| 40 |

33 4 0
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Apa punca korang hilang ingatan sebenarnya?"
.
.
.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN...

                                        PAGI lagi setelah matahari mengeluarkan lidah cahayanya ke bumi, Gentar sudah melompat bintang di kawasan ruang tamu itu. Bergegar habis lantai kayu dek lompatan gimnastik Gentar. Lebih-lebih lagi ruangan itu kosong tanpa sebarang perabot.

   "Semangat betul kau ni, Gentar. Mentang-mentang baru lepas sihat." Ochobot menjarakkan diri daripada Gentar masih cergas meregangkan badan. Risau tersilap gaya akrobatik, ekor dia yang menjadi mangsa.

   "Huh... huh... mestilah! Dengar kata ada latihan untuk Elemental Slayer. Harap-harap tak ada kena koyakkan surat khabar lagilah..." Ekor mata Gentar beranjak pada kelibat seseorang yang melewati mereka.  "Oh, hai Fang! Selamat pagi!"

  "Awalnya kau orang sampai..." Fang kelihatan terkesima. Mungkin tidak sangka ada kewujudan selain dia di sini.

  "Lepas solat Subuh, aku terus datang sini!" beritahu Gentar, dadanya ditepuk bangga.

  "Haih... sampai aku diheretnya sekali..." Keluhan Ochobot dipotong Gentar. "Kau kata kita boleh berlatih dengan power sphera kita sendiri. Jadi apa lagi, jomlah kita berlatih sekarang!"

  "Ah... itu..." Fang memutuskan bicaranya sebaik mendengar tapak kaki semakin dekat menuju ke arahnya. Pantas dia berdiri di sebelah Gentar bersama kucing hitamnya sampailah dua gadis muncul di muka pintu.

  Gentar mengecilkan matanya. "Kejap, tu bukan ke Ying yang semalam tu?" Eh yang selalu beri ubat kat Gopal pun ada seka..." Gentar berdecit sakit bila disiku Fang.

  "Ehem..." Gadis mengenakan tudung merah jambu berdehem. "Nama saya Yaya, dan ini... Ying. Kami dihantar oleh tuanku Kirana untuk melatih kamu berdua dan power sphera sekali. Sampailah kamu berdua sihat."

  "Jadi latihan pertama kami..." Yaya terhenti melihat Gentar menjulang tangannya antusiasme.  Baru sahaja Yaya mahu mengujarkan sepatah kata, Gentar dahulu menganjur. "Kenapa kita kena berlatih dengan power sphera? Tak boleh ke baca ayat Kursi je depan syaitan tu... oh erm ya, tak boleh."

  Yalah, kalau tidak... mahu terbakar Duri setiap kali dia bersembahyang.

  Terkebil-kebil Yaya mendengarnya hinggakan belipat-lipat dahi! Ying turut sama mengherotkan wajahnya. Semudah ABC sahaja Gentar menyuarakan fikiran merejahnya! Fang menampar kuat belakang Gentar. Pelipis dahinya dipicit.

   "Kau ni, kalau manusia biasa je lawan syaitan. Jawapannya memang matilah!" Tuturan Fang disambut Yaya. "Sebab itulah senjata yang ditempa diperbuat dari jenis batu besi meteor atau yang terdedah lama kat matahari. Contohnya... besi pamor atau pamor keris."

  Yaya mengeluarkan keris besi yang bercorak dari sisinya. "Contohnya ini pamor keris."

  "Oh... faham." Gentar mengangguk-angguk sendiri. Entah betul-betul mengerti atau tidak. "Jadi... bila kita nak mula latih..."

  "Satu lagi, fasal power sphera... power sphera boleh dikatakan jin atau makhluk istimewa. Dan paling menarik, power sphera ni dalam jelmaan kucing. Ada beberapa jenis baka power sphera dan kuasa yang berbeza...." Tangan Yaya terawang-awang terikutkan rasa enak bercerita. Pada mulanya maklumat itu kelihatan berguna, tetapi kini masuk telinga keluar kiri apabila topik itu menyimpang ke resepi masakannya.

  "Fang, kenapa Yaya ni tak berhenti lagi bercakap?" soal Gentar mendayu-dayu.

  "Sebab tu kau jangan tanya..." Fang menyarung muka selamba walau hakikatnya lututnya sendiri hampir tumbang. Kucing hitam yang berselindung sebalik bayang Fang sudah ketiduran jadinya. Ironinya, kucing itu sendiri baru pulih dari ubat tidur si syaitan!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now