BAB 16

31.7K 1.6K 52
                                    

          Angin yang laut bertiup lembut, memberikan suasana segar walaupun matahari terik di atas kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angin yang laut bertiup lembut, memberikan suasana segar walaupun matahari terik di atas kepala. Mereka berdiri berhampiran kawasan laut yang kelihatan jernih, membincangkan projek pusat peranginan mewah di atas air yang akan dibina di situ.

Eshal duduk sedikit jauh daripada Ummar dan ayahnya yang sedang berbincang. Dia bersama buku lakaran bersaiz A5, sedang melakar bayangan pusat peranginan mengikut kreativitinya. Hanya dengan melihat pelan yang Ummar buat dengan sekali imbas, Eshal sudah dapat bayangan betapa mewahnya chalet yang bakal berdiri teguh lebih kurang dua tahun lagi.

            "Kau okey?" soal Laila prihatin. Wanita yang tua dua tahun daripada Eshal itu senyum lebar ketika Eshal memandangnya. Dia ambil tempat duduk di sebuah batu kecil berdekatan. Lutut dirapatkan ke dada, matanya mengintai lakaran Eshal yang bersahaja. Cantik!

            "Okey. Kenapa?" soal Eshal tak mengerti. Apa? Dia nampak macam tak okey ke sampai si Laila ini tanya dia okey atau tak?

            "Tak ada apa. Aku nampak kau seorang je dekat sini. Kenapa tak join abang Ummar dengan Encik Han?" soal Laila. Dia perasan, Eshal bukanlah orang yang banyak berbicara. Dia sendiri masih belum berpeluang untuk mengenali Eshal dengan lebih mendalam.

            "Sebab Ar. Ummar suruh saya lukis ni," balas Eshal sambil menunjukkan lakarannya yang sudah hampir siap. Ah, barulah Laila mengerti mengapa Eshal begitu fokus menyiapkan lakaran. Task daripada Ummar rupanya.

            "Eshal, kenapa abang panggil kau Angel? Kau ada apa-apa dengan abang eh?" Laila senggol lengan Eshal. Dia sudah tersengih nakal mengusik Eshal. Melotot mata Eshal jadinya. Dia dan Ummar ada apa-apa hubungan? Lambat lagi!

            "Eh mana ada. Selain nama Eshal, saya ada nama lain. Angeline Han. Saya pun tak tahu kenapa Ar. Ummar panggil saya dengan nama Angel. Padahal saya tak pernah bagi tahu tentang nama Angeline tu," cerita Eshal sambil menyiapkan lakarannya. Eshal meniup habuk pensel yang ada di permukaan kertas. Dia senyum berpuas hati dengan lakaran tersebut.

            "Mungkin, dia ada tertengok dekat mana-mana ke? Wallpaper phone ke?" Laila tersenyum penuh makna. Bukan dia tak tahu siapakah Eshal Alaya yang sebenar. Semua orang sibuk bercerita bagaimana Ummar secara tak sengaja berjumpa dengan Eshal sebelum mengambil Eshal bekerja di syarikat mereka.

Semua kerana mulut Mar. Wanita itulah yang membuka rahsia Ummar, sekali gus memberi petunjuk siapakah wanita yang bernama Angel yang menjadi sebutan Ummar selama ini.

"Mungkin. Dan sampai sekarang phone tu dia tak pulangkan. Entah sampai bila dia nak sorokkan benda ni?" Eshal menghela nafas. Sengaja dia berkata begitu. Jika Laila tahu, tahulah. Jika tidak, biarkan Laila terus meneka.

Dengan mata yang meluas, Laila menepuk paha Eshal. "Kau tahu?" Laila bertambah terkejut ketika Eshal mengangguk.

"Angeline, kau ada apa-apa idea untuk struktur pembinaan dan material?" Tiba-tiba Ummar memanggil Eshal, sekali gus membuatkan Laila tak jadi meneruskan pertanyaannya. Kaki Eshal mula melangkah ke arah Ummar yang sedang memerhatinya.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now