Selepas penat dan lali akan apa yang baru saja dilalui, Selene memutuskan untuk tidur di tempat-tempat tertentu di luar rumah. Pembetulan, dia kena halau oleh tuan rumah. Angin Dato' Sri Keith Hadid sememangnya lebih hebat dari angin monsun malam ini.
Berjam-jam Selene menangisi takdir hidupnya. Fikiran negatif berpusu-pusu bermain di dalam kepala. Tiada siapa berjaya menenangkan angin bapanya sekaligus menahan dirinya dari dihalau keluar.
Semua orang seperti rela dengan ketiadaan dia, dengan pemergian dia.
Termasuk Akuma.
"Wallahi aku tak ambil duit dia. Aku tak pernah sentuh duit dia." Selene kesat mata sambil tersedu-sedan.
Tangan yang memeluk tubuh dikejapkan. Angin malam yang sejuk agak mencabar suhu badannya sekarang. Ditambah pula dengan tempat duduk stesen bas yang sedia lagi sejuk bak ais batu.
Lama dia bazir air mata, tanpa sedar diri sudah terlelap hanyut dibuai mimpi.
Tap! Tap! Bunyi tapak kasut seseorang berhenti di hadapan Selene. Matanya melirik tajam ke arah sekujur tubuh yang sedang berbaring lemah itu.
Tak lain tak bukan, Zeus. Siapa lagi kalau bukan dia? Brahms?
Tidak lama kemudian, Zeus mendekati Selene sebelum tubuh gadis itu dicempung gaya bridal style lalu dibawa masuk ke dalam sebuah kereta BMW. Letak di tempat duduk belakang kemudian tutup pintu kereta.
Pemanduan dimulakan dengan penuh santai. Sekali-sekala hujung matanya jeling Selene melalui cermin pandang belakang.
Kereta BMW itu berhenti di perkarangan sebuah banglo dua tingkat yang terletak jauh dari kawasan perjiranan. Lebih terperinci lagi, tak ada sebarang rumah lain yang ada di taman itu. Hanya rumah dia, hutan dan lombong.
Badan Selene dicempung masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas. Zeus letak Selene ke atas katil tergantung yang diubah suai olehnya sebelum dia turut berbaring di sebelah.
Dalam suasana bilik yang serba hitam dan hanya diterangi lampu LED merah, Zeus menggunakan waktu itu untuk menilik wajah Selene. Dari atas dahi sehingga dagu. Mata mula meleret dari leher jinjang hingga ke sepasang kaki Selene yang panjang. Zeus ukir senyuman puas.
Wajah mereka dirapatkan.
"Kenapa awak cantik sangat sayang?" Garau suara Zeus berkata.
Makin lama dia tatap, makin ghairah nafsunya membara. Meskipun hanya bertudung sarung dan berbaju tidur, tetapi itu cukup membuatkan iman Zeus tergugat hebat. Rahang kiri Selene dirangkul, bekas air mata yang masih tersidai di pipinya diseka lembut.
Lama Zeus berkelakuan sebegitu. Rasa tak nak turun dari katil pula, syok bila buah hati ada di depan mata.
"Mimpi indah tau, sayang. Abang nak jahit baju sekejap, okay? I love you." katanya sebelum bangkit dari katil.
Sebuah kucupan hinggap di ubun-ubun Selene. Zeus senyum manis.
Keesokan pagi..
Kelopak mata dibuka dengan penuh malas. Dekorasi bilik asing menjamah pandangannya buat kali pertama. Selene kerut dahi, dia terus tegakkan tulang belakang.
"Dang, aku kat mana ni?" Perasan akan keanehan tempat tidurnya, kerutan di dahi Selene bertambah. Katil buaian?
Akibat gabra, cepat-cepat dia mengesot ke tepi untuk turun. Bergerak-gerak katil itu dek pergerakannya. Selene tunduk melihat badan sendiri, dia tarik nafas lega.
"Alhamdulillah, tak bogel." Sebuah syukur dipanjatkan.
Selene berlari ke arah pintu. Tarik ke dalam tak boleh, tarik ke luar tak boleh. Meningkat tahap cuaknya. Ketika tangan mahu mencuba buat ke sekian kali, secara tiba-tiba pintu itu terselak ke tepi dari arah luar.
YOU ARE READING
EROTOTHELLO : OG
Mystery / Thriller#1 thriller "Semakin besar cintanya kepada seorang perempuan, semakin besar tompokan darah yang dihasilkan-" • Erotomanic & Othello Delusional Syndrome Disorder Hidup seorang Selene Vivienne binti Keith Hadid mula berubah gundah-gulana setelah dia m...