BAB 4

35.7K 1.8K 136
                                    

          Satu tujuan utama Eshal berada di sini adalah untuk wanita bernama Rosmawati, susuk ibu yang sekian lama hilang dari hidupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Satu tujuan utama Eshal berada di sini adalah untuk wanita bernama Rosmawati, susuk ibu yang sekian lama hilang dari hidupnya. Seorang ibu yang bayangannya terus membayang dalam fikirannya, namun hakikat kehilangannya masih misteri, penuh dengan tanda tanya. Menurut cerita ayah, mummy pulang ke tanah airnya selepas melahirkan dia. Kepulangan yang penuh tragis, setelah pergaduhan dengan isteri pertama ayah, Rosalind, yang memuncak sehingga mummy meminta cerai.

Ayah tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa mummy adalah isteri keduanya. Namun, bagi ayah, Rosmawati bukan sekadar isteri kedua. Dia adalah wanita yang membawa cahaya dalam hidupnya, wanita yang memperkenalkannya kepada agama yang benar. Walaupun ayah sudah menikahi Rosalind terlebih dahulu, cintanya pada mummy begitu mendalam, seperti mawar yang terus mekar di jambangan hatinya, sejajar dengan cintanya terhadap Tuhan.

Ayah tidak mampu menafikan hakikat bahawa Rosalind, isteri pertamanya, enggan menerima Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Ini menyebabkan ayah berada di persimpangan. Kasihan dan sayang kepada Rosalind tetap ada, namun cinta kepada mummy dan Tuhan lebih besar. Akhirnya, ayah membuat keputusan yang berat, dia meninggalkan Rosalind demi keimanan yang baru ditemuinya. Biarpun hatinya berat, biarpun perasaannya hancur kerana meninggalkan isteri pertama yang pernah dicintainya, keputusannya jelas. Dia memilih jalan Tuhan dan membawa Eshal bersama, membesarkan anaknya dalam ajaran Islam di Malaysia sambil mencari keberadaan Rosmawati, walaupun dengan segala keterbatasan.

Dalam hati Eshal, kekagumannya terhadap ayah tidak pernah pudar. Biarpun ayah bukan seorang yang sempurna dalam mendidik agama, dia tetap mencuba sedaya upaya. Bagi Eshal, usaha itu lebih dari cukup untuk menunjukkan betapa ayahnya benar-benar mahu berubah, untuk dirinya, untuk agama, dan untuk mereka berdua. Namun, di sebalik segala perubahan dan pengorbanan itu, satu soalan masih tergantung — di mana Rosmawati? Di mana susuk ibu yang melahirkan dan kemudian menghilang dari kehidupannya?

Sehingga hari ini, Eshal menagih satu keinginan. Dia mahu menemui wanita yang selama ini menjadi bayangan dalam hidupnya. Wanita yang menjadi simbol cinta sejati ayahnya dan alasan mengapa dia dibesarkan dalam keimanan. Satu persoalan. Mengapa Rosmawati meninggalkannya bersama ayah ketika mereka dalam kesusahan?

Eshal Alaya menaruh cawan kopinya di atas meja kafe. Apalah nasibnya? Telefonnya hilang entah ke mana. Permohonan untuk membuat internship di mana-mana syarikat architecture pula masih tiada khabar beritanya.

Haruslah dia tidak mendapat apa-apa panggilan. Telefonnya ada pada lelaki superbike semalam! Kuala Lumpur ni macam-macam hal. Mungkin, lelaki itu salah seorang pencuri barang berharga. Semalam tu cuma taktik nak mencuri!

Kini, habis semuanya lesap! Apa yang dia mahu buat? Terpaksalah dia menghantar resumenya kepada semua syarikat pilihannya sekali lagi! Jari runcingnya menari laju di atas abjad dan nombor di papan kekunci laptop. Sambil dia menunggu seseorang, eloklah dia menyiapkan kerjanya. Tak elok jika tangguh.

Hampir 10 minit menghadap laptop, lehernya mula pegal. Kepala diangkat untuk meregang otot leher. Sempat Eshal menggeliat kecil sambil melihat sekeliling. Tak ada orang sangat. Cuma ada dia dan beberapa orang pelanggan kafe yang sedang menyiapkan kerja sepertinya. Detik itu, matanya bertemu dengan milik seseorang yang dia kenali. Eshal tarik senyuman lebar lalu tangannya naik melambai ke udara.

[BAKAL TERBIT] Raja for AngelWhere stories live. Discover now