| 14 |

53 14 0
                                    

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

                                           AIR singki yang ditadah di tangan diratakan ke seluruh wajah. Rasa sejuk angin Subuh mula melaputi muka. Ochobot mencodak ke arah Gentar yang sudah bergetar-getar tangan kerana terlalu teruja. Maklumlah, dia akan berlatih mulai hari ini!
 
   Akan tetapi... latihan itu tak adalah seindah yang disangka.
 
   "Hiyargh!" Gentar menglayangkan batang kayu lagenda menghala Tok Sah namun senang-senang sahaja Tok Sah menahan menggunakan batang kayu yang lebih kecil.
 
   Melihat Gentar yang ingin mundur ke belakang, Tok Sah segera berpusing lalu menggerakkan batang kayu itu ke kaki Gentar. Mujur Gentar sempat melompat sekilas kalau tidak pasti dia akan terjatuh bagaikan nangka busuk.
 
   Tanpa membuang masa, Gentar segera membuat serangan baru dan meluru ke arah sasaran iaitu leher Tok Sah. Fikirnya serangan itu akan berjaya sebaliknya tengkuknya ditahan dari belakang oleh batang kayu Tok Sah.
 
   "Ergh... ergh!" Gentar meronta-ronta untuk bangun tetapi lehernya yang ditahan membuatkan dia semakin jatuh ke bawah.
  
   "Cepat, Gentar! Cepat!" Ochobot menjadi tukang sorak tidak berbayar memberi semangat kepada Gentar.
  
   "Hiyaaaaaaaargh!" Gentar kemudian membuat serangan balas. Tiada kesan. Sudah ditolak dan dipukul-pukul Tok Sah bahkan ia hanya seperti memukul dinding rumah sahaja. Akhirnya Gentar mengaku kalah sahajalah.

   Tok Sah menarik batang kayunya apabila Gentar berhenti meronta. Cepat-cepat Gentar ingin menyerang tetapi ia ditepis lagi oleh batang kayu. Kini, batang kayu Gentar pula yang tercampak jauh! Hendak menangislah begini.

  "Cuba lagi ya?"

   Latihan itu tidak setakat itu sahaja, Gentar terpaksa mempelajari cara mengelak jerangkap samar yang pernah hampir membunuhnya dahulu...

   DUM!

  Dua batang kayu balak berlaga hingga bergegar hutan kepala sawit itu dibuatnya. Gentar menepis-nepis habuk kayu yang melekat pada topinya sambil menelan air liur, kesat. Naya kepalanya hancur kalau dia tidak tunduk tadi!

   "Tok... tak boleh ke berlembut sikit?" Gentar berpusing mencari bayang-bayang Tok Sah. Namun batang hidung pun tidak kelihatan di hadapan mata. "Tok?"

   Ternyata Tok Sah telah meninggalkannya menghadapi segala rintangan tanpa belas itu. Jika sebelum ini, semua perangkap yang dipasang itu palsu tetapi kali ini... kalau terkena, memang maut akan menanti!

   Beberapa jerangkap samar lagi menyeluruhi permandangan Gentar. Di hadapannya pula terdapat lantai konkrit yang berselang-seli duri kayu.  "Alamak..." Tekaknya kering untuk menelan air liur lagi.

  ... belajar pencak silat...

   Gentar sudah kepenatan sampaikan matanya terpejam-pejam saat nafasnya dihela panjang. Rehat itu serta-merta terhenti tatkala arahan Tok Sah berbunyi lagi. "Kedua-dua tangan kamu tak sepatutnya dikeluarkan serentak. Namanya pun Teknik Dasar Tangkisan."

Elemental Slayer (BBB) Where stories live. Discover now