ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
OCHOBOT mencakar-cakar dinding pemisah itu sehingga tangan berbulunya terasa kebas. Buat rosak kuku dia sahaja! Kucing itu akhirnya melepas lelah setelah setiap laungannya memanggil nama Gentar tidak berbalas walau sepatah."Habislah... habislah kita." Gopal menggigil ketakutan, bersembunyi di belakang Wak Bagaga. Menjadi satu kerja pula budak kecil itu menenangkan orang yang lebih tua darinya. Kepala Gopal digosoknya. "Jangan risau, bang. Saya ada ubat terbaik untuk merawat ketakutan abang tu."
"Sudahlah! Kita kena cari cara nak kembali kat Gentar semula!" bentak Ochobot sekaligus membatalkan urusan urus niaga Wak Bagaga. Matanya meliar pada seluruh pelosok bilik yang menempatkan mereka. Kakinya dihentakkan beberapa kali. "Tapi... macam mana? Bilik ni tak ada pintu atau lubang pun!"
Sementara itu, Bagaga sudah menyimpan botol ubat itu terhenti melihat Ochobot yang sedang kusut kepala. Sempat diberikan botol ubat itu kepada Gopal. "Nah, abang. Harganya kita bincang di luar, ya?"
"Te... terima kasih adik Wak!" Tidak cakap banyak, ubat itu sampai dengan selamat di tangan Gopal. Tersengih-sengih Bagaga mengenangkan ubat itu hanyalah air hujan yang ditadah semata-mata. Heh, senang betullah kena tipu.
"Okey, Gopal. Kau ada kuasa tu kan... huh, sempat lagi kau beli ubat?" Ochobot bengang menjerkah Gopal. Penat-penat dia fikirkan startegi, dia orang boleh buat pasaran gelap belakang dia! Botol ubat di tangan Gopal diterkamnya tanpa amaran. "Buang botol tu! Kita kena fokus!"
"Ah! Dey, mana boleh! Aku dah beli dululah!" Gopal melarikan botol itu dari dicapai Ochobot. Maka, berlakulah perebutan ubat yang disertai oleh seekor kucing dan remaja lelaki di dalam bilik kecil itu. Sudah macam tengok acara laga ayam pula! Si Wak Bagaga bukan mahu meredakan keadaan, siap tolong bersorak-sorak lagi untuk Gopal!
"Eh, kalau kau nak! Kau belilah sendiri!" Gopal mencampakkan tubuh Ochobot jauh ke dinding. Eh, kejap. Rasa bersalah pula baling binatang. Tak apalah... dia dah bangun balik.
Namun begitu, Ochobot bangkit dengan perasaan amarah yang membara. "Tak inginlah aku nak botol tipu kau tu! Kita tak boleh main-mainlah! Kita kena pergi kat Gen..." Bunyi seakan-akan siren yang bingit memenuhi bilik tersebut memaksa Ochobot menangkup kedua belah telinganya dikuti Gopal dan Wak Bagaga. Beberapa tika kemudian, siren itu diganti oleh suara lain.
"Maaf, nampaknya kita ada masalah teknikal di bilik sebelah. Ehem! Selamat datang ke Amazeey Labirin... bersedialah untuk..."
"AAAAAA! SYAITAN!" Gopal memeluk Wak Bagaga erat. Ketakutannya melebihi hak kemanusiaan Bagaga yang hampir sesak nafas dipeluk sebegitu.
"Woi, saya tak habis cakap lagilah! Ehem! Bersedialah kumpulan kedua, anda semua akan..." Sekali lagi, pengumumannya diganggu oleh jeritan Gopal menyeru appanya. "AH, sesiapa tolong senyapkan manusia tu!"
Botol di tangan Gopal disumbatkan Ochobot ke dalam mulut remaja itu. Walaupun masih keluar kumat-kamit daripada Gopal, tetapi tidaklah sekuat tadi. Kedengaran suara itu menarik nafas lega buat seketika.
"Terima kasih. Baiklah, kumpulan dua! Selamat datang ke Dunia Labirin!" Sederum itu, dinding di dalam bilik itu diluaskan menjadi koridor yang memanjang. Tesktur heksagon yang bergerak -gerak pada dinding itu mengubah beberapa dinding menjadi tingkap-tingkap yang tersusun. Lampu neon yang sama banyak dengan tiap tingkap itu menambahkan keseraman yang dirasai Gopal sekarang.
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...