BAB 17

31.5K 1.7K 302
                                    

          Malam itu tenang di serambi rumah tradisional yang dikelilingi pokok kelapa dan bunga kemboja yang harum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu tenang di serambi rumah tradisional yang dikelilingi pokok kelapa dan bunga kemboja yang harum. Bintang-bintang berkelip lembut di langit, sementara angin sepoi-sepoi menyentuh wajah Eshal yang sedang duduk termenung di atas bangku kayu. Di tangannya, secawan teh yang sudah hampir sejuk. Pandangannya jauh ke arah gelap malam, namun fikirannya melayang entah ke mana.

Telefonnya diletakkan di samping, baru sahaja melihat akaun Instagram milik Hani. Ada gambar Luqman dan Hani ketika mereka mengikat pertunangan mereka sekitar enam bulan yang lalu. Eshal hela nafas yang berat. Luqman yang bersalah kerana tidak berterus-terang atau dia yang bodoh kerana mengharapkan Luqman dengan cara yang tidak jelas?

Suara langkah kaki kedengaran semakin hampir. Ummar muncul di hujung tangga serambi, berdiri tegak sambil memandang Eshal. Ummar jeling skrin telefon Eshal. Ada gambar hari pertunangan Luqman dan Hani yang terpapar.

"Kau masih tak boleh terima ke?" kata Ummar perlahan tapi tegas.

Eshal berpaling perlahan, memandang Ummar dengan wajah tanpa ekspresi. "Terima apa?" soal Eshal yang buat-buat tidak faham.

"Sudahlah, Angel. Kau kena berhenti hidup dalam penafian. Kau tak boleh terus berharap sesuatu yang tak mungkin." Ummar bersandar di tiang serambi, cuba menyampaikan maksudnya dengan lembut.

Eshal mendengus kecil, lalu mengalihkan pandangan ke arah gelap malam kembali. "Saya perlukan masa untuk terima. Beberapa bulan ni saya banyak sangat menaruh harapan pada abang Luqman."

Ummar berjalan mendekat, kini berdiri di hadapan Eshal. "Janji apa yang Luqman dah tabur pada kau? Baru beberapa bulan kau kenal Luqman, semudah tu kau jatuh cinta pada dia?"

Eshal menutup cawan tehnya dan meletakkannya di atas meja. Pandangannya masih jauh, tapi hatinya mula terasa berat. "Tak ada janji yang dia tabur. Tapi saya yang tersalah anggap. Mungkin, dia layan semua perempuan sama macam dia layan saya. Saya yang cepat sangat jatuh hati," jelas Eshal dengan nada yang perlahan.

Ummar menghela nafas panjang. "Sepanjang kau orang berkawan, dia tak cakap langsung yang dia ada tunang? As expected," gumam Ummar.

Eshal memandang Ummar dengan mata tajam, seperti cuba mencari jawapan dalam kata-katanya. "Tuan dengan abang Luqman nampak rapat. Banyak tuan tahu pasal abang Luqman. Macam adik-beradik." Eshal lempar senyuman lesu, sengaja menguji Ummar. Mahu menipu lagikah?

"Sebab aku... dah kawan dengan Luqman lama. Aku tahu perangai Luqman macam mana. Sebab tu aku larang kau dekat dengan dia," dalih Ummar. Nadanya tenang, tetapi hatinya bagaikan mahu meletup. Eshal sudah tahu ataupun kata-kata Eshal tadi hanya kebetulan?

"Oh, dah lama kawan? Rapat betul tuan dengan abang Luqman. Motor tuan dengan motor adik dia pun sama. Beli sama-sama ke?" Ummar kejung di tempat mendengar itu. Eshal pula sudah menarik senyuman dengan lebih lebar.

"Haa, saya baru perasan. Muka tuan dengan abang Luqman pun sama. Dah macam kembar!" Eshal membuat suara teruja. Dia bangun dari tempat duduknya, berdiri menghadap Ummar.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now