ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
UDARA yang ditelan Gentar diamati pahit. Lebih-lebih lagi daripada hembusan nafas berwap si beruang hitam yang besar itu. Kerisnya disembunyikan senyap-senyap ke belakang. Tidak kiralah syaitan ataupun apa... dia akan kalahkan benda alah ini!Cahaya kalimatang yang berkelip-kelip menambahkan ketegangan pada mereka berdua. Baru sahaja beruang itu bertapak selangkah, ruang koridor itu disimbahi cahaya merah terang dilengkapi siren yang membingitkan. Gentar mencongak ke siling. "Apa fasal pula ni?"
Gentar tidak sempat beriak penuh, beruang hitam itu berlari menujunya menyebabkan dia mengelak, tersandar ke dinding. Pedangnya yang disorok kini dihunus keluar. Namun, lagak heronya langsung diabaikan oleh beruang hitam itu. Hatta si beruang itu pun sudah hilang membelok ke lorong yang lain.
"Eh, dia lari?" Gentar terkebil-kebil. "Huh... BERANI DIA LARI DARI AKU? SINILAH!"
Gegaran bersebelahannya membantutkan niat Gentar untuk mengejar sang beruang hitam. Huh, nasib kau baik hari ini! Hampir lupa dia pada si syaitan yang lagi seekor! Gentar berpatah balik pada arah yang ingin dilaluinya tadi. Syok-syok sangat berlari ke depan, entah mana silapnya bila ibu jarinya tersepak pada dinding ketika menyelengkoh masuk.
Satu. Dua. Tig...
"ADUUUUUH!"
"AAAH!" Terloncat tubuh Ochobot mendengar jeritan Gopal. Kucing itu mencakar halus seluar Gopal. "Kau kenapa, Gopal? Terkejut aku."
"Terkejut? Dey, sepatutnya kau panik sekarang! Bukannya terkejut! Ni dah termasuk kali ke berapa kita pusing tempat sama! Tu... tengok tu!" Ochobot dan Bagaga sama-sama menoleh pada cebisan-cebisan nasi yang berciciran di koridor jalan.
"Ada sisa nasi yang aku tinggalkan. Maknanya... nyuum... kita lalu tempat samalah dari tadi!" Gopal membuat spekulasi sendiri sambil tangannya menyuap gumpalan nasi ke dalam mulut. Dari mana dia dapat nasi itu pun tak tahu.
Ochobot menyaut wajah meluat. Kepalanya digeleng laju, sekarang masa untuk fokus. "Tak apa, kita cuba lagi."
"CUBA LAGI? AKU TAK NAK! PENATLAH!" Gopal merangkak memeluk tubuh Ochobot hinggakan kucing itu jadi rimas dibuatnya. Ditolak-tolak pipi Gopal yang lembap dengan air mata.
"Kalau macam tu, kau tinggal sini. Aku dengan Bagaga pergi cari pintu lain."
"Gimana kalau ada syaitan makan dia?" sampuk Bagaga bukannya mahu meredakan keadaan, malah menambah guruh dan kilat sambung-menyambung di dalam hati Gopal.
"HUH? JANGANLAH TINGGALKAN AKU OCHOBOOOT..."
"Eh, lepaslah! Hingus kau..."
Di masa mereka khusyuk bertelengkah, ada lagi seekor syaitan di seberang koridor yang tergaru kepala. Rupa-rupanya sang angsa turut tersesat sama! Inilah jadinya bila tiada peta ataupun kompas sebagai pembimbing. Menghampiri tangga dalam keadaan terhuyung-hayang dan berputus asa, angsa itu menangkap suara-suara di sebalik tingkap.
"Macam manalah kau lepas pemilihan Elemental Slayer tu?" Ochobot menggoyang-goyangkan seluruh tubuh, menjatuhkan segala habuk Gopal yang menghinggap bulu-bulunya.
"Hisk... janganlah cakap macam tu," esak Gopal. Bekas-bekas air matanya dilapkan pada lengan baju. Bukan setakat itu, siap pergi hembus hingus dekat kain baju lagi! Urgh...
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...