ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab.".
.
.KEPADA Qually,
Fuh, ini pertama kali aku dapat hantar surat pada kau... yalah, penjaga aku yang kejam akhirnya belikan kertas untuk aku tulis dekat kau.
RamenMan menatap tajam bait-bait kata yang ditulis Gentar. Tebal betul muka budak ini mengutuknya secara berdepan depan. Ayat itu ditudingnya. "Kau padam balik."
"Tapi... kita tak baik menipu." Gentar berdalih, pura-pura suci. Padahal dia seronok melepaskan geram terhadap RamenMan di dalam surat itu.
"Nampaknya aku bagi seringgit jelah untuk kau bulan ni.""Ish, sikit-sikit main gaji. Yalah, nak padamlah ni."
Ochobot yang mengunyah makanan kucing cuma melihat muka cemberut Gentar. Jelas sangat tidak puas hati! Gentar membersihkan habuk-habuk pemadam dari permukaan kertas itu. Mulutnya masih mengomel kecil, mengutuk RamenMan.
"Dasar majikan kejam. Baju dia pun aku basuhkan."
"Apa?"
"Tak ada apa-apa."
Fuh, ini pertama kali aku dapat hantar surat pada kau... yalah, penjaga aku yang (kesan padam) 'baik hati' akhirnya belikan kertas untuk aku tulis dekat kau.Macam mana dengan Adudu? Kucing-kucing yang lain? Dia orang sihat ke? Jangan lupa bagi makanan dekat dia, nanti dia orang mengamuk... terkejut kau orang.
Ekor mata RamenMan mengikuti jarum jam itu. Jam itu sudah menunjukkan pukul enam pagi. Masa untuk kejutkan budak itu. Kucing dia biarlah tidur lagi. Mangkuk berkuah ramen diletakkan ke dalam singki. Kalau nak tahu, itulah kerja Gentar sebelum pergi berlatih sama Tok Kasa nanti.
Gentar masih lagi tertidur nyenyak. Air liur basi keluar meleleh dari mulut. Lena betul tidurnya! Sekelip mata lena itu terbantut ketika sebaldi air tumpah ke atas tubuhnya. Sudahlah sejuk!
"AH, sejuklah!" Gentar memeluk tubuhnya yang menggigil. Dengan angin diingin menyapa tubuhnya, boleh mati dia akibat kesejukan! RamenMan bukan mahu kesian sangat pun, siap ketawa terbahak-bahak lagi.
"Siapa suruh kau liat sangat nak bangun? Dah, dah pergi mandi. Lepas tu buatlah apa yang kau nak buat. Pastikan pukul 8 kau dah dalam perjalanan ke rumah Tok Sah." RamenMan menarik toto Gentar yang basah, lantas toto itu dijatuhkan secara sengaja ke atas Gentar.
Sempat lelaki itu menambah. "Oh, sebelum aku terlupa, tolong basuh mangkuk ramen aku."Gentar mengalih toto yang basah itu. Matanya menjeling tajam RamenMan sambil memeluk tubuhnya yang tidak berhenti bergetar. Sudahlah mandi air perigi. Ah, sejuknya!
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...