| 39 |

22 3 0
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Apa punca korang hilang ingatan sebenarnya?"
.
.
.

                                       HAWA sejuk yang dilepaskan dedaun pokok-pokok terasa bahang gara-gara pertikahan Gentar dengan Amardeep. Si pertugas yang mengandar kotak Duri beberapa kali melepaskan nafas lelah. Langkahnya penat bagaikan sedang musafir 2 bulan, walhal jarak rumah agam Laksamana Aman dan rumah Limas itu hanya sekankang kera.

   "Turunkan akulah! Aku kena tanya Laksamana Aman tuuuu!"

   "Kau ingat Laksamana Aman itu pak cik kau ke? Nasib aku masih hidup lepas kau buat perangai macam tu."

   Si petugas itu mengeluh, berat. Kakinya sengaja diseretkan ke pada dedaun kering itu. Wajahnya diangkat dan serta-merta, cahaya terang menaikkan serinya. "Hey! Hey! Hey! Berhenti bergaduh! Kita dah sampai!"

   Sebuah pagar berkayu menyambut mereka bertiga yang begitu kerdil. Kalau dua kali pandang, mesti ingatkan mereka sudah tiba di istana besar!   Kelakuan Gentar memusing-musingkan kepalanya sudah seperti rusa masuk kampung! Bahu Amardeep ditekan, teruja. "Besar juga rumah kampung ni!" Panjang pula tu!"

   "Haaaa.... ni bukan sebarang rumah kampung! Ni rumah Limas milik tuanku Kirana. Sebabkan keluasan rumah ni, tuanku Kirana jadikan tempat ini untuk rawat Elemental Slayer." Riak Amardeep bertukar kelat. Dia mencodongkan badannya ke hadapan dan belakang berulang kali sehingga Gentar hampir terjatuh. "Sakitlah! Janganlah tekan bahu aku!"

   Panik Gentar memaut kepala Amardeep yang melakukan aksi gimnastik. Mahu tidak mahu terpaksalah dia mengakur arahan memandangkan dia diangkut tanpa persetujuan. Gentar mengembungkan pipinya tanda protes sementara mereka membawanya ke sebuah lagi rumah Limas. 

   "Eh... itu." Gentar menoleh pada gadis bertoncang dua mencangkung menghadap sepohon bunga.

  "Oh..." Mereka berhenti seketika. Si petugas itu menunduk ke arah gadis bertoncang itu. "Salam sejahtera cik Ying."

  Gadis bertoncang dua kelihatan terperanjat. Berbeza betul akan personalitinya membuat acara marathon dengan Duri semalam. Gadis bernama Ying itu menyembunyikan diri di sebalik anak tangga... anak tangga yang betul-betul mereka mahu tuju sekarang ni. Gentar mengerutkan dahinya melihat tingkah gadis itu. "Dah kenapa pula tu?"

  Sayup-sayup suara halus menegur mereka. "Dia kata selamat sejahtera balik."

  "Ha?"

  "Diakatasalamsejahterabalik!"

  "AH!" Gentar memeluk leher Amardeep saat dikejutkan kucing berbulu kuning dari bawah. Ini anak siapa mengecat kucing ini siap ada belang-belang biru lagi. Tapi... si Probe itu pun warna ungu bulunya. Perlahan-lahan Gentar melepaskan Amardeep yang hampir biru. "Ini... power sphera ke?"

  "Selamat sejahtera encik Masa!" Kali ini mereka bertiga menunduk pada seekor kucing. Gentar mengerling ke arah Ying yang masih bersembunyi di belakang tangga. Sembunyi apanya kalau setakat pegang dahan kayu sebagai penyamaran!

  Hrm...

  Kenapa orang dekat sini pelik-pelik belaka? (Gentar tak sedar dia pun pelik.)

  Hampir pelbagai dugaan menyekat mereka bertiga, akhirnya beberapa pasang kaki itu berjaya juga melewati koridor rumah. Tujuannya tidak lain tidak bukan ingin mencampakkan penumpang di belakang ke bilik rawatan. Namun kali ini bila si Gentar dan Amardeep mengunci mulut, si petugas itu pula yang bebas berbicara. "Cik Ying tu Pahlawan Keris Lok 13, dia tu bakal para Keris Tasari. Sebab itulah dia ada kat sini. Tuanku Kirana yang latih dia."

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now