BAB 14

29.3K 1.7K 130
                                    

          "Atuk, betul ke motor ni elok lagi?" soal Hadi sambil menggarukkan kepalanya yang tidak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Atuk, betul ke motor ni elok lagi?" soal Hadi sambil menggarukkan kepalanya yang tidak gatal. Motor cabuk yang mungkin lebih tua dari usianya itu dipandang. Segera atuk menongkat motor itu. Senyuman manis dilempar sambil matanya memandang Hadi dan Ummar.

"Elok. Atuk bawa hari-hari pergi mengopi dekat kedai hujung simpang sana," jawab atuk dan mula menghidupkan enjin motor. Walaupun cabuk, enjin motor yang mengaum langsung tidak menampakkan motor itu sudah uzur atau bakal dihumban dalam parit belakang rumah atuk.

"Ha, sekejap lagi Hazril hantar motor lagi satu. Dia uruskan pelancong yang check in dekat chalet. Tunggu sekejap, ya? Siapa nak naik motor atuk ni?"

"Hadi nak, atuk! Hadi!" Ditolak tubuh sasa Ummar ke tepi lalu dia menaiki motor Kriss berwarna merah putih itu. Biarpun penunggang Yamaha R15 itu mempunyai cita rasa tinggi, tetapi baginya motor Kriss ni sangat antik.

Ummar menatap dingin ke arah Hadi yang sudah berangan menjadi superman di atas motor. Kelihatan Eshal dan Mar keluar dari pintu belakang rumah dengan berpakaian santai.

Pagi ini agak panas. Kepala Eshal kini ditutupi topi hitam. Dikerling sedikit Ummar disebelahnya yang menayangkan wajah mendatar. Rambut ikal mayangnya terbang dek angin. Dingin saja wajah itu.

Tangan didada kemas bersilang lalu kaca mata hitam di dalam poket diambil lalu dipakai. Tiada sebarang kata yang keluar, membuatkan Eshal tertanya-tanya dengan sikap Ummar yang sangat tiba-tiba.

"Laila mana?" tanya Hadi apabila melihat tidak melihat kelibat Laila. Jibrael pun sudah menghilang entah ke mana.

"Tadi katanya nak tengok sunrise dengan Jibrael. Entah la. Dah pukul 8 setengah tapi tak balik-balik lagi ni." Jam di pergelangan tangan dikerling. Mar mengangkat bahunya.

"Kita berempat je la ni?" Eshal menggumam sebelum sebuah motosikal jenis Y15 V2 memasuki perkarangan rumah atuk dan wan. Itu Hazril!

Senyuman Ummar tersungging ke arah Hadi yang sudah melopong mulutnya. Gila motor si Hazril. Melepas la dia.

"Nah motor. Pakai la dulu. Abang jarang pakai motor ni. Motor ni Hazim yang selalu pakai. Tapi Hazim tak balik kali ni. Rezeki kau orang ada motor lebih nak bersiar-siar." Hazril senyum lalu kunci diserahkan kepada Ummar.

"Jom, Angel." Sepatah Ummar berkata lalu motor itu ditunggangnya.

"Eh, kenapa Eshal naik dengan kau? Takde, takde. Kau turun! Tu motor kami." Mar menarik lengan Eshal ke arah motor milik Hazril dan menolak sikit tubuh Ummar agar menjauh. Mar mengambil alih motor mewah itu, diikuti Eshal yang membonceng di belakang.

"Pandai-pandai nak bawa anak dara orang membonceng. Aku ni hidup lagi tau," bidas Mar tak ubah seperti seorang emak.

Eshal hanya sengih, memeluk pinggang Mar lalu kepalanya direhatkan dibahu gadis sebaya Ummar itu. Mata memicing halus ke arah dua gadis yang selamat membawa motor keluar dari perkarangan rumah.

"Aku doa lembu langgar korang. Biarkan dia orang Ummar. Meh bonceng dengan aku, meh." Tempat duduk belakang ditepuk oleh Hadi, tak ubah seperti mengajak kekasih untuk membonceng.

"Tepi." Wajah ketat Ummar dipandang tajam oleh Hadi. Gurau sikit tak oleh! Hadi turun dari motor, memberi ruang untuk Ummar mengendali motor tersebut.

"Kami pergi dulu atuk, abang Hazril!" Hadi memeluk kemas pinggang Ummar, gayanya tidak mahu dilepas.

"Kalau kau nak peluk aku macam ni kau jalan kaki!"





Sempatlah motor cabuk itu mengejar motor yang ditunggangi Mar dan Eshal. Seronok ya melambai lambai tangan sambil nyanyi. Ummar menyaingi motor mereka lalu hon motor itu dipicit lama.

"Oi mak kau masuk parit! Ei, sial!" marah Mar setelah motornya hampir hilang kawalan dek terkejut. Laju saja bahunya ditampar oleh Eshal.

"Ini bukan KL, kak Mar. Jangan sebab mulut badan binasa. Buatkan dia orang ikat kau dekat pokok kelapa sebab mencemar pendengaran, tak ke naya?" bebel Eshal. Sempat dia mengerling Ummar yang berkaca mata hitam, santai dengan baju tanpa lengan dan seluar pendek itu. Ingat ni Pulau Maldive? Ini Pulau Tioman la!

"Lu pandang wa pahal? Ada hutang?" bidas Mar sekali. Motor masih santai bergerak pada kelajuan 40 km/j. Baru betul kelajuan pusing kampung!

Ummar membetulkan kaca mata hitam dengan jari tengahnya. Double meaning yang disampaikan kepada Mar.

"Wah lu sudah lebih. Nak race ke? Lai, lai!" Motor itu dipulas minyak sehingga mengaum garang motor itu. Eshal menepuk dahi malu. Sudahlah beberapa penjual kelapa turut memandang mereka. Anak dara mana ni?

"Aku kasi kau jalan dulu 30 saat. Ladies first," sahut Ummar yang sudah siap bersedia mahu memulakan perlumbaan.

"J... jangan layanlah, kak Mar ni! Kak Mar, janganlah! Aku takut. Sini banyak lem... Argh!" Eshal memeluk kemas badan Mar yang sudah memecut laju meninggalkan Ummar dan Hadi.

"Shibal gaesaekiya! Jugullae?!"

Tidak semena-mena Eshal mengeluarkan bahasa utamanya apabila dia hampir sahaja terpelanting jatuh dari motor.

"Aku ni memang cantik tapi aku tak bodoh tak tahu apa yang kau carutkan ya, shibal! Peluk aku kuat-kuat!" laung Mar dengan kuat. Senyuman sinis tersungging melihat Ummar dan Hadi yang menghampiri dari arah belakang.

"Apa kena mengena cantik dengan kepala otak kau, haa?!"  

"Orang cantik selalunya bodoh. Macam kau!" bidas Mar. Puas hatinya melihat Ummar yang masih tidak dapat menyainginya.

"Oh, thanks sebab cakap aku cantik tapi, hey! Aku tak bod... Kak Mar! Lembu!"

"Aku bukan lembu la, sial! Aku... lembu!" Belum sempat Mar mengacip break tangan, tangannya laju menolak handle motor ke arah kanan. Hasilnya, dia dan Eshal selamat mendarat di dalam timbunan kelapa.

"Angel!"

"Woi! Jalan straight pun boleh jatuh ke?!"

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now