ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
Beberapa minit yang lalu...IRIS Gopal mengecil dan matanya membesar mendadak. Anak tekaknya mula menggeletarkan itonasi yang tertinggi saat tubuh mereka bertiga menjunam ditarik graviti. Gopal menoleh ke kiri dan ke kanan, namun Bagaga dan Ochobot sendiri sama-sama panik.
"Errr uh... TUKARAN KEK BATIK!" Pada detik-detik terakhir, kuasa molekul Gopal menukarkan sebahagian tanah menjadi kek batik yang lembut. Terbenam habis badan mereka bila mendarat di atas tesktur lembut itu.
"Fuh... selamat pun kita." Bagaga meregangkan tubuhnya penuh rasa senang dalam keadaan meniarap. Tubuhnya tersentak apabila Gopal terkeluar daripada timbunan kek batik bersama mulut yang comot. "Huh... aku ingat... aku nak mati tadi. Um.. nyum... nyum... sedap juga!"
Ochobot menjadi orang terakhir bangun. Kucing itu menggoyangkan-goyangkan dirinya, menjatuhkan sisa-sisa kek yang melekat pada bulu-bulu. "Fuuh... kita dah betul-betul keluar ke?"
"Nyum... nyum... nampaknya macam tulah." Gopal menjilat keseluruhan jarinya.
"Kejap, Gopal!"
Gopal mengerut pelik menerima pandangan resah daripada Ochobot dan Bagaga. Tangannya disembunyikan ke belakang. "Eh, elok sikit! Tangan aku bersih, okey?"
"Bukanlah!" dalih Ochobot.
"Lah... habis tu apa?" Gopal menarik semula tangannya ke depan. Pucat seluruh mukanya mendapati lengannya yang terselak bergaris luka di sana sini. Bukan itu sahaja, hampir seluruh badannya terkena tempias luka yang sama!
"HUH, LUKA NI DAPAT DARI ANGSA TU KAN?"
"Yah, abang dapat luka tu dari tadi lagi... darahnya banyak! Tapi kalau abangnya ini beli ubat sa..." Promosi Bagaga telah tenggelam di dalam pendengaran Gopal.
Gopal yang sudah menggelabah memeluk Ochobot. "Ma... macam mana ni? Aku akan mati ke, Ochobot? Huhuhu. Aku tak nak mati!"
"Kau takkan matilah!" Ochobot menolak pipi Gopal yang menghinggap bulu-bulunya. Rimas!
"Mana kau tahu? Urgh... aku tiba-tiba rasa pening pula..."
"Jangan pengsan kat sinilah!"
DUM!
Drama ala persembahan teater mereka bertiga terhenti bagaikan kaset radio rosak. Figura bayang-bayang yang besar berdiri tegak tidak jauh daripada mereka. Sebuah lubang terbuka besar di belakangnya.
"Bukan tu yang kita jumpa tadi ke?" tanya Gopal, mengenali sosok yang sama terkeluar sekali pakej dengan syaitan angsa tadi. Merinding bulu romanya menerima pandangan tajam daripada figura itu. Terus dia menyembunyikan diri di sebalik Bagaga.
Bayang-bayang itu sekitar tubuh misteri itu menghilang ditelan cahaya matahari, menampakkan rambut keunguan yang terserlah pada diri remaja itu. Bahu Bagaga makin kuat dicengkam bilamana wajah remaja itu tidak putus-putus merenung mereka.
Di dalam benaknya, mesti remaja itu akan datang pada mereka sekejap lagi... tapi boleh pula orang itu beralih ke arah lain!
"Eh, dia tak serang kita?" Gopal terpinga-pinga jadinya hingga terlepaskan genggaman pada bahu Bagaga tanpa sedar. Bahunya yang pedih Bagaga urut-urut. Sekurangnya tak sakit lagi dah.
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...