BAB 15

31.3K 1.6K 159
                                    

          Eshal meniup perlahan luka di sikunya, sementara wan datang dengan bekas ubat-ubatan yang selalu disimpan di rumah, siap untuk merawat cucunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eshal meniup perlahan luka di sikunya, sementara wan datang dengan bekas ubat-ubatan yang selalu disimpan di rumah, siap untuk merawat cucunya. Hambir gempar satu kampung dengan berita cucu kesayangan atuk dan wan kemalangan. Kemalangan terlanggar longgokan kelapa!

"Ha, ni makan dia! Nak sangat jadi minah rempit, kan?" Jibrael, salah seorang pengawal peribadi khas kepada Raja Laila berseloroh sebelum meletakkan lauk basah di atas meja. Dia dan Laila akan menolong wan menyediakan jamuan tengah hari mereka. Mar dan Eshal yang berada di tangga dapur menjeling geram.

"Kau nak makan siku aku ke?" Mar menjegilkan biji matanya ke arah Jibrael yang sudah terkekeh.

"Assalamualaikum," sapa Hadi lalu memasuki pintu dapur. Diikuti Ummar, atuk dan Hazril. Mana tidak risau hati orang tua berdua ini apabila mendengar Eshal dan Mar menghentam timbunan kelapa milik Haji Rasyid?

Nasib baiklah Haji Rasyid baik hatinya. Tidak langsung dia hiraukan buah kelapanya yang pecah dilanggar. Malah menolong Eshal dan Mar untuk bangun dahulu. Terus ditelefon atuk untuk datang.

"Ha, macam mana? Haji Rasyid ada cakap apa-apa?" soal wan sambil mengikat rambut cucunya. Mahu mengurut lengan Eshal yang pegal setelah jatuh motor tadi.

Atuk tersenyum sebelum menggeleng. Tempat duduk di meja makan diambil sebelum memandang ke arah Eshal dan Mar yang sudah menunduk rasa bersalah. Hai gadis-gadis. Nasiblah dia sayang.

"Haji Rasyid tu awak kenal kan dia macam mana? Kelapa ada beberapa biji yang pecah. Nak diganti tapi dia menolak. Katanya tak apa. Asalkan dua anak dara ni tak cedera." Atuk menggelengkan kepalanya lalu kopi o panas dihirup perlahan.

"Kenapa buas sangat anak ayah seorang ni?" kata Han Jungwon dengan gelengan kepalanya. Hampir semua daripada mereka tertawa. Mana tidaknya? Tertonggeng Eshal dan Mar dalam timbunan kelapa! Sakit dapat, malu pun dapat.

"Kami minta maaf sebab dah susahkan semua orang. Tentang motor jangan risau. Mar tanggung kos kerosakan." Senyuman tawar dilempar sebelum tangan wan diraih untuk dicium. Bebal kau Mar! Tunjuk hero lagi!

Kepala Mar diusap oleh wan sambil mengekek ketawa orang tua itu. Lucu melayan karenah dia seorang. Paling lasak dan paling nakal.

"Tak apalah, Mar. Abang tak nak minta ganti rugi. Cukuplah kau orang okey. Risau abang dengar kau orang jatuh motor. Apa kau orang buat ha?" soal Hazril sambil mencuri sekeping keropok keping dari balang makanan yang Hadi pegang.

"Lembu tu yang salah!" Serentak Eshal dan Mar menjawab. Tercengang semua orang mendengar jawapan mereka.

"Kau orang berlumba lepas tu lembu dipersalahkan? Wan, atuk, ada klinik tak dekat sini? Baik pergi bawak check otak dua ketul ni. Dah biul agaknya terhentak buah kelapa." Geram Laila yang menjawab. Tangannya yang basah dikesat pada kain. Baru lepas memotong sayur didapur.

Terhambur ketawa semua orang mendengar jawapan Laila.

"Ini kampung, ladies. Lain kali bawa motor tengok depan bukan side mirror. Tempat lesen memandu mana ajar kau orang cara bawa motor ni?" Sedas Ummar menembak. Pedas betul mulut dia!

"Saya tak pandai bawa motor. Ha, kak Mar ni. Dia ada lesen!" Cepat-cepat Eshal membuang segala kesalahan ke atas bahu Mar. Paha Eshal dipukul sekali oleh Mar, lalu disambut ketawa kecil Eshal yang tersengih.

Telefonnya dibawa keluar dari poket. Eshal mengambil gambar sikunya yang sudah disapu ubat itu. Berkerut dahi Ummar melihatnya. Apa yang Eshal buat? Gambar luka pun nak simpan?

"Pelik-pelik la kau ni. Gambar KLCC nak ambil, gambar siku luka pun nak ambil. Memang suka penuhkan memori phone ke?" Sindiran halus itu dari arah kirinya. Eshal pandang Ummar yang berdiri sambil memeluk tubuh. Terus berubah tatapan Eshal menjadi jengkel.

"Mana tuan tahu saya suka ambil gambar KLCC?" Giliran Eshal pula yang berkerut dahi. Atau Ummar sengaja mahu memberi petunjuk dengan sengaja bahawa dialah lelaki yang Eshal jumpa pada malam itu secara tidak sengaja?

Ummar terdiam. Ah sudah! Dia terlepas kata. Ummar Cuma menayang wajah kosongnya sambil menggeleng kecil, seakan tak berminat untuk menjawab soalan Eshal tadi. Di dalam hati, Eshal geram mahu menghambur segala yang dia sudah tahu. Bila agaknya Ummar mahu berterus-terang?

"Saya nak hantar dekat abang Luqman la." Eshal memecah sunyi di antara mereka. Sekeliling mereka sudah larut dengan aktiviti masing-masing. Tinggal Ummar dan Eshal saja di ruang tengah rumah itu.

Luqman, Luqman, Luqman! Ummar sudah bosan dengan nama itu! Dengan hati yang membara, Ummar cuba menarik nafas panjang.

"Orang yang kau nak bagi tahu tu tunang orang tau." Rasa seperti dipanah petir, Eshal yang sedang meniup luka di sikunya itu terdiam. Luqman tunang orang?

"Ta... tapi abang Luqman tak pernah bagi tahu pun..."

"He loves to be the center of attention. Bahasa mudah, dia nak 'test market' dia." Lama Eshal mendiamkan diri, Ummar sudah menahan senyumannya daripada mengoyak. Jahat? Biarlah. Biar dia kelihatan jahat sekarang daripada Eshal terus hanyut dalam perasaan yang tiada pangkal hujungnya.

"Aku kenal Luqman sebelum kau. Dan aku tak bermaksud untuk campur urusan peribadi kau. Tapi kau kena jauhkan diri kau daripada Luqman sebelum kau tersasar jauh. Move on, Angel." Ummar tahu, kemenangan miliknya ketika Eshal masih kaku di situ. Sudah tentu fikiran wanita itu sedang berserabut.

Tapak kaki Ummar yang memijak lantai kayu terdengar mendekati, Eshal melihat Ummar yang berlalu ke dapur melepasinya. Eshal tak nafikan, apa yang Ummar katakan itu benar. Ummar lebih mengenali Luqman. Mereka adik-beradik walaupun masih tidak didedahkan kebenarannya.

Realiti sudah ada di depan mata, tinggal diharungi saja lagi. Nyata, Luqman milik orang.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now