telinga Inez.
Rasa tergugat, Inez ketap rahangnya. Lidah bermain di dinding pipi. Pistol ditekan rapat ke rahang Selene membuatkan wanita itu terdongak tinggi.
"Aku mungkin tak dapat bunuh kau tapi aku akan pastikan kau tengok macam mana aku bunuh kakak kau. Your only supporter, Akuma." balasnya.
Wajah si kakak lantas menerpa ruang pandangan. Anak mata Selene bergetar, pisau ditekan sehingga menembusi baju Inez.
Mata tajam pisau itu terasa jelas di kulit perutnya. Jika ditolak lagi, boleh tembus lapisan epidermis.
"Touch her, you die. Akuma bukan kelemahan aku. After all, semua orang mati tapi bukan di tangan syaitan." Pandangan mereka menikam jiwa satu sama lain.
"Stop yapping, girl. Setahu aku, Tuhan kau laknat hamba Dia yang membunuh." Dari mulut seorang penganut Kristian, Inez membuka hujah tentang agama Islam.
"Habis Tuhan kau buat parti sarkas ke? I can repent if I commit that 'sin'. Tapi kau, perangai pun macam tak beragama. Memang meringkup kau dalam Jahannam sana," tegas Selene.
Inez mengecilkan mata.
"That's where you belong to. Welcome home, Lady Inez." Selene menyengih.
Tangan Inez menggigil mahu menarik picu pistol. Nafsunya untuk membunuh gadis itu membuak-buak.
Suis amarah sudah dipetik. Riang menguasai hati Selene.
"What are you waiting for? Come on. Pull your trigger. Bunuh aku like the satans said." Provok dengan muka bangga.
Merasakan tekanan hujung pistol di bawah dagu, Selene pasrah untuk ditembak bila-bila masa. Kalau rahangnya bersepai selepas ini, paling-paling pun dia cacat seumur hidup.
Kemungkinan, pekak dan bisu. Dapatlah dia merasa pegang kad OKU.
Sementara perempuan jalang ini, meringkup dalam penjara.
Bam!
"Letak senjata kau kat bawah!" Bunyi pintu dirempuh dan arahan keras seorang lelaki meragut perhatian mereka berdua.
Selene dan Inez serentak menoleh. Mata mereka berlaga dengan muka bengis Ishakan. Dadanya berombak laju. Perasaan marah merasuki diri.
Inez ketap rahang. Dia mencengkam tangan bersenjata Selene seraya menarik semula pistolnya. Namun, Selene lebih cekap memanipulasikan situasi itu.
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...