Bab 36 🥀🖤

1.7K 82 2
                                    

EMIR menahan senyum lucu apabila perasan yang Nadine sedang mengintainya dari bilik air. Emir saja buat-buat tak nampak dan hanya main telefonnya di atas katil. Dia hanya santai di atas katil sambil menggoyangkan kakinya.

Nadine mengumpul seluruh keberaniannya untuk keluar dari bilik air itu, dia berjalan mendekati katil dan mengambil telefonnya. Setelah itu dia mengambil langkah mahu berlalu pergi tetapi Emir lebih pantas memegang pergelangan tangannya.

"Where are you going, hm?" soal Emir setelah bangkit dari katil dan berdiri di hadapan Nadine. Emir terpaksa menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah polos itu.

Dia jadi suka usik Nadine kerana respon isterinya itu sangat comel dimatanya. Dia lebih suka Nadine yang ini berbanding Nadine yang dingin itu. Tolong kekal seperti ini, Humaira...

"S-swimming pool..." balas Nadine gugup. Dia membalas renungan Emir sebelum menunduk memandang dada Emir. Tidak berani mahu memandang sepasang mata itu lagi. Sangat menyeramkan!

"Nak swim?" soal Emir dengan nada biasa. Tiada lagi nada mengusik. Kesian pula tengok isteri dia sudah bergetar lutut itu. Maaf, sayang! Abang sengaja!

"Tak lah... Just nak lepak dekat sana," ujar Nadine memandang Emir kembali semasa dia melontarkan suara.

Emir hanya angguk kecil dan melepaskan pegangannya. Sejurus itu telinga Emir mendengar helaan nafas lega Nadine. Emir menahan senyum dan kembali ke katil membiarkan Nadine keluar sendiri.

Nadine terus berlari laju keluar dari bilik itu. Takut Emir menahannya lagi. Senyuman Emir terus terbentuk dan dia keluarkan tawa kecilnya. Emir pandang lama skrin telefonnya sebelum idea nakal muncul. Emir senyum senget sebelum memandang tingkap bilik mereka.
















NADINE bersantai di tepi kolam renang seorang diri sambil memandang gunung-gunung hijau dihadapannya. Kakinya yang berada di kolam renang diayun-ayunkan. Tenang betul fikiran bila duduk sini. Kawasan ini pun sunyi kerana agak jauh dengan jiran-jiran lain. Senang cerita seperti kawasan ini adalah milik mereka.

Nadine hanya diam mengelamun sehinggalah dia teringat akan peristiwa malam semalam. Pipi Nadine terasa membahang dan mula berubah warna. Nadine jadi malu sendiri.

"Mummy..."

Splashhh!

Nadine menghalang wajahnya dari terkena percikan air yang secara tiba-tiba itu. Bila dia alih sahaja tangan dari wajahnya dia melihat ada satu tubuh tidak berbaju sedang berenang-renang di dalam kolam itu. Cisss! Saja nak tayang badan dia yang berketul-ketul itu!

Nadine jadi tidak keruan bila tubuh itu berenang ke arahnya. Nadine tidak mampu membuat apa-apa dan hanya mengeras di situ sehinggalah Emir memunculkan kepala ke dasar air.

Emir raup rambut basahnya ke belakang dan meraup pula wajahnya yang basah. Sepasang mata itu merenung Nadine dengan hangat. Dia mengambil tiga langkah supaya jaraknya dengan Nadine lebih dekat.

Nadine masih dengan renungan polosnya bila Emir sudah berada betul-betul dihadapannya sekarang. Kedua-dua tangan Emir diletakkan di kiri dan kanan Nadine.

"Come join me, mi amor," bisik Emir bersama senyuman nakalnya. Nadine telan air liur. Bulu romanya menjadi naik mendengar bisikan halus itu. Macam bisikan syaitan pun ada juga... Astagfirullah! Laki ko tu Nadine!

"It's okay. I already take my bath." Tolak Nadine halus. Dia cuba lari dari pandangan Emir. Cisss! Emir saja nak goda dia! Tak ke pelik tu laki goda isteri?

"Come on... Take a bath again don't bother you! Please Humaira..." Pujuk Emir dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. Emir saja mendekatkan pula jarak wajah mereka ingin mengusik Nadine.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now