E - 20

143 9 1
                                    

"Kita dah sampai." Mateen memberhentikan kereta. Dia pandang Selene di sebelah.

"Hm? Apa pai?" Sambil menggosok-gosok mata dia bertanya. Maklumlah baru bangun tidur, mimpi tak hilang lagi.

Mateen hanya pandang Selene dengan tatapan kosong. "Pai J kuasa dua." Senyum.

Jeda. Mereka berdua saling menatap antara satu sama lain bersama ekspresi wajah yang sukar diungkapkan. Seorang senyum nampak gigi, seorang lagi cebik bibir.

"Aku cakap kita dah sampai. Kau nak duduk menyewa ke dalam kereta aku ni?" Naik setinggi gunung Everest Mateen laung suaranya agar dapat didengari jelas dan sampai tanpa sebarang ralat ke telinga penumpang sebelah.

Selene pandang Mateen atas bawah dua kali sebelum tangannya terus membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta tersebut tanpa sebarang kata.

"Tutup pintu elok-elok tau!"

PAM! Pintu dihempas, Mateen terdiam. Dia termenung seketika. Beberapa detik kemudian, dia geleng kepala sambil hela nafas pasrah.

"Lain kali.. tutup pintu elok-elok tak boleh ke? Kalau rosak pintu kereta aku tu dia nak tolong baiki?" marah Mateen. Dia mula hentak-hentak kaki. Sepasang tangan sasanya menumbuk berkali-kali tempat duduk yang diduduki Selene sebentar tadi.

Mateen keluar dari perut kereta. Telinga berasap, hati menggelegak marah. Dia sesungguhnya sudah tenggelam dalam mod angin monsun barat daya.

"Dia tak tahu ke aku baru je hantar bengkel sebab pintu tu tercabut? Kesianlah dekat Jonna aku! Dia ingat aku rawat Jonna pakai air liur ke? Hek tuih, hek tuih, dah! Apo?" Mulut becok membebel sepanjang dalam perjalanan.

Tatkala firasat berasa sudah sampai di tempat sepatutnya, hujung kasut Mateen menyepak batu kecil yang tidak bersalah di atas jalan tar. Dia angkat kepala ke hadapan dan sejurus itu, ekspresi cemberutnya tadi mati serta merta.

Mata bertentang dengan sepasang mata yang sedang tajam merenungnya bagai nak lahap hidup-hidup. Gulp! Bos besar sudah turun!

"Are you done spitting bullshit, Mate?" Penuh sarkastik dia menegur perilaku Mateen.

Selene di sebelah terus berpaling menghadap tukang suara tersebut. Terkedu dia dengar suara itu. Dalam nak mati, seh!

"Luah perasaan je. Takkan tak boleh, kut?" Mateen berlagak selamba. Kedua belah bahu naik menjongket ke atas.

Tak mahu sesi soal jawab penuh tegang berlangsung di situ, Mateen bingkas tunduk kepala dan menapak masuk ke dalam bangunan serba taraf di depannya.

Ketika berselisih dengan Selene, sempat dia jelinga sekilas. Buat macam tak ada orang nampak pula, padahal baru sahaja kena tegur tadi.

Berbalik pada Selene, dia kini menjadi tugu tak berganjak. Mata melilau ke sekeliling tempat dengan seribu satu pertanyaan di dalam fikiran. Bingung.

"Jom masuk ke dalam, Selene. I will answer each of your questions later." Dia pusing belakang dan langsung mengorak langkah panjang.

Selene masih terpinga-pinga, tetapi sudah dititah dia turutkan saja. Toleh kiri kanan dulu, kemudian baru dia cepat-cepat buka langkah mengikuti jejak lelaki di hadapan.

---

Keadaan di antara mereka bertiga tidak ubah seperti di tanah perkuburan. Semua senyap. Jeda belaka. Tak ada satu suara manusia pun yang berbunyi melainkan suara kipas siling.

Mateen tengok Selene, Selene tengok dia. Dia jeling Selene. Selene pandang lelaki di tepinya, lelaki itu sedang khusyuk bermain dengan telefon. Macam mana nak mula sekarang ini?

EROTOTHELLO : OGWhere stories live. Discover now