E - 16

383 52 1
                                    

"Ethan!" Jerit Selene.

Selene langsung bangun dari tidur. Mata terbuntang luas, kening hampir bercantum dek ketakutan.

Kali ini, dia bermimpi tentang Ethan. Malam di mana Ethan menghembuskan nafas terakhir di depan matanya dan kedatangan semula Ethan yang penuh dendam terhadapnya. Ethan di dalam mimpi ialah ibarat seorang jejaka bengis yang tiada simpati walaupun sekecil zarah di dalam hati.

180 darjah berubah. Berbeza.

Sudahnya, Selene persetankan mimpi buruk itu. Dia pandang depan, mata bertembung dengan wajah bertopeng Zeus.

"Wakey wakey, selene mou." Suara garau Zeus menegur.

Zeus dipandang pelik lalu tanpa teragak-agak mata terus lari memeriksa posisi sendiri. Pembetulan, posisi mereka.

Nak tercekik anak tekak Selene apabila melihat dirinya dalam keadaan separuh terbaring bersama Zeus di atas tubuh. Dalam posisi merangkak.

"Apa kau buat ni?!" Terus dia menjauhkan diri. Katil yang dihuni mereka terasa sedikit bergoyang.

"Admiring you?" Jawapan dalam bentuk soalan.

"Pak hang punya 'admiring'," hambur Selene.

Dia tarik muka jijiknya. Mata menilai seberapa jijik aksi lelaki itu dari atas sampai bawah. Ini kalau orang lain nampak ni mahu dibawa satu bangunan JAIS datang ke mari.

Celik mata nampak muka tengkorak, pandang bawah nampak posisi tak senonoh mereka. Mana tak ada rasa nak layang kaki tinggi-tinggi dekat mamat itu?

"Kau pergi blahlah, setan! Aku jijik dengan kau!" Kaki naik menerajang dada Zeus.

Selene mengesot ke tepi untuk turun tetapi tangannya laju direntap oleh Zeus. Dengan kudrat wanita yang ada, Selene cuba melepaskan diri tetapi usahanya hanya membawa kepada kegagalan. Dia diheret ke meja berdekatan dan dipaksa duduk.

"Kau duduk!" Arah Zeus penuh tegas.

Tangan sasanya cekup belakang leher Selene yang terdedah. Dia tolak kerusi itu rapat ke meja sehingga tiada ruang yang tersisa untuk gadis itu bergerak.

"Kau tengok." Skrin komputer dinyalakan.

Anak mata Selene berkerut memandang Zeus sebelum beralih ke skrin komputer.

"Itu bukan ke.." Selene kecilkan mata. "Kak Kaylee?" Wajah Kaylee yang sedang nyenyak tidur di dalam video itu cuba dihadam sedikit demi sedikit.

"Selene mou, ini kakak kesayangan kau kan?" Dia bersuara sambil kamera menjalar ke seluruh tubuh Kaylee yang sedang dibuai mimpi.

Zeus perlahan-lahan selak duvet katil lalu melabuhkan diri di sebelah Kaylee. Helaian rambut Kaylee bermain di celahan jemarinya. Kamera kemudian dihadapkan kepada Zeus dan di saat itulah, mata Selene terbuntang luas.

Di belakang susuk berjubah hitam itu, Selene melihat ada tiga kepala yang amat dikenalinya sedang terduduk lemah. Suasana gelap, visual mereka tidak jelas tapi dia tahu gerangan tiga manusia tersebut.

"Ayah! Ibu! K- Kak Sara!" Berdesup kepala beralih ke sebelah.

"Kau buat apa dekat keluarga aku, bangsat?!" Seoktaf naik suara Selene menengking Zeus.

Jejaka itu hanya bantai gelak. Menyirap darah Selene mendengarnya, dia terus hentak meja guna kedua tapak tangan. Saat badan mahu bangun, Zeus tekan kerusi itu rapat serapat-rapatnya ke meja. Nafas Selene putus.

Perutnya sakit, tekaknya bagai mahu muntah segala isi perut. Senak sehingga kedua belah mata terpejam erat. Zeus mengeratkan cengkaman pada leher Selene lalu menghempasnya ke permukaan meja.

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now