BAB 3

47K 1.8K 95
                                    

          Ummar baru sahaja pulang, basah kuyup dek hujan, dengan rambut ikal mayangnya teracak, cuba menghapuskan sisa air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Ummar baru sahaja pulang, basah kuyup dek hujan, dengan rambut ikal mayangnya teracak, cuba menghapuskan sisa air. Suasana di luar mansion keluarga mereka ditambah dengan guruh yang berdentum, seolah-olah menggambarkan kegelisahan dalam hati Ummar.

Fikirannya masih terikat kepada wanita yang ditemuinya tadi, wanita yang wajahnya sentiasa berlegar di dalam kepalanya. Dia duduk di birai tangga, membiarkan dirinya dibuai lamunan, memikirkan sama ada wanita itu sudah selamat sampai ke rumah atau masih dalam perjalanan.

Suara lembut Tengku Kamelia yang meminta Laila mengambil tuala mengejutkannya dari lamunan. Dia tersenyum nipis kepada ibunya dan adik bongsunya yang berdiri di muka pintu. Tidak lama kemudian, Laila bergegas ke bilik untuk mengambil tuala, meninggalkan Ummar dan ibunya berdua di situ. Tengku Kamelia kemudian duduk di sebelah anaknya, bahunya melanggar perlahan bahu Ummar, menandakan kasih sayang yang tak berbelah bahagi.

"Jauh termenung, anak ibu. Kenapa? Penat sangat ke?" soalnya penuh prihatin, walaupun hati kecilnya sudah mula merasakan sesuatu yang lebih daripada sekadar keletihan. Ummar jarang termenung sebegini jauh, melainkan ada sesuatu yang benar-benar mengganggu fikirannya.

Ummar tersenyum tipis sambil menggeleng, tidak mungkin dia mahu menceritakan soal wanita misteri yang ditemuinya itu. Dia risau akan dianggap tidak serius oleh ibunya. Namun, leteran ibunya yang menyusul tidak mengganggu fikirannya yang masih tertumpu pada Eshal. Laila kemudian muncul dengan tuala di tangan, sambil tersenyum usik.

"Cari calon isterilah, abang Ummar. Sepanjang hidup adik, tak pernah sekali pun nampak abang bawa girlfriend jumpa kita orang," ujar Laila dengan nada yang mengusik, sambil menyerahkan tuala kepada ibunya.

Tengku Kamelia menyambut tuala tersebut dan mula mengelap rambut Ummar yang masih basah, namun dia tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. "Dah jumpa?" tanyanya lagi, matanya bersinar penuh harapan.

Ummar memandang ke arah ibunya dan Laila, menarik nafas sebelum mengaku, "Dah jumpa."

Serentak, mata Tengku Kamelia dan Laila membulat, penuh keterujaan. Hati Tengku Kamelia hampir melonjak gembira. Akhirnya, selepas sekian lama, anaknya yang paling disayangi itu bertemu dengan seseorang yang istimewa. Namun, kegembiraan itu sedikit terbantut apabila Ummar menambah dengan nada tenang, "Tapi dia tak kenal Ummar."

Tengku Kamelia dan Laila mengangguk, memahami situasi itu. Ummar bukannya jenis yang mudah mendekati orang, apatah lagi gadis. Dia lebih rela memerhati dari jauh, seperti kebiasaan yang menyebabkan dia masih belum menemui cinta sejatinya. Namun, sebagai seorang ibu, Tengku Kamelia tidak akan melepaskan peluang ini begitu sahaja.

"Tegurlah dia," ujarnya lembut, walaupun dia tahu memujuk Ummar bukanlah perkara mudah. "Tak salah cuba, kan?"

Ummar mengeluh kecil. "Kalaulah Ummar tahu di mana nak cari dia..." Jawapannya tergantung, pandangannya liar merayau ke arah titisan hujan di luar, seolah-olah berharap jawapan akan muncul bersama hujan yang turun.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now