BAB 19

32K 1.8K 182
                                    

          Di dalam LRT yang penuh sesak dengan penumpang, Eshal berdiri berhampiran pintu, memegang tiang besi untuk menjaga keseimbangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di dalam LRT yang penuh sesak dengan penumpang, Eshal berdiri berhampiran pintu, memegang tiang besi untuk menjaga keseimbangan. Mata dia tertumpu keluar pada pemandangan bandar Kuala Lumpur yang berkelip-kelip di luar, namun fikirannya melayang jauh, teringat perbualan tegangnya dengan Luqman tadi. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri.

Tanpa dia sedar, di sudut yang tidak begitu jauh, Ummar duduk di salah satu kerusi, memperhatikannya sejak beberapa stesen yang lalu. Dari saat dia meninggalkan Boxing Palace, Ummar sudah mengikuti Eshal, walaupun dia sendiri tak tahu mengapa. Ada sesuatu tentang cara Eshal berjalan keluar dari perbualan dengan Luqman yang membuatkan Ummar ingin memastikan dia baik-baik saja. Namun, dia tak mahu terlalu jelas kelihatan, jadi dia memilih untuk memerhati dari jauh.

Eshal, masih terbuai dengan fikirannya, tidak menyedari kehadiran Ummar di seberang gerabak. Matanya kadang-kadang melirik ke arah orang sekeliling, tapi dia tidak mengenali sesiapa, atau begitu fikirnya.

Ummar tersenyum kecil dari tempat duduknya, menyedari betapa terganggunya Eshal, namun dia juga terhibur dengan keletah Eshal yang sedikit canggung dalam kebisingan bandar. Dia melihat bagaimana Eshal cuba mengalihkan perhatian dari fikirannya dengan bermain-main dengan hujung rambutnya atau mengetuk-ngetuk kakinya secara halus.

LRT berhenti di stesen seterusnya, dan semakin ramai orang masuk. Penumpang mulai berasak-asak, dan Eshal hampir-hampir kehilangan tempatnya di dekat pintu. Dia cuba mengekalkan keseimbangannya dengan menggenggam tiang lebih erat, namun dalam keadaan ramai begitu, dia kelihatan sedikit serba salah.

Ummar yang perasan akan keadaan itu segera bangun dari tempat duduknya. Tanpa banyak bicara, dia berjalan ke arah Eshal dan berdiri di sebelahnya, memberikan sedikit ruang untuknya bernafas.

Eshal tersentak sedikit apabila terasa ada orang berdiri begitu dekat dengannya. Dia menoleh dan terkejut melihat Ummar di situ. "Tuan?!" tegurnya, matanya terbeliak sedikit.

"Just taking the same LRT as you, apparently." Dengan senyuman senget, Ummar berlagak sahaja. Sejak bila seorang Raja Ummar pandai naik LRT?

            "Jangan cakap tuan ikut saya sampai sini? Mana motor tuan?" Eshal menjeling Ummar.

Ummar pula berpura-pura tidak tahu, mengabaikan soalan Eshal. Melihat Ummar begitu, Eshal turut berdiam diri. Mahu sampai ke stesen yang dia tuju masih agak lama. Eshal memilih untuk menganggap Ummar tidak wujud.

"I was... worried after you left."

Mata Eshal melembut sedikit mendengar nada itu, tapi dia cuba menyembunyikan rasa terharunya. Nampaknya, Ummar sudah mengekorinya sejak dia dan Luqman berpisah di hadapan Boxing Palace tadi. Mungkin juga Ummar terdengar perbualan mereka berdua.

"I'm fine. I just needed some time alone. Tak sangka pula tuan ikut saya sampai sini."

Ummar ketawa kecil. "Well, you know me. Can't let you be alone for too long. Someone's gotta make sure you don't get lost in your thoughts."

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now