Bab 31 🥀🖤

1.6K 76 4
                                    

EMIR mahu jatuhkan kaki ke atas lantai dengan susah payah. Budak kecil itu bukannya nak tolong! Emir jeling Adam yang sedang dengan dunianya sendiri.

Emir meringis perlahan. Pergerakkannya terbantut akibat sakit di tepi perutnya. Emir pegang tepi perutnya. Huh! Aku sumpah sape tembak aku ini memang aku lempor dekat lubang buaya!

Adam menjulingkan matanya ke atas melihat Emir bersusah payah untuk bangun dari katil. Acah kuat sangat orang tua ini!

Adam masukkan telefon ke dalam poket seluarnya. Dia bangkit dari sofa dan berjalan mendekati Emir yang sudah terduduk di birai katil. Lengan Emir dicengkam agak kasar. Memang taklah dia nak berlembut dengan orang tua ini!

"Lain kali itu mintalah tolong! Mulut tu dah bisu ke?" Sambil membebel dia bantu Emir untuk berjalan ke bilik air.

"Diamlah kau, budak kecil!" Adam terus berhenti. Dia tolak sedikit Emir, melepaskan pegangannya. Adam memeluk tubuh, wajahnya penuh selamba setelah menolak Emir.

"Kau panggil lagi aku budak kecil, aku biar kau membuang dekat sini."

"Oh ya? Kau ingat aku lumpuh sampai tak boleh jalan?" Emir tidak mahu mengalah. Sambil memegang kesan tembakan itu, dia berjalan terkedek-kedek ke bilik air. Sempat juga dia menjeling Adam.

Tak sampai beberapa tapak, kaki Emir longlai. Lututnya terasa longgar. Dah lama dia tak berjalan sampai terasa kaki ini tidak terasa. Adam sigap memegang pundak Emir mengelakkan dari Emir terjatuh menyembah lantai.

Haduh! Dah macam hero dengan heroin dah main sambut-sambut ini! Adam perlukan sinki! Dia nak muntah!

"Ha! Ha! Melawan lagi! Kan dah nak rebah! Budak kecil ini juga yang tolong kau tahu?" Mereka saling membalas jelingan. Adam memapah Emir ke bilik air.

Sampai di bilik air, Emir berpaut di tepi pintu bilik air. Adam menjauhkan tangannya dari Emir dan memeluk tubuh.

"Kau boleh cebok sendiri kan? Ke nak budak kecil ini tolong juga? Sorry lah! Aku tak nak, kau-"

Bammm!

Emir menghempas kuat pintu itu tanpa amaran. Adam memejam erat matanya. Cis! Tak sempat aku nak sakitkan hati dia lagi!

"Orang tua! Budak kecil ini tunggu dekat luar tau? Jangan rebah dalam bilