ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kita lawan sama-sama!".
.
.Selepas waktu Zohor...
SEUTAS tali berloceng digantung pada leher Ochobot. Ochobot mengusik beberapa kali tali yang diikat pada lehernya sehingga dia sendiri berasa selesa. Tangannya membelai kertas yang disertakan secara bergulung di belakang loceng tersebut.
Gentar yang sibuk membetulkan tali kotak yang digalasnya menoleh ke arah Ochobot dan Tok Sah. "Apa benda yang tok bagi dekat Ochobot ke?" Tidak semena-mena, Gentar menekup mulutnya. "Jangan kata... Ochobot dah jadi kucing perliharaan tok?"
"Apa kau merepek ni?" Ochobot membuat muka menyampah.
"Itu untuk berita misi kamu. Kalau ada misi yang kamu kena lakukan, loceng pada Ochobot tu akan berbunyi. Dan pada kertas itu akan muncul misi yang kamu perlu lakukan." Penjelasan Tok Sah menyebabkan aksi drama Gentar automatik terhenti. Haih... Gentar. Gentar. Memang drama sangat!
"Tapi kenapa Ochobot yang dapat?"
Tok Sah mengerutkan dahinya. "Habis tu, nak gantung dekat leher kamu?"
"Ah... hehehe. Tak adalah, tok." Gentar mengusap lehernya yang tidak lenguh. Salah dia juga bertanyakan soalan yang bukan-bukan.
Tok Sah merenung Gentar yang lengkap berpakaian laksana Elemental Slayer yang sebenar. Dengan jaket haori digandingkan baju Melayu dan bersampin. Tok Sah meletakkan tangannya pada kepala Gentar yang bertengkolok juga pada kotak yang digalas Gentar.
"Hati-hati ya, Gentar, Duri." Tok Sah menurunkan tangannya setelah mengusap kedua-dua benda berharganya. Gentar membalas pesanan itu bersama senyuman yang lebar. "Mestilah. Dan terima kasih juga pada Tok yang ajar saya selama ni. Dan jaga Duri."
"Dan memang tugas Tok. Oh, ya. Tok ada sesuatu nak bagi kamu." Tok Sah menyeluk dua pucuk sampul. Setiap sampul itu mempunyai label dan salah satunya bernama...
Mata Gentar dilimpahi sinar cahaya. "Jangan kata... tu slip gaji saya?"
"Ya, ini duit daripada Tok Sah dan ini pula duit daripada RamenMan." Dua sampul itu kini tiba di tangan Gentar. Gentar pun apa lagi? Terujalah dia mendapat slip gaji seperti yang dijanjikan. Lumrah hidup sebagai pekerja dan hamba bawahan.
"Huhuhu... saya ingat RamenMan kedekut tahi hidung masin. Tapi rupa-rupanya dia adalah juga kebaikan dalam diri beliau." Ochobot memandang mendatar ke arah Gentar yang pura-pura mengelap air mata palsunya menggunakan kain haorinya. Tiba-tiba, loceng Ochobot bergerak-gerak.
YOU ARE READING
Elemental Slayer (BBB)
FanfictionE L E M E N T A L S L A Y E R --------------- demon slayer au Berbeza dengan orang sekitarnya, Gentar ini terlebih gila dan perangainya mampu menempah tiket ke hospital sakit jiwa. Tetapi mungkin itu efek setelah amnesia sejak dari kecil. Tanpa...