BAB 13

28.3K 1.6K 90
                                    

          Mereka tiba di Pulau Tioman selepas menempuh perjalanan yang agak panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka tiba di Pulau Tioman selepas menempuh perjalanan yang agak panjang. Setelah menjejakkan kaki ke darat, mereka disambut dengan pemandangan pantai yang menakjubkan. Air laut yang jernih kebiruan, pasir putih halus, dan pohon kelapa yang melambai-lambai ditiup angin.

Dengan senyuman lebar, sambil memandang si ayah, Eshal membetulkan kedudukan beg sandang di bahunya. "Dah lama kita tak balik sini," ujarnya.

Han Jungwon mengangguk, penuh teruja. Mereka berjalan beriringan ke arah sebuah rumah kayu tradisional yang terletak berhampiran pantai, diikuti Ummar, Mar, Laila, Hadi dan Jibrael di belakang. Apa yang mereka semua buat disini? Semuanya kerana plan gila Eshal dan Mar. Habis semua orang dia pakat ajak. Padahal, ini ialah site trip, bukan percutian.

Rumah atuk dan wan dihiasi dengan bunga-bunga tropika yang berwarna-warni, menambah keindahan suasana. Ketika sampai di hadapan tangga, mata Eshal bertembung dengan milik wan yang baru keluar dari pintu utama. Eshal tersenyum kekok.

"Assalamualaikum, wan. Angel dah sampai." Suaranya dikawal agak tidak pecah. Melihat wajah tua wan hanya membuatkan dia teringat akan mummy. Wan gegas menuruni tangga. Tanpa berkata apa-apa tubuh Eshal sudah disauknya bersama tangisan.

"Cucu wan dah balik. Abang! Angel dah sampai, bang!" laungnya ke arah tepi rumah, mencari susuk atuk di sana.

Seorang lelaki tua yang gagah dengan senyuman hangat muncul. Wajah mereka berseri-seri melihat cucu kesayangan bersama rakan-rakannya sudah tiba. Atuk hanya menggelengkan kepalanya ketika wan masih memeluk Eshal tak mahu dilepas.

"Bukan cucu awak je tau. Cucu saya juga," kata atuk sambil menjeling wan. Hal itu mengundang tawa mereka semua. Terus tangan atuk Eshal capai untuk bersalam.

"Atuk sihat?" soal Eshal dengan lembut. Atuk mengangguk.

"Kalau tak sihat atuk tak bertukang buat bangsal kucing wan kamu." Bibir atuk menjuih ke arah bangsal kucing yang ada di tepi pokok mempelam. Baru siap dibina, tinggal mahu disyelek sahaja lagi.

"Ni, kawan-kawan Angel?" soal wan sambil menyambut huluran salam Mar dan Laila Mereka tersenyum dan mereka menunggu giliran untuk menyalami wan seorang demi seorang.

"Ya, ini kak Mar. Ini Laila. Ini pula Ar. Ummar, bos Angel dekat tempat intern," kata Eshal, memperkenalkan mereka yang ada di sini. Atuk yang sedang menyambut huluran salam Ummar itu merenung Ummar. Lelaki itu tersenyum nipis membuatkan wajah beku itu tadi terlihat manis.

"Terima kasih sebab sudi terima kami di sini, atuk, wan. Tempat ni memang cantik!" ujar Hadi si kembar tahunan Mar. Dia yang paling bersemangat mahu ikut. Katanya, inilah kali pertama dia ke Pulau Tioman. Begitu juga dengan Laila. Masing-masing menggunakan nama Ummar dan Mar untuk mengikuti trip ini.

"Alahai, terima kasih. Tioman ni memang tempat istimewa. Nanti wan masakkan makanan kampung untuk kamu semua, ya? Jangan malu, anggap saja macam rumah sendiri." Wan mengajak mereka untuk naik ke atas rumah.





[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now