BAB 18

31.7K 1.8K 228
                                    

          Suasana di dalam Boxing Palace yang sedang diubah suai itu agak bising dengan bunyi mesin dan pekerja yang sibuk menjalankan tugas mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di dalam Boxing Palace yang sedang diubah suai itu agak bising dengan bunyi mesin dan pekerja yang sibuk menjalankan tugas mereka. Dinding-dinding yang dahulunya kosong kini sudah mula mendapat sentuhan reka dalaman, lukisan mural abstrak yang sesuai dengan tema tempat latihan tinju yang moden dan minimalis. Eshal dan Ummar berjalan beriringan melalui kawasan itu, meninjau hasil kerja yang sedang berlangsung.

Namun, walaupun berada di situ untuk tujuan profesional, suasana antara mereka terasa kekok. Sejak pengakuan Ummar beberapa hari lalu, Eshal masih belum benar-benar tahu bagaimana untuk berdepan dengannya. Ummar pula kelihatan seperti cuba menjaga jarak, walaupun sesekali matanya melirik ke arah Eshal, seolah-olah cuba membaca perasaannya.

"Kalau kau tengok sini, kita akan pasang cermin dinding besar di kawasan ni," Ummar berkata sambil menunjuk ke arah dinding di sebelah kanan mereka. "Supaya peninju boleh nampak pergerakan sendiri dengan jelas."

Eshal mengangguk, cuba fokus pada tugasan. "Itu memang idea yang bagus. Cermin besar tu akan buat ruang ni rasa lebih luas juga." Eshal menyokong.

"Cermin tu kena letak pada sudut lebih tinggi sikit. Aku tak nak ada blind spot." Ummar bersuara tegas sambil menunjukkan arah kepada pekerja.

Eshal memandang sekeliling, cuba menilai sejauh mana kerja reka dalaman telah disiapkan. Sofa kulit hitam sudah ditempatkan di ruang santai, dan peralatan tinju seperti beg pasir dan tali skipping diletakkan di sudut lain. Segalanya kelihatan selari dengan konsep yang Ummar mahukan. Tough tetapi bergaya.

"Tuan rasa warna hitam ni terlalu gelap tak untuk ruang ni?" Eshal cuba memecahkan keheningan yang terasa sedikit janggal di antara mereka.

Ummar menoleh ke arah Eshal, matanya memerhatikan dinding sebelum menjawab, "Aku suka warna ni. It gives the place a grounded feeling. Solid. Kena dengan mood boxing."

Eshal mengangguk, walaupun dia sebenarnya tak begitu kisah tentang pilihan warna. Dia lebih banyak memikirkan bagaimana hendak mengelak daripada bertembung dengan Luqman, yang baru sahaja tiba di pulau itu untuk mengurus beberapa urusan kerja. Kehadiran Ummar di sisinya sekarang memberikan sedikit rasa selamat, walaupun suasana antara mereka agak tegang sejak pengakuan Ummar malam itu.

Dia tidak perlu berpaling untuk tahu siapa yang baru saja masuk ke dalam bangunan itu. Dia tahu itu Luqman. Tanpa sedar, tangannya mula menggenggam sketsa di dalam failnya lebih erat.

Ummar yang perasan perubahan pada riak wajah Eshal segera melihat ke arah pintu, dan seperti yang dijangka, Luqman berjalan masuk, tersenyum sambil menuju ke arah mereka.

"Ummar, aku nampak ada update kat sini, so I thought I'd drop by," kata Luqman dengan nada mesra.

Eshal panik dalam diam. Dia tahu yang dia masih belum bersedia untuk berbual dengan Luqman selepas segala yang berlaku antara mereka. Dalam fikirannya, satu-satunya cara untuk mengelak daripada berdepan dengan situasi itu adalah menggunakan Ummar sebagai pelindung.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now