BAB 8

25K 1.4K 157
                                    

          Tepat jam 7:40 pagi, Eshal sudah sampai di tapak pembinaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Tepat jam 7:40 pagi, Eshal sudah sampai di tapak pembinaan. Seperti yang diarahkan oleh si ketua, Eshal menunggu di kafe yang berada tak jauh dari kawasan tersebut. Hanya perlu berjalan kaki. Dari kejauhan, Eshal lihat Ummar dan seorang lagi lelaki yang ada di kafe itu, sedang menikmati sarapan pagi mereka.

Ummar yang sememangnya peka dengan keadaan sekeliling senyum di sebalik cawan kopinya ketika dia melihat Eshal yang semakin mendekati. Pakaian ringkas yang dikenakan oleh Eshal agak menarik perhatiannya. Rambut hitam pekat itu dibiarkan bergerai, tubuh genit itu tersarung baju t-shirt putih dan cardigan hitam, dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru muda.

"Tuan dah sampai lama? Saya lambat ke?" Soalan itu dilontarkan oleh Eshal terlebih dahulu.

"Belum pukul lapan. That's mean you're not late. Have a seat," kata Ummar sambil melirik ke arah kerusi kosong disebelahnya. Dapatlah Eshal menarik nafas lega. Usai dia melabuhkan punggung di kerusi, lelaki yang ada di hadapan Ummar itu dia pandang. Kononnya, mahu bertegur sapa. Alangkah terkejutnya ketika lelaki itu berpaling wajah, ternyata dia ialah Luqman! 

"En... encik... Luqman?" Terbata-bata tuturannya. Mulutnya diterkup kemas dengan bulatan mata yang besar, macam baru jumpa artis! Luqman senyum segaris. Dia menggosok belakang lehernya kerana rasa segan. Tak menyangka, Eshal masih ingat dia.

"Apa encik Luqman buat dekat sini?" Eshal pandang sekeliling. Manalah tahu Mar juga di sini. Setahunya, Mar bekerja dengan syarikat turun-temurun keluarganya dalam industri seni bina reka bentuk dalaman. Tebaknya, mungkin Mar bekerja satu syarikat dengan Luqman.

"Saya kerja," jawab Luqman ringkas. Tahu, Eshal Alaya masih tidak tahu akan kewujudan Ummar sebagai lelaki yang biadap pada malam mereka bertemu. Mata Luqman menjeling halus ke arah Ummar yang menayang riak wajah pasrah. Takut rahsia terbongkar ke? Mahu tipu perempuan ini sampai bila? Mahu tak mahu, Ummar cuma ikutkan saja.

"Kerja? Encik kerja ID ke?" Terus membulat mata Eshal. Setahunya, hari ini memang ada pihak ID yang bakal menyertai mereka. Terus dia memandang sekelilingnya sekali lagi. Mana tahu Mar juga ada di sini?

"I'm alone. Mar ada di pejabat. Eshal apa khabar?" Luqman mula mengubah topik perbualan. Tentang Eshal dan Ummar, biarlah Ummar yang menyelesaikan hal ini bersama Eshal. Mahu bersembunyi di tahap mana? Jika membawa diri terbang ke langit pun boleh jatuh ke tanah apa lagi yang sama-sama berada di tanah. Lambat laun Ummar akan berterus-terang pada Eshal. Biarlah.

"Khabar baik. Encik..."

"Call me Luqman. Tak perlu berencik-encik. Saya bukan bos awak," potong Luqman.

"Sa... saya segan. Awak lebih tua daripada saya. Saya tukar panggil abang boleh?" balas Eshal dengan senyuman manis. Tersedak Ummar jadinya. Dia tepuk dadanya yang sakit.

"Eh, tuan okey? Nah, tisu." Huluran tisu daripada Eshal disambut oleh Ummar. Satu jelingan tajam diberikan oleh Ummar. Tak padan dengan muka polos, gatal rupanya!

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now