BAB 9

26.1K 1.6K 131
                                    

          Eshal buka mata ketika hingar-bingar di sekelilingnya terdengar jelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Eshal buka mata ketika hingar-bingar di sekelilingnya terdengar jelas. Dia masih cuba memproses segala yang terjadi. Apabila memerhati keadaan sekeliling, dia tahu dia berada di dalam wad. Suasana di bilik hospital itu terasa begitu asing, walaupun dipenuhi oleh orang-orang yang dikenalnya.

Matanya terus tertancap pada Ummar, yang masih berbual dengan ayahnya dengan penuh ketenangan dan keyakinan. Namun, di sebalik wajah tenangnya itu, Eshal tahu sesuatu yang besar telah berlaku. Ummar bukan sekadar ada di situ, dia adalah penyelamatnya. Hakikat itu mula menguasai mindanya.

Perlahan-lahan, Eshal mula mengingat kembali detik siling runtuh itu. Bayangan Ummar yang berlari ke arahnya sebelum semuanya menjadi gelap, kini muncul jelas. Tanpa sedar, hatinya berdegup laju. Dia menatap Ummar, yang masih teguh berdiri di hadapan ayahnya, mengakui tanggungjawab atas kecederaan yang dialami Eshal, walaupun ayahnya, Han Jungwon, sudah melepaskannya dari sebarang kesalahan.

"It's not your fault, Ummar. Kemalangan dekat site tu biasa. Cukuplah Eshal selamat. You saved her. Kalau kamu lambat sikit saja, mungkin kecederaan Eshal lebih teruk. So, I won't demand anything from you." Ayahnya, yang biasanya tegas, kali ini bersikap lembut. Kata-katanya membawa makna yang mendalam kepada Eshal.

'You saved her.'

Tiga perkataan itu bergema di dalam kepala Eshal, membuatkan dadanya berdenyut kencang. Dia menatap Ummar dengan penuh rasa syukur dan terima kasih yang tak terungkap. Ada sesuatu dalam cara Ummar menghadapinya. Lelaki itu begitu tenang, begitu berani. Lelaki itu tidak mengeluh, malah tidak sedikit pun menunjukkan kesakitan walaupun tangannya berbalut akibat kecederaan.

Di sudut bilik, Luqman dan Mar terus berdebat. Luqman, yang kelihatan terpinga-pinga, hanya mampu mengusap lengannya yang terkena libasan beg tangan Mar.

"Apa hal kau lembab sangat? Takkan kau tak perasan siling tu nak roboh?" marah Mar dengan suara yang penuh kekecewaan.

"Sumpah aku tak perasan. Waktu tu aku berbual dengan Eshal. Tak pandang kiri kanan atas bawah," jawab Luqman, jelas terasa bersalah.

Mar tidak dapat menahan rasa marahnya. "Harapkan kau, memang naya Eshal. Nasib baik ada Ummar."

Luqman hanya menggeleng, terpaksa akur dengan kata-kata Mar. Dia tahu, di saat kritikal itu, dia gagal menyelamatkan Eshal.

Dalam keheningan, Eshal terus memerhati gerak geri Ummar. Ada sesuatu yang berubah dalam dirinya. Ada perasaan yang tidak pernah dialami sebelum ini. Denyutan di dadanya semakin kuat setiap kali dia menatap wajah Ummar yang serius, penuh fokus dalam perbualan dengan ayahnya. Dia tak pasti apa yang sedang berlaku dalam hatinya, tetapi satu perkara jelas: Ummar ada daya tarikannya yang tersendiri.

Saat Eshal cuba memikirkan apa yang dirasakannya, dia tiba-tiba tersedar bahawa perhatian Ummar kembali tertumpu padanya. Mata mereka bertaut seketika, dan Eshal Cuma mampu tersenyum lemah.

"Angel?" Ummar bergegas ke arah Eshal terlebih dahulu. Diikuti mereka yang lain.

