| 15 |

60 12 0
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

                                           SIAP-SIAP sahaja solat Isyak, para jemaah mula mencari selipar masing-masing. Kalau ada dapat selipar kahwin itu lebih bernasib baik daripada pulang dengan kaki ayam. Di perkampungan ini tiada istilah 'moreh' atau makan-makan selepas solat isyak sebabnya risau menjadi lauk si syaitan. Jadi, mahu tak mahu kenalah balik awal!

   "Esok kamu akan dapat keris kamu." Tok Sah yang sudah menyarung selipar memberi berita mengujakan buat Gentar.

   "Wah, betul ke Tok Sah?" Gentar yang hanya menyarung sebelah selipar bersinar-sinar memandang Tok Sah. "Bila dia orang nak datang? Pagi ke petang?"

   "Rasanya pagi-pagi dalam pukul 10 macam tu. Nanti kalau boleh, kita buatlah latihan terakhir esok. Sambil-sambil tunggu. Baju kamu jangan lupa bawa pula." Tok Sah berpesan kepada Gentar dalam anak muridnya sibuk mencari pasangan selipar Jepunnya. Gaya pesanan Tok Sah sudah macam gaya bapa-bapa menasihati anak pula!

   "Ha, jumpa pun!" Kakinya segera Gentar sarungkan pada seliparnya yang dilindungi sandal yang lain. Alhamdulilah, selipar-seliparnya masih lagi bujang dan tidak berkahwin-kahwin lagi. Macam kau oranglah.

   Tok Sah menjongketkan keningnya. Si Gentar ini dengar ke tidak semua nasihat dia tadi? Selepas lengkap berselipar, Gentar laju mengangkat muka memandang Tok Sah. "Semua baju-baju saya dah kemas dah lepas balik 'latihan' dekat padang  tu. Dan siapa kata ni latihan terakhir? Lepas balik dari misi pun saya nak berlatih lagi dengan Tok!"

   Satu senyuman terbit di wajah Tok Sah. "Yalah, Gentar." Kepala Gentar diusapkan.

   "Eh! Eh!" Riuh-rendah suara orang-orang ke tepi. Gentar dan Tok Sah sama-sama berpaling laju ke hadapan. Ada syaitan datang ke masjid ke? Rajin pula dia hendak solat. Eh, apa dia merepek ini? Fokus, Gentar! Fokus!

   "Ochobot?" Bahu Gentar yang meninggi akhirnya menegur. Dia melihat tubuh kecil Ochobot berlari menyusuri orang ramai penuh kelam-kabut. Kucing itu termengah-mengah, menarik nafas di hadapan Gentar.

   "Gentar... Gentar..."

   "Kenapa ni, Ochobot?" Tok Sah bertanya punca Ochobot lari bermarathon bertemu mereka berdua.

   "Bukan kau jaga Duri ke dekat rumah? Ke kau rindu aku ni?" Gentar berloyar buruk seraya bibirnya acah-acah tersenyum bangga. Namun, selorohan itu langsung tidak membuatkan Ochobot rasa menyampah mahupun tergelak sama.

   Ochobot menggeleng laju. "Bukanlah! Duri hilang!"

   Mendengar khabar itu, situasi antara mereka bertiga berubah tiga ratus enam puluh darjah. Tatkala semua menyorok di dalam rumah masing-masing, Gentar, Tok Sah dan Ochobot mula mundar-mandir mengelilingi kawasan kampung. Daripada luar kawasan kampung hinggalah hutan kelapa sawit yang dihuni rumah Tok Sah. Walaupun begitu, bayang-bayang Duri masih tidak kelihatan.

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now