BAB 5

33.2K 1.7K 62
                                    

          Eshal tunduk memandang lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Eshal tunduk memandang lantai. Terkuis-kuis jarinya bermain sesama sendiri. Malu. Itu yang dia rasakan. Lebih-lebih lagi apabila lelaki yang dikenali sebagai Luqman masih menatapnya tak lepas. Wajah itu masih tenang biarpun kepala dan bahunya baru saja dipukul kuat tadi. Gila, mana Eshal nak letak muka dia sekarang ni? Dia tersilap orang!

"Jangan kata Eshal, aku pun tak cam kau. Apa hal kau naik motor Ummar?" Mar menjeling malas. Luqman seorang yang tidak gemar menunggang motor. Dia lebih menyukai kereta. Apa mimpi si Luqman menunggang motor milik Ummar hari ini? Terjumpa Eshal pula. Kisah yang terjadi antara Eshal dan Ummar pula masih tak terungkai. Kebetulan yang tak terduga, menyebabkan Mar mula tertarik dengan kisah ini.

"Kereta aku rosak. Aku pinjam motor Ummar. Dah jadi satu kesalahan aku naik motor adik aku?" Luqman membidas. Apa salahnya? Atau dia ialah makhluk yang diharamkan untuk tunggang motor? Undang-undang siapa?

Mendengar jawapan itu, Mar tersengih. Ya, bukan salah Luqman. Kini, Mar menoleh ke arah si pesalah. Pesalah berbadan kecil tetapi salahnya besar! Eshal semakin menunduk. Tuhan, malunya sealam! Ternyata, lelaki yang dia serang sebentar tadi bukanlah lelaki yang dia cari, tetapi ini ialah abang kepada si pelaku. Mana tidaknya, mata mereka seiras. Tubuh mereka juga sama besar sama tinggi. Dah macam kembar.

"Saya... saya minta maaf. Saya tersilap orang," kata Eshal dengan penuh rasa bersalah. Kepalanya ditunduk habis tanda di benar-benar ikhlas memohon maaf.

Luqman senyum kecil. Tak, dia tidaklah marah melangit. Dia cuma terkejut apabila dia diserang secara tiba-tiba. Mendengar permohonan maaf Eshal sudah memadai.

"Awak kenal adik saya?" tanya Luqman.

Eshal menggeleng.

"Tak kenal, muka pun saya tak cam pun muka dia. Cuma, kami tak sengaja terserempak depan KLCC waktu dia tunggang motor tu.  The most random thing that I've ever experienced." Eshal menjuih bibir ke arah superbike merah terang itu. Eshal sudah menayang muka pasrah. Agaknya, memang nasibnya tak pernah baik. Dia termenung beberapa detik sebelum ketawa Mar pecah. Ha sudah! Adik yang dicari, abang yang dihempuk.

"Apa dah jadi? Kau macam ada personal issue dengan dia je?" Mar cuba mengorek cerita. Gaya Eshal sepertinya malas bercerita, Mungkin, pertemuannya bersama Ummar bukan dalam keadaan yang baik.

"Panjang ceritanya. Tapi, apa yang buat aku marah sebab dia rampas handphone aku dekat tengah jalan." Eshal mengerling ke arah Luqman sebelum menyambung kata-katanya. Mar dan Luqman melopong habis. Tengah jalan pun boleh ajak orang bergaduh si Ummar ni?

"Ingatkan... encik ni lelaki semalam tu. Rupanya salah orang. Hehe..." Eshal pamer gigi ratanya. Sengih canggung. Harapnya, Luqman tidak sekeras lelaki semalam. Dia tak sengaja!

"Telefon awak tu saya suruh dia beri pada Mar. Saya tak tahu apa yang dah jadi sampai dia rampas telefon awak. Tapi saya harap semuanya selesai dengan elok. Kejadian tadi, saya maafkan. Saya faham awak tak sengaja." Luqman lempar senyuman manis buat pertama kali. Eshal? Dia sudah terpempan. Dia kehilangan kata-katanya. Sungguh, Luqman sangat budiman orangnya. Perlahan-lahan mulutnya yang separa terbuka ditutup dan kepalanya mengangguk dua kali.

"Te... terima kasih. Minta maaf sekali lagi." Usai mengucapkan itu, Luqman angguk lalu berdiri dari duduknya.

"Saya minta diri dulu. Mar, nanti kau settle la dengan Ummar. Aku gerak dulu," kata Luqman lalu dia meminta diri untuk pergi. Sekilas, dia memandang Eshal.

"Jumpa lagi, Eshal. Minta maaf sebab panggil awak gila." Kata-kata itu meluncur bersama ketawa kecil. Lalu, Luqman pergi tanpa berpaling lagi. Eshal dan Mar cuma memerhati dengan isi kepala masing-masing.

"Luqman..." gumam Eshal. Mar yang memerhati gelagat Eshal itu menjeling. Ketika itu juga, Eshal dan Mar bertentang mata dan membuahkan senyuman di wajah Eshal.

"Kau tak pernah cerita pun kau ada sepupu gila?" selar Eshal.

"Kau nampak macam aku ni ada masa nak bercerita?" potong Mar. Lalu senyuman Eshal yang berbunga tadi perlahan-lahan mengendur. Cis! Baru nak buat baik dengan sepupu, tiba-tiba Eshal rasa nak naik angin pula.

"Nasib baik yang kau hempuk tu tadi Luqman. Kalau Ummar? Aku rasa kau dah arwah, Eshal," bebel Mar. Eshal pun satu. Merentan tak kena tempat!

"I wish I could beat hime for once. Dia biadap gila kot!" Dengan penuh perasaan Eshal meluah. Rambut panjangnya dia selak ke belakang dengan gaya dramatik. Tak dramatik bukan Eshal Alaya namanya.

"Awal sangat untuk kau nilai Ummar. Dia tu jarang nak biadap dengan orang walaupun hakikatnya dia memang biadap sikit. Tapi, cari pasal dengan orang bukan perangai Ummar. Kau berjumpa dengan dia malam tadi tu mesti bersebab. Entah-entah kau orang berjodoh," seloroh Mar. Tak maksudkan apa-apa. Mar sekadar bergurau. Dia geli hati melihat muncung bibir Eshal semakin panjang.

"Jangan masin mulut kau, kak Mar. Aku muda lagi nak kahwin." Gelisah wanita itu jadinya. Kata-kata merupakan doa. Risau jika gurau senda hari ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. Lagi pula, Eshal tidak berniat mahu bertemu lelaki bernama Ummar itu. Biarlah Mar yang menjadi orang tengah antara mereka. Apa-apa pun yang terjadi, Eshal tak mahu berjumpa Ummar.

"Daripada kau merepek hal yang bukan-bukan, apa kata kau hantarkan aku balik. Aku kena jumpa supervisor aku lepas Asar nanti." Jam di pergelangan tangan kanannya ditatap seketika. Ada masa lagi kalau mahu balik mandi ataupun makan. Eshal mula bereskan barang-barang di atas meja.

"Kejilah perangai perempuan ni. Buat aku macam personal driver dia pula. Kau ingat kau anak sultan?" Membebel, tetapi tangannya lincah membantu Eshal mengemas barang. Hati tak sebulu dengan mulut.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now