BAB 2

64.9K 2.1K 69
                                    

        Gigil tubuhnya tak mampu dibendung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gigil tubuhnya tak mampu dibendung. Eshal Alaya mendakap tubuh sendiri. Sejuknya cuaca hari ini agak tidak biasa. Cuaca Malaysia sekarang sudah gila. Pagi mendung, tengah hari panas, malam pula ribut taufan.

GrabCar yang dia pesan tadi sudah tiba. Eshal periksa nombor plat kereta. Ya, sama dengan model kereta dan nombor plat yang tertera di skrin iPhone miliknya. Tanpa itu dan ini, dia mendekati kereta keluaran negara sendiri, Perodua Myvi berwarna putih.

Usai memasuki perut kereta, tanpa sebarang kata dan hanya bermodalkan senyum nipis, pemandu lelaki paruh baya itu mula memandu menuju ke destinasi. EarPod dipakainya. Lebih memilih untuk dibuai lagu dari playlist kesukaannya setelah seharian dia menghadiri beberapa interview kerja.

Tiga syarikat yang dia ditemu duga, namun respons daripada si majikan semuanya hampir sama. Menyuruh Eshal untuk pulang dan menunggu panggilan telefon jika dia diterima. Saingannya agak sengit. Pembukaan peluang internship dikalangan pelajar sepertinya agak terhad. Bukan semua syarikat berkesanggupan untuk menunjuk ajar kepada mereka. Semua takut rugi agaknya memandangkan semua pelajar internship diwajibkan untuk diberi elaun setiap bulan. Dasar kedekut!

Lagu yang berdendang ditelinga begitu tenang. Tidak bingit. Lagu yang bertajuk Instagram milik seorang penyanyi Korea Selatan yang bernama Dean menjadi pilihan Eshal. Dia lempar pandangan ke luar tingkap sambil menyaksikan bangunan menjalar tinggi.

Dalam kepalanya sudah mula mereka angan-angan yang tak sudah. Andainya dia berjaya menjadi seorang arkitek. Tambahan pula dia berjaya mereka bangunan-bangunan tinggi seperti KLCC, Menara Kuala Lumpur dan juga Menara Merdeka 118. Memikirkan itu dia tersengih. Gila agaknya.

"Cantik betul bulan malam ni ya?" Pemandu Grab itu agak terkejut dengan suara lunak Eshal yang tiba-tiba mengajaknya untuk berbual. Dia senyum dan mengangguk.

"Ya, cantik sangat, cik," jawab pemandu Grab tadi dengan ramah. Baru berani dia bersuara memandangkan pelanggannya memesan perkhidmatan Quite Grab. Itu bermakna dia tidak mahu berbicara atau berinteraksi dengan si pemandu. Fikirnya, Eshal terlihat seperti gadis polos yang baru saja mahu mengenal dunia luar.

"Dekat pula dengan menara KLCC. Nampak cantik yang luar biasa." Eshal sambung berbual. Sekadar untuk menghilangkan rasa canggung. Pemandu Grab itu terlihat memberi senyum sebagai respons.

Tepat di lampu isyarat yang bertukar merah, kereta pun berhenti tepat di garisan penanda putih. Ianya langsung tidak mengganggu angan si Eshal. Matanya masih menatap tepat ke arah bangunan KLCC yang masih bercahaya terang. Ianya terlalu indah sehinggakan Eshal langsung tidak sedar akan sebuah superbike Ducati Panigale V2 yang berhenti tepat disebelahnya.

Pada mulanya, penunggang Ducati merah garang itu tidak mengendahkan apa yang ada di sekelilingnya kecuali lampu isyarat. Ketika dia menoleh ke arah kanannya, dia mengecilkan mata. Wajahnya yang tertutup dek helmet penuh itu mula berkerut ketika melihat senyuman gadis yang ada di sebalik cermin tingkap kereta.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now