ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Bagi Duri, kamu juga benda berharga buat dia ."
.
.
.GENTAR yang baru sahaja mendapatkan 'senjata'nya berpusing dari belakang halaman rumah banglo lalu berlari menghampiri Ochobot yang berada dalam kesulitan.
Ya, kuasa batang kayu lagenda akhirnya kembali pada tangannya!
"Ochobot!" Gentar selamba melambai dengan berjalan berlengang -kankung ke arah Ochobot.
Kaki Ochobot hampir tergelincir daripada dahan pokok mendengarkan laungan mesra daripada Gentar. Terbeliak mata kucing itu memandang Gentar cuma berdiri bersahaja. "Kau pergi sebab nak ambil batang penyapu je?"
"Dah keris aku patah, aku nak lawan pakai apa?" Acuh tidak acuh balasan Gentar. Sempat lagi dia main pusing-pusing dengan batang kayu dia itu!
"Kalau ada senjata tu, tolonglah aku!" Ochobot merayu, terdesak. Sudahlah di kaki pokok itu dipenuhi dengan syaitan-syaitan kecil itu. Dalam Ochobot berpaut pada dahan itu sepenuh hati, pokok itu bergoyang secara mendadak. Tahu-tahu sahaja, pokok itu sudah tumbang ke bawah.
"Jatuh! Jatuh!" Syaitan-syaitan kecil itu bersorak apabila pokok itu terhempas kuat ke tanah. Namun, salah seekor syaitan kecil itu kelihatan tidak berpuas hati lalu dicari setiap pelosok pokok itu. "Mana pula si kucing tu?"
"Jadi betullah kalau campak kucing, dia orang tetap bertapak 4 kaki?" Gentar mengusik Ochobot selepas kucing itu berlelah menyelamatkan diri. Tawa Gentar dipandang sinis oleh Ochobot. "Diamlah!"
"Itu pun dia orang!" jerit syaitan kecil.
"Alamak." Gentar menghentakkan kayunya ke tanah, bersedia untuk berlawan. Tanpa sempat mengerdipkan mata, syaitan-syaitan kecil itu laju menghurung mereka bagaikan sekumpulan semut.
Lekas Gentar menghayunkan batang kayu itu pada syaitan itu malangnya itu membuatkan beberapa ekor syaitan melekat pada batang kayunya. Syaitan-syaitan itu mula menaiki batang kayu itu memaksa Gentar menikam syaitan-syaitan di tanah yang cuba mendekatinya, menyebabkan setiap syaitan memanjat batang kayunya jatuh tergolek bagai nangka busuk.
"Shring!"
Kuku Ochobot sudah dinodai darah syaitan-syaitan kecil yang dilibasnya. Kucing itu mengundur ke belakang. "Kenapa dia orang macam makin banyak je?"
"Tulah fasal." Gentar turut mengambil langkah ke belakang, seiring dengan Ochobot. Tidak semena-mena, tapak tangannya terasa pedih bagaikan disiat-siat. Segera dia beralih pada tangannya dan mendapati seekor syaitan kecil sibuk memakan kekura tangannya!
"AH, PADANLAN SAKIT!" Gentar menepis menggunakan syaitan itu menggunakan batang kayunya. Sudah macam lintah punya perangai. Akan tetapi, pergerakan Gentar terjeda saat melihat tubuh-tubuh kecil yang dipotong Ochobot tadi.
"Gentar..." Nada Ochobot sudah bergetar. Lebih-lebih lagi, tubuh mereka berdua telah didorong merapati dinding rumah.
"Ochobot, mana Duri?"
SHRING!
Berdetup-detup berbunyi ketika syaitan yang dikerat Duri itu mendarat ke tanah. Tercungap-cungap Duri mengambil nafas sehingga tidak perasan beberapa ekor syaitan sudah memanjat betisnya. Gigi taring syaitan itu kelihatan.
"HUP!" Ayunan kipas dari KuPuteri berjaya menjadikan syaitan itu menjadi layang-layang. KuPuteri menoleh ke arah Duri sekilas seraya tangannya ligat membantu menghalau haiwan-haiwan perosak itu. "Kamu okey, Duri?"
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...