ES | prolog |

406 32 36
                                    

                                         "URGH..." Mata mereka berdua bertembung. Dengan darah yang mengalir dari bibir lelaki itu, juga sisa kaki yang tergantung pada leher miliknya. Hrm... penampilan yang sungguh menggentarkan hati dan juga tulang rusuk.

  Okey, okey! Ini dah terlalu ke depan sangat. Mari kita kembali ke belakang sedikit.

  Nama aku Gentar. BoBoiBoy Gentar. Ya, itulah aku ingat fasal diri aku sebab aku langsung tiada ingatan fasal sesiapa sejak aku pandai berjalan. Ibu, ayah mahupun adik beradik sebenar aku, aku langsung tiada memori fasal mereka. Tetapi kalau tanya soalan matematik, aku pandailah juga sampai sihir 12.

  Hidup aku berpindah-randah. Bukannya keluarga aku jenis bermusafir, namun aku yang asyik berpindah tangan dari keluarga angkat aku, kepada keluarga angkat yang lain.

   "Gentar, mama minta maaf sangat. Bukan mama tak mahu jaga Gentar, tapi..." Wajah wanita itu dipandang aku. Nadanya juga bergetar seperti tidak mahu melepaskan aku.
 
  Aku menarik nafas dalam. "Tak apalah, mama. Gentar boleh jaga diri dekat sini. Mama jagalah adik-beradik dekat rumah." Gentar tersenyum lebar.

  "Baguslah kalau macam tu, kerja elok-elok, ya? Jaga diri."

  Ayat itu merupakan ayat terakhir yang dilontarkan oleh ibu angkat aku, sebelum melepaskan aku bekerja menjadi pelayan kedai di sini. Namun, aku tahu penyebab aku dibuang bukanlah kerana adik beradik aku terlalu ramai.

   Apa lagi sebabnya kalau bukan wang?

  Tetapi tidak mengapa, mungkin keluarga angkat aku tengah susah sekarang. Jadi tidak mengapa kalau aku jualkan diri ke kedai orang. Lagipun, dekat sini tidak kurang hebat apa?

   Diarahkan bekerja tanpa gaji. Memandangkan kerja aku pun boleh digelar kerja tip top, mungkin aku boleh disediakan tempat tinggal.

  "Gentar, ni kali sepuluh kau pecahkan pinggan kau tahu tak? Tahulah lipas tu tengah terbang, tak payahlah campak pinggan bos. Kalau dia tahu, macam mana... "

  Atau mungkin tak.

  Eh, sekurangnya aku disediakan tempat tinggal, berdekatan dengan kucing-kucing perliharaanya berbumbungkan langit malam. Waktu-waktu begitulah mahu berlawan dengan nyamuk juga semut yang berkeliaran.

  Hrm, tak apalah. Hidup kau orang pun lebih kurang macam aku.

  Dan tak terlupa, bukan aku seorang sahaja berbumbungkan langit malam. Aku ada teman dekat sebelah.

  "Oi, Gentar!" Ha, itu sahabat aku! Qually. Walaupun namanya seperti kuali rumah mak kau orang, percayalah dia makhluk berkaki dua sebenarnya. Qually memberi pandangan risau pada aku. "Kau pasti ke nak balik dulu? Dah tengah malam dah ni. Kita bermalam jelah dekat kedai ni."

  "Tak apalah. Aku risau pula kucing-kucing dekat rumah bos kita kelaparan pula. Lagi-lagi bos tengah pergi bercuti sekarang ni." Aku menayang sisa ikan di dalam bekas kepada Qually.

  "Jangan! Kau tak risau ke ada syaitan berkeliaran malam-malam?" Salah seorang pekerja seusia aku, Adudu menghalang.

   Berbeza dengan aku dan Qually, Adudu sendiri merelakan diri bekerja di sini. Katanya dia mahu berdikari sama seperti kakak dan abangnya. Tanpa sedar, dia telah ditipu oleh bos kita orang dan dipaksa bekerja tanpa gaji. Tabah...

  "Maksud kau... syaitan bertopengkan manusia ke?" Aku cuba meneka. Mana tahu yang dimaksudkan itu peragut ke ataupun perompak.

  "Betul."

  "Ush, betul?" Tidak sangka aku betul sebenarnya. Eh, pandai juga aku rupanya!

  "Apa maksud kau?" Qually bertanya, keliru.

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now