Bab 48 🥀🖤

1.3K 76 5
                                    

EMIR menolak pintu kaca itu sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat itu dengan langkah yang tenang. Masuk sahaja ada banyak mata yang memandangnya membuatkan dia sedikit pelik. Dia terus melangkah ke bilik pejabatnya.

Emir tersentak melihat anak-anak buahnya, Tuan Rosman dan... Sabrina juga berada dalam bilik pejabatnya. Baru saja bibirnya mahu bersuara ingin memanggil nama Sabrina tetapi suara Emir terhenti dan dia terkejut apabila tangannya tiba-tiba digari oleh Hayder.

"Sorry Emir, aku hanya ikut arahan," bisik Hayder setelah selesai menggari kedua-dua belah tangan Emir di belakang tubuh jejaka itu.

Emir tersentak sebelum dia menoleh ke belakang melihat wajah yang penuh rasa serba salah Hayder. Emir jeling pula tangannya yang sudah digari.

"Apasal ini? Apa salah aku?" soal Emir dan cuba untuk meronta tetapi Hayder pula menahan tubuhnya atas arahan dari Tuan Rosman.

Emir pandang Tuan Rosman. Matanya menikam mata Tuan Rosman yang turut tajam. Emir jeling Sabrina yang sedang menundukkan kepala dengan wajah yang... Sayu?

"Inspektor Emir Luthfi. Kau ditahan." Hanya itu saja yang keluar dari mulut Tuan Rosman.

Hayder, David dan Aideel tidak mampu buat apa-apa lagi. Mereka tidak boleh membantah arahan Tuan Rosman walaupun sebenarnya mereka berkeras tidak mahu menggari Emir. Tuan Rosman yang memaksa atas alasan mereka ini anak buah Emir.

"Tuan Rosman betul ke tak ini? Kenapa pula saya tiba-tiba kena tahan? Apa salah saya!" Suara Emir meninggi. Dia cuba meronta lagi namun makin kuat pula pegangan Hayder di lengannya. Sudahnya Emir hanya diam namun matanya tetap memandang tajam ke arah Tuan Rosman.

"Kau... Pembelot!" Suara Tuan Rosman meninggi. Dia memandang tajam Emir seakan-akan Emir adalah penjenayah dan ingin saja dia lepaskan pelurunya pada Emir.

"S-saya tak faham."

"David." Panggil Tuan Rosman tegas. David hanya diam sebelum menunduk ke sebelah meja Emir dan mengambil sesuatu dari dalam laci meja milik Emir.

Dengan tangannya yang sudah elok bersarung tangan getah berwarna putih, David tayang satu paket kecil yang isinya terdapat syabu Naga berwarna merah nyala. Mata Emir membulat melihat syabu naga yang berada di tangan David. Paling dia terkejut apabila dapat tahu bungkusan itu daripada laci meja miliknya.

"M-macam mana-"

"Hayder, Aideel bawa pembelot ini ke bilik siasatan!" arah Tuan Rosman tanpa menjawab soalan Emir. Setelah itu dia memberi isyarat pada Sabrina dan David untuk mengikutnya keluar dari bilik pejabat Emir.

"Hayder! Benda itu bukan aku punya!" ujar Emir mahu meyakinkan Hayder. Dia berharap Hayder dapat melepaskannya namun Hayder tidak menjawab dan menolak tubuh Emir supaya berjalan keluar dari situ.

Hayder dan Aideel memegang kemas lengan Emir dan mereka membawa Emir ke bilik siasatan sesuai dengan arahan dari Tuan Rosman. Mereka cuba mengendahkan soalan dari Emir dan tidak pedulikan dengan rontaan dan jeritan Emir yang meminta untuk dilepaskan.

Emir jelas bingung dengan situasi sekarang ini. Yang pasti dia tahu semua ini angkara Sabrina! Dia lihat senyuman sinis Sabrina sebentar tadi saat mata mereka bertembung. Saat itu juga dia tahu yang Sabrina memang pembelot! Dia tahu Sabrina adalah penyebab dia di gari sekarang ini!









MEREKA duduk saling berhadapan bersama dengan renungan yang agak tajam. Sementara itu Aideel setia berdiri di sebelah Hayder. Telan air liur dia dengan suasana di dalam bilik ini.

Hayder juga rasa sayu. Sebelum ini dia dan Emir akan duduk bersebelahan dan penjenayah akan duduk dihadapan mereka dan akan disoal siasat namun sekarang... Hati Hayder menjerit-jerit saat Emir duduk dihadapannya dalam keadaan tangan digari.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now