Bab 38 🥀🖤

1.6K 81 12
                                    

TANGAN mereka menggenggam satu sama lain sambil melangkah masuk ke dalam supermarket itu. Disebabkan barang basah telah habis, Emir merancang untuk mengajak Nadine membeli belah barang dapur. Senanglah kalau mereka mahu makan nanti, tidaklah mengharap untuk pesan makanan di luar saja.

Emir menolak troli dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi dibiar dipegang oleh Nadine. Emir hanya pasrah bila Nadine mengayun-ayunkan genggaman tangan mereka.

Destinasi pertama mereka ialah pergi ke tempat buah-buahan dan sayur-sayuran. Emir terus mengambil dua plastik apel hijau yang sudah siap dibungkus dengan plastik transparent dan dimasukkan ke dalam troli. Senyuman Nadine melebar. Emir tahu-tahu saja dia gemar memakan apel hijau! Ingatkan nak ambil satu plastik saja tetapi Emir sudah ambil dua terus. Orang kata rezeki jangan ditolak...

Selesai masukkan apel hijau, Emir mengambil pula satu plasik oren. Setelah itu, buah lai juga diambil dan dimasukkan ke dalam troli. Setelah itu mereka berjalan ke tempat sejuk. Nadine mencapai sebekas buah strawberi yang besar dan merah, buah strawberi itu dimasukkan juga dalam troli.

"Ada lagi?" soal Emir kerana ingin ke bahagian lain pula. Bahagian buah-buahan selesai!

"Dah!" Nadine angguk laju bersama senyuman kecil. Emir membengkokkan sedikit lengannya memberi isyarat supaya Nadine memeluk lengannya. Nadine akur dan memeluk mesra lengan Emir. Mereka berdua berjalan ke tempat sayur yang dekat dengan bahagian buah-buahan.

"Eiiyu! What is this?" soal Nadine memandang pelik bendi yang berada di sebelah kanan mereka. Mata Emir mengikut ke arah sayur yang sedang Nadine pandang. Dia gelak kecil bila tangan Nadine ingin menyentuh bendi itu.

"That's we call bendi," ujar Emir tenang. Tangan Nadine yang ingin menyentuh bendi itu terus terhenti. Dahi Nadine sudah berkerut memandang Emir.

"Bendeyy?" Ulang Nadine semula membuatkan tawa kecil Emir pecah.

"Bendi sayangku... Not bendey!" Emir betulkan perkataan bendi itu. Nadine hanya menjuih bibir dan memandang bendi itu. Tangannya gatal ingin menyentuh bendi itu.

Sentuh saja bendi itu, Nadine seperti terkena renjatan elektrik dan terus larikan tangan dari bendi itu. "It's furry!"

Bendi itu sedikit berbulu bila Nadine menyentuhnya. Boleh makan ke tu? Tachoddd!

"Yes, yes it's furry..." Emir hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Nadine. Setelah itu dia menarik Nadine pergi ke tempat lain. Beberapa jenis sayur dia ambil dan Nadine hanya diam memerhati.

Mata Nadine memandang ke sesuatu arah sebelum matanya membulat, lengan Emir terus disentuh. "Emir! Jom pergi tengok aiskrim!" Tanpa menunggu persetujuan dari Emir, Nadine terus menarik tangan Emir ke bahagian aiskrim. Emir pasrah sebelum mereka berhenti di hadapan satu peti.

"Wahh! There's so many types of ice cream! Which one do you think is delicious, Emir?" soal Nadine bersama senyuman. Sudah lama dia teringin nak makan aiskrim! Masa jadi model dahulu memang jarang bahkan tidak pernah menikmati segala jenis manisan. Diet saja memanjang...

"I don't know... Emir tak makan aiskrim," respon Emir membuatkan Nadine memuncungkan bibir. Emir ini!

"Okay... Okay... I think this one is delicious." Jari telunjuknya menunjuk aiskrim La Cremeria berperisa Hazelnut Chocolate Fantasy. Dia hanya menunjuk saja aiskrim yang menarik minatnya. Terus terukir semula senyuman Nadine. Dia membuka peti itu dan mengambil aiskrim yang dimaksudkan oleh Emir.

"Lagi?" soal Nadine. Matanya terkelip-kelip memandang Emir. Emir memuncungkan sedikit bibirnya sambil mata berlari-lari melihat segala jenis aiskrim di situ.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now