Bab 23 🥀🖤

1.6K 61 5
                                    


fully action!

SAMPAI sahaja ke ibu pejabat. Emir mendapat berita dari Hayder. Berita yang mampu mengejutkan semua anggota polis. Berita itu juga sudah heboh di ibu pejabat itu.

"David dah dapat lokasi Dragon."

Emir dan anggotanya yang lain tidak menunggu apa lagi. Mereka sudah bersiap sedia dengan semua senjata dan alat-alat lain.

Sampai di lokasi yang dinyatakan oleh David. Semua anggota bergerak mengepung satu bangunan itu. Emir mendahului anggotanya sebagai ketua pasukan.

Emir menjengul ke pintu masuk dan terdapat dua orang yang berjaga di situ. Kedua-duanya terdapat senjata api di tangan.

Emir memberi isyarat pada Hayder dan anggota yang lain bahawa ada dua orang menjaga di pintu hadapan. Emir memberi arahan dengan bahasa isyarat pada Hayder yang mereka berdua akan serang hendap.

Hayder angguk kecil mendengar arahan itu. Senjata disimpan. Mereka berdua bergerak secara perlahan-lahan bersama dan terus menyerang penjaga itu.

Emir melilit tangan di leher seorang daripada dua penjaga itu dan tetak lehernya membuatkan penjaga itu pengsan. Emir perlahan-lahan jatuhkan tubuh itu ke lantai. Emir toleh ke sebelah, Hayder juga sudah tumpaskan seorang lagi penjaga dengan tektik yang sama.

Anggota lain mendekati Emir dan Hayder. Emir beri isyarat pada semua anggota yang dia akan masuk bersama Hayder terlebih dahulu dan yang lain terima isyarat Emir dengan mudah.

Emir mendahului Hayder, masuk ke dalam bangunan buruk itu.

"Hoi!" Mendengar sergahan itu, Emir terus melepaskan tembakan tepat di dadanya. Lelaki itu rebah di atas lantai, Hayder terus mengheret mayat itu sembunyi dari kawasan itu tidak mahu penjahat lain melihat mayat itu.

Emir melihat kawasan itu dengan teliti. Bangunan ini hanya ada dua tingkat sahaja, di tingkat atas hanya enam orang yang kelihatan manakala di tingkat bawah ada sepuluh orang.

"How?" soal Hayder sambil memerhati sekeliling, takut ada yang perasan akan keberadaan mereka di situ. Senjata sudah siap sedia di tangan mengincar mangsa.

"Kita serang hendap. Jangan bagi kantoi. Kau orang semua handle dekat sini biar aku pergi cari Dragon dekat atas," ujar Emir serius. Dahi Hayder berkerut serta merta.

"Seorang? Kau nak aku ikut kau?" Hayder mempelawa dirinya untuk bantu Emir. Dia takut terjadi apa-apa pada Emir kalau Emir pergi sendiri. Hari itu peluru dah selamat ke bahu, hari ini tak tahulah peluru tu nak masuk dekat mama.

"Tak payah. Dekat atas tak ramai orang rasanya. Biar aku pergi seorang. Kalau ada apa-apa nanti baru aku bagi arahan." Emir menolak. Dia tekad mahu ke atas sendiri. Dia mahu tebus salah silap dia beberapa tahun yang lalu. Kalau bukan sebab dia... Adzri pasti masih ada sekarang dan Dragon sudah berjaya di tangkap. Kalau bukan sebab kedegilannya, satu anggota polis tak akan terkorban.

"Kau yakin dekat atas tak ramai orang? Dekat atas tu mesti ada bos dia jadi aku jamin orang dekat atas tu lebih ramai," ujar Hayder serius. Dia kurang setuju kalau Emir naik atas sendiri sebab itu dia mempelawa dirinya untuk bersama Emir.

"Aku boleh handle, Hayder!" bisik Emir keras.

"Okay look! Aku tahu kau ketua pasukan ini, tapi tak semestinya arahan yang kau bagi semuanya betul dan bernas! Musuh tengah target kau, Emir! Jangan bahayakan diri kau boleh? Kalau jadi apa-apa pada kau, aku nak jawab apa pada isteri kau?" Hayder berkeras. Masih tidak setuju kalau Emir naik atas sendiri. Emir betul-betul buat kerja gila! Sudahlah esok majlis resepsi Emir bakal berlangsung!

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now