PERASAAN Nadine kosong saat dia sampai di bumi Itali itu. Hatinya masih meraung-raung mahukan Emir untuk ada di sisinya tetapi mereka sudah jauh sekarang. Terlalu jauh. Bukan sekadar jauh jarak antara Malaysia dan Itali tetapi juga berjauh hati. Bahkan lebih jauh lagi dari Malaysia ke Itali.
Adakah Emir sudah bangun sekarang ini? Dia tidak boleh bayangkan reaksi Emir saat tahu bahawa dia tidak lagi berada di dalam rumah itu.
"Nadine Anderson!" Laung satu suara garau membuatkan Nadine sedikit tersentak. Hilang terus bayangan Emir di akal fikirannya dan Nadine memandang hadapan. Kelihatan seorang jejaka tinggi lampai yang segak berkemeja hitam.
Bila jejaka itu mendekati Nadine dan ingin memeluk tubuh Nadine, Nadine pantas menarik bagasinya untuk menjadi penghalang di antara mereka. Jejaka itu terkaku sebentar.
"Whoaaa! Just now you reject my hug? Shizz! I'm hurt!" Jejaka itu memeluk tubuh dan memandang ke arah lain. Tapi tak sampai beberapa saat dia pandang Nadine semula. Wajah Nadine yang dingin itu direnung.
"Waittt... What is on your head? Is that a new fashion?" soal jejaka itu lagi dengan wajah polos. Nadine hanya menjulingkan matanya ke atas.
"It called hijab, Joshua," jawab Nadine malas. Saat dia perasaan Joshua masih merenungnya pantas Nadine menolak bagasi ke kaki Joshua dengan kasar.
Joshua tersentak dan meringis sakit. Dia memegang lututnya yang terhentak dengan kulit bagasi yang keras itu. Ish! Nadine dari dulu lagi memang kasar dengannya!
"Faster! I wanna go home!" arah Nadine kasar dan dia terus berjalan melepasi Joshua mahu keluar dari lapangan terbang itu. Joshua tergopoh-gopoh mahu mengejar langkah Nadine yang amat laju.
"You really excited wanna see your daddy huh?" soal Joshua sengaja mahu cari gaduh dengan Nadine. Alamatnya dapat jelingan tajamlah dari Nadine. Joshua angkat sebelah tangan tanda menyerah. Mereka sambung melangkah tanpa ada lagi perbualan diantara mereka.
Sampai di kereta, pintu kereta Ferrari Purosangue berwarna hitam metalik itu dibuka di bahagian belakang dan Joshua menunduk hormat kepada Nadine. Nadine masuk ke dalam kereta itu dengan tenang.
Habis itu, pintu ditutup semula oleh Joshua dan dia masukkan pula bagasi milik Nadine di dalam kereta. Joshua berjalan tenang ke tempat pemandu. Setelah dia masuk ke dalam kereta itu, Joshua memandang Nadine melalui pantulan cermin.
"Ready for a war, Signora?" soal Joshua dan tersenyum nakal. Nadine hanya menjulingkan matanya ke atas. Dia tahu sangat maksud 'war' yang dicakapkan oleh Joshua itu. Semestinya dia sudah bersedia! Dari Malaysia lagi dia sudah bersedia untuk perang mulut dengan ayahnya yang sudah hampir setahun dia tidak jumpa itu.
"Just go, Joshua!" Suara Nadine tahan dari menyampah. Dia memandang tajam ke arah Joshua saat mata mereka bertembung dari pantulan cermin kereta.
Joshua gelak kecil menahan lucu melihat wajah cemberut Nadine. Wajah yang amat dia rindu. Enjin dihidupkan sebelum sebelah tangannya memegang stereng kereta.
"Yes Signora Anderson."
SAAT mereka tiba di rumah agam Tuan Nikchel, mereka disambut mesra oleh dua orang gaji.
"Welcome home, Signora," sapa dua orang gaji itu dan tersenyum manis kepada anak majikan mereka. Nadine tersenyum nipis dan menjatuhkan sedikit kepalanya.
Seorang dari mereka mengambil bagasi Nadine dari tangan Joshua dan seorang lagi mahu mengambil beg tangan Nadine namun Nadine dengan tenangnya menolak.
YOU ARE READING
Mrs. Emir Luthfi
RomanceEMIR LUTHFI | NADINE HARLEY ANDERSON Anderson series vol 1 Takdir yang telah menyatukan mereka. Sangat tidak sangka dari hanya berkawan biasa menjadi sepasang suami dan isteri. "Marry me Nadine?" EMIR LUTHFI Hidup mereka bahagia walaupun hanya Emir...