Bab 63 🥀🖤

1.8K 102 17
                                    

NADINE mengekori saja Emir berjalan naik ke tingkat atas. Alhamdullilah, dia sudah pun keluar dari hospital setelah dua hari ditahan wad. Syukur tiada terjadi apa-apa pada kandungannya. Doktor pun mengatakan kandungannya sihat. Dia hanya perlu rehat secukupnya dan tidak boleh buat kerja yang berat-berat.

Emir berhenti di hadapan pintu bilik mereka sebelum memusing tubuh memandang Nadine dingin. "Awak tidur bilik lain."

"Kenapa pula?" Hah? Biar betul suami dia ini? Emir nak tidur asing?

"Awak lupa? Awak sendiri yang tak nak sebilik dengan saya kan? Lagi pun selama dua bulan ini saya lebih selesa tidur seorang diri atas katil. Saya dah tak perlukan teman," ujar Emir tanpa nada. Wajah Nadine yang sedikit berubah dia tak ambil peduli. Dia pusing kembali tubuhnya dan masuk ke dalam bilik mereka.

Bibir Nadine memuncung sedikit melihat pintu itu dibuka oleh Emir malah Emir membuka pintu itu seluas-luasnya seolah-olah menjemput kedatangannya. Ceh! Tak nak sebilik tapi tetap buka pintu ini luas-luas! Nak bagi sape masuk? Bunian?!

Nadine buat tak endah dengan kata-kata Emir dan menapak masuk ke dalam bilik mereka. Bila Emir memandangnya tajam, Nadine menekup mulut dengan wajah terkejut.

"Ops! Dah masuk!" Nadine alihkan tangan dari mulutnya dan tersengih kepada Emir. Nadine mendekati Emir yang sudah berada di sebelah katil.

"Awak...!"

Baru saja Emir menuding jari ke arah Nadine dan ingin memarahi wanita itu tapi tindakannya terhenti saat Nadine membuat wajah comel bersama puppy eyes dan bibir Nadine memuncung sedikit. Mata Emir turun melihat tangan Nadine menepuk kecil perutnya sendiri. Amboi! Pandai gunakan anak sekarang!

"Baby... Tengok tu daddy tak nak kita tidur dengan dia. Kita tidur dekat luar jelah eh baby? Dekat sofa sana." Nadine buat-buat sedang berjauh hati dengan Emir. Dia tunduk dengan wajah sayu melihat perutnya sendiri.

"Fine! Awak tidur sini!" Emir meraup kasar wajahnya. Geram! Tak sangka Nadine sudah pandai menggunakan anak untuk mengalahkannya! Cis!

Nadine tersengih dan terus baring ke atas katil. Argh! Rindunya dengan katil ini! Rasa macam nak guling-guling je! Tapi mengenangkan ada anaknya di dalam perut ini dia batalkan niat itu.

Emir geleng kepala. Dia atur langkah ke bilik air mahu bersihkan tubuhnya yang sudah berlengas. Nadine pandang saja Emir yang sudah menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air.

"Nadine akan dapatkan hati abang balik walau apa cara sekali pun... Abang dah bagi hati abang pada Nadine dan Nadine tak akan pulangkan hati abang semula. Nadine mahu genggam hati abang... Sampai akhir nafas Nadine." Nadine senyum tipis dan mengusap perutnya.

"Baby tolong mummy okay?"

Berbelas minit dia berada di dalam air, akhirnya Emir keluar dan saat dia buka saja pintu bilik air, matanya terpandang Nadine yang sudah terlelap di atas katil. Tanpa sedar kakinya menapak ke arah Nadine dan berhenti di tepi katil.

Emir geleng kepala melihat Nadine masih memakai baju sama. Hari dah nak malam ini, bukannya nak salin baju dulu!

"Nadine... Bangun. Salin baju dulu baru tidur balik," ujar Emir dan menepuk kecil bahu Nadine.

Nadine tidak terkesan dengan suara Emir. Dia masih lena dibuai mimpi.

"Nur Aisyah..."

"Hmmm..."

"Bangun. Salin dulu baju itu."

"Hmmm..."

Apa yang hmm hmm nya sayang oiiii...

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now