Bab 7 🥀🖤

2.3K 72 1
                                    

NADINE berkurung dalam bilik sahaja selepas pemergian Emir. Baru satu jam Emir tak ada, dia dah bosan.

Yalah, tiada teman yang ingin dia berbual, bergurau, mengusik, bergelak tawa sama. Dia nak Emir.

"Emir... I miss you."

Tok! Tok! Tok!

Lamunan Nadine tersentak mendengar ketukan pintu. Nadine bangkit dari katil ingin membuka pintu.

Alangkah terkejutnya Nadine melihat sosok Puan Latifah dihadapannya.

"Mama! Sorry Nadine tak tahu mama dah sampai!" Nadine menyalam tangan Puan Latifah sopan. Nadine senyum dengan penuh rasa serba salah. Rasa biadab diri ini berkurung dalam bilik sampai tak tahu mak mertua sampai sini.

"Tak apa. Emir dah berangkat ya?" soal Puan Latifah apabila mendapati sosok Emir tiada di dalam rumah ini. Malah kereta Mercedes Benz milik Emir tiada di pekarangan rumah.

"Dah mama. Papa mana?"

"Ada di ruang tamu tengah minum minum dengan Tok pa dan Nek ma. Mama saja nak tengok Nadine. Maaflah kalau mama ganggu Nadine ya. Nadine nampak penat, berehatlah. Tapi kalau haus marilah minum sama."

"Eh tak lah! Nadine tak penat. Bolehlah Nadine minum dengan yang lain." Nadine senyum ringkas. Rasa terlebih biadab kalau yang lain sedang bersama di ruang tamu dia pula terkurung dalam bilik. Sebagai isteri Emir dia kena jaga air muka Emir. Tak naklah Emir dipandang buruk pula oleh keluarga sendiri sebab perangai biadab dia.

Mereka berdua jalan beriringan ke ruang tamu ingin menyertai yang lain.

Sampai di ruang tamu, mata Nadine terlihat Athirah yang sedang duduk di sebelah Nek ma. Oh. Athirah turut sama ada di sini. Nak masuk bilik balik boleh tak?

Puan Latifah dan Nadine labuhkan punggung di kusyen. Melihat Nadine yang baru tiba, Athirah terus menuangkan air teh panas untuk Nadine. Secawan teh panas dihulur pada Nadine.

"Nah kak!"

"Terima kasih Athirah."

"Hehe sama-sama." Athirah sengih. Nadine terus menyisip sedikit teh panas itu sebelum di letakkan di atas meja kayu dihadapannya semula.

"Ha Nadine! Kenapa Emir terburu-buru balik hari ini? Ada kerja ya?" Encik Erhan bersuara. Saja mahu berbual dengan Nadine yang kelihatan tak bermaya.

"Ha ah. Dia kata ada kes baru jadi dia kena lapor diri."

"Hmm biasalah Emir. Papa harap Nadine fahamlah ya? Orang macam Emir kerja dia tak menentu," ujar Encik Erhan lembut. Nadine angguk kecil sambil senyum.

"Nadine faham papa." Hmph! Yelah tu... Tadi pun merajuk sampai bertapa tepi sawah berjam-jam! Jenuh Emir nak memujuk. Nadine mengumpat diri sendiri.

"Ha Athirah... Ayah macam mana? Pak long rasa nak ziarah dia lepas ni."

"Ayah okay Pak long, makin sihat nampaknya! Ini semua berkat abang Emir tolong bayar kos rawatan ayah," ujar Athirah sopan. Dia senyum di akhir kata. Jasa Emir akan sentiasa dia kenang.

"Kau orang berdua berehatlah dulu. Baru sampai kan mesti penat bawa kereta. Ayah nak pergi keluar sekejap buat kerja." Tok pa mencelah. Dia bangkit dari duduk dan berlalu pergi.

Puan Latifah dan Encik Erhan pun berlalu masuk ke dalam bilik ingin berehat. Nek ma turut pergi dari situ ke dapur untuk mengemas dapur. Tinggallah Nadine dan Athirah.

"Err... Akak masuk dulu." Nadine turut bangkit tidak mahu berduaan dengan gadis itu. Baru separuh jalan ingin masuk ke bilik suara Athirah terdengar.

"Eh Kak Nadine! Sekejap!" Langkah Nadine mati. Dia pusing tubuh memandang Athirah yang mendekatinya.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now