ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kita lawan sama-sama!".
.
."CIP! Cip! Cip!" Bertempiaran burung berterbangan menyelamatkan diri daripada rumah besar yang terbakar itu. Ketakutan haiwan-haiwan itu sama naik dengan dua orang manusia yang sudah mencabut langkah seribu, bersama kotak mancis yang dipegang mereka. Pekikan suara meminta tolong semakin nyaring kedengaran apabila rumah itu semakin dijilat api.
"Tolong!" Kelihatan kanak-kanak kecil merangkak keluar daripada belakang rumah tersebut. Kakinya sudah kemerah-merahan kerana hangus terbakar. Meskipun begitu, dia tetap menggagahkan diri untuk terus mengesot.
Percikan api dari rumah itu semakin membara.
"TOLONG! ROBERT! BOS!"
Wajah Gentar menyeluruhi iris mata Roberto Santana. Giginya bergeser menyimpan amarah bila segala serangannya ditepis begitu sahaja oleh Gentar. Daripada kepala, dada hinggalah perut manusia itu sendiri, manusia tak guna itu berjaya menepis dan menampakkan belakangnya, lalu memberi serangan balas sebagai makan!
Kukunya dihayunkan pada leher Gentar tetapi pantas sahaja Gentar menangkisnya ke sebelah. Baru sahaja dia ingin menggunakan peluang itu untuk menjadikan Roberto Santana sebagai penanggal dari belakang, bunyi tepukan kedengaran.
ZOOM!
Gentar jurus melompat melepasi Robert, menggenggam kerisnya rapat. "Kalau kau berani! Jangan mengelak je! Serang jugalah!"
"Sepatutnya itu ayat akulah!" Roberto Santana menjerkah kembali tidak puas hati. Dalam masa yang sama, dia sibuk memotong setiap balak yang cuba menghampirinya sekaligus memberikan Duri rasa marah yang dirasainya tadi.
"Duri, biar aku tolong!"
Eh, sibuk pula kucing ini nak menyerang!
'Ergh..." Gentar mengerling ke arah lengan baju dan seluarnya yang terkoyak akibat terjatuh beberapa kali. Sekuat mana pun kerisnya, kalau asyikmenyilang 'gajah' semata-mata, pasti akan menemui penamatnya jua!
'Aku kena cari jalan nak buat si syaitan kecil tu lawan dengan aku. Pastu syaitan kurus tu boleh lawan dengan Duri. Hrm, ke bagi aku je lawan semua?' Sempat Gentar memasukkan unsur-unsur syok sendiri di dalam rancangannya. Tahu-tahu sahaja dia sudah terjatuh dilanggar si Robert.
"Banyak mengelamunlah kau ni!" Robert mencemuh Gentar. Melihat Gentar yang bersusah-payah untuk bangkit, Robert menggulingkan dirinya kembali.
Glup... Krup... Krup...
Bunyi kunyahan aneh itu menghentikan pertarungan mereka. Tiada gulingan laju daripada Robert. Tiada tanah yang memuntahkan akar balak. Sebaliknya semua mata tertumpu pada kanak-kanak syaitan di tepi jalan tersebut bersama mulut yang berdarah-darah.
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...