"Angel? Ni ayah." Han Jungwon mengusap wajah Eshal yang berkeringat. Mahu gugur jantungnya ketika dia mendapat panggilan bahawa Eshal ditimpa kemalangan di tempat kerja. Agak aneh dengan kejadian siling runtuh secara tiba-tiba, tetapi mereka tak mahu memikirkan hal itu lagi. Keselamatan Eshal lebih penting.

"Ayah buat apa dekat sini? Bukan ke ayah patut ada dekat Singapore sekarang ni?" Terkejut juga Eshal melihat ayahnya disini. Sepatutnya, ayah sudah berangkat ke Singapura pada hari ini atas tuntutan pekerjaan. Sudah menjadi kebiasaan hidup. Han Jungwon akan meninggalkan Eshal berseorangan dan dia pula akan bekerja tak kira masa dan tempat.

"Macam mana ayah nak pergi? Angel dengan keadaan macam ni! Ayah risau." Si ayah menepuk dadanya. Dahi Eshal yang berjahit itu diusap. Dia bersyukur, satu-satunya anak yang dia punya masih bernyawa.

"Rasa sakit tak?" soal si ayah. Ketika itu, barulah Eshal perasan akan dahinya yang berjahit. Eshal angguk lemah. Ya, rasanya sakit tetapi dia masih boleh bertahan.

"Ayah, hidung Angel ni kenapa?" Soalan itu muncul secara tiba-tiba. Batang hidung yang bertampal penutup luka itu diusap perlahan. Jangan kata hidungnya patah! Hidung ialah aset termahalnya!

"Hidung Angel okey. Ada luka sikit je. Tak payah risau. Bersyukurlah Angel masih hidup," kata si ayah yang sudah masak dengan perangai anaknya. Jangan disentuh hidungnya! Boleh jadi malapetaka dunia!

"Luka?!" Tak menunggu lama, Eshal melompat turun dari katil. Tak dihiraukan tegahan Mar dan ayahnya. Terus dia menuju ke arah bilik air, di mana cermin berada. Tak cukup dengan dahi berjahit, aset terpenting di wajahnya juga luka? Dalam hatinya berdoa agar wajahnya tidak rosak teruk. Jika tidak, mana dia mahu letak mukanya?

Dalam pantulan cermin, Eshal mengamati wajahnya dengan teliti. Ada kesan jahitan di dahi bahagian kiri, luka di hidung, di pipi dan tepi bibir. Tak adalah teruk, tetapi ada kesannya. Nafas lega dihembus sejurus memeriksa wajah di cermin.

"Eshal?" Suara Mar memanggil di luar. Beberapa detik, Eshal melihat Mar menjenguknya di muka pintu bilik air. Hairan juga apabila Eshal melompat turun daripada katilnya hanya kerana mahu menilik wajah.

"Fuh, nasib baik tak patah ke apa. Kalau tak, jatuh hantaran aku, kak. Nasib baik hidung comel aku selamat," adunya. Terkuis-kuis jarinya bermain di hidung sendiri. Mar memejamkan matanya. Pasrah.

"Agaknya DNA dalam kepala kau tu dah tak function lepas siling hempap kepala kau." Mar sudah tak peduli akan ayah Eshal. Sakit pula hatinya dengan Eshal. Semua orang risaukan dia, tetapi Eshal lebih risaukan hidung dia? Takut hantaran jatuh? Kalau tak meloyar buruk, tak sah!

"Sorry, kak Mar. Aku tak bolehlah kalau melibatkan hidung aku ni," balas Eshal selamba.

"Kau minta maaf dekat Tuhan. Aku tak nak maafkan kau. Buat sakit jantung je." Mar mendahului untuk keluar, meninggalkan Eshal yang terkedek-kedek membuntutinya. Marah pula!

Han Jungwon menahan rasa. Mulutnya diterkup supaya tawanya tak terhambur ketika melihat anaknya yang keluar dengan baju hospital yang besar. Serupa budak yang sesat.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now