ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Tak ada yang boleh padamkan ikatan aku dengan Duri!"
.
.
.TAK henti-henti tegangnya tangan Fang mengawal pergerakan Rocketfish. Tambahan pula, hujan yang turun menambahkan kesukaran buatnya. Berdegung-dengung bunyinya dinding itu bila ditumbuk oleh Rocketfish yang terhambur besar sambil. Keadaan Fang yang menggeletar menghiburkan hatinya.
"Kenapa? Kau dah hilang kuasa kau?"
Lutut Fang jatuh menghempas tanah ketika kakinya tergelincir ke belakang. Bukan sahaja seluarnya terasa basah, bahkan perlihatannya jadi terganggu gara-gara hujan menitik melalui permandangannya. Ah, kenapa baru sekarang nak hujan? Dinding bayang mengelilingi Rocketfish lama kelamaan merekah dan runtuh jatuh ke tanah.
Fang rebah melutut. Tangannya memangku tanah yang lembap bersama nafasnya yang tercungap-cungap. Bergegar-gegar pantulannya di dalam pantulan lopak air itu.
DUM!
Ketila wajahnya diangkat, mata Fang membulat besar melihat penumbuk Rocketfish dihalakan padanya. Sekelip mata, sebuah peluru dibentuk daripada penumbuk Rocketfish kala dia mengangkat kakinya.
Aban...
BOOM!
Serpihan peluru gugur ke merata tempat. Lama Fang memejam matanya sehinggalah ia dibuka kembali, menampakkan sosok seseorang melindunginya dari belakang. Aura biru sekitar mereka langsung hilang dari pandangan sama seperti sosok tersebut.
"Huh? Apa jadi? Kenapa budak ni tak mati lagi?" Rocketfish melangkah ke arah Fang dengan penuh terpinga-pinga. Tidak sampai sesaat kakinya menjejak tanah, kepalanya terlebih dahulu disambut lopak air. Tubuh gergasi Rocketfish tumbang ke belakang, menyerlahkan gerangan yang menyimpan pedangnya kembali.
"Ab... ah... Kapten?" Fang memanggil Kaizo yang mara menghampirinya. Malangnya, seruan Fang itu tidak dihiraukan walau sedikit pun oleh Kaizo. Malah, si Kaizo siap terus berjalan bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
"Kapte..."
"Takkan syaitan macam tu pun kau tak boleh kalahkan?"
Fang mengerutkan dahi. "Macam mana saya nak kalahkan syaitan ni? Ni syaitan Bintang Bawah kot!"
"Syaitan Bintang Bawah? Apa kau merepek ni?" Kaizo mengerling tajam ke arah Fang. "Itu syaitan biasalah."
Fang tercengang. Sempat dia merenung pada kucingnya yang masih lela di dalam poket bajunya. Habis tu, si Gentar tu kata yang syaitan Bintang Bawah tu... kejap, apa fasal aku percaya sangat si Gentar tu? Dia pun bukannya betul sangat!
"Eh?" Fang ternganga saat menyedari tubuhnya diikat menggunakan kain pelikat di tepi pokok. Tak cukup itu, dia siap diperangkap oleh aura biru yang dipasang Kaizo. Ini bukan setakat hujan tak boleh masuk, dia pun tak boleh keluar!
"Kejap, kapten! Tunggu! Kapten nak pergi mana?" Fang menghentak-hentakkan dinding beraura itu, memerhatikan Kaizo yang kini jauh ke hadapan.
Macam ini ke apa yang Rocketfish rasa tadi?
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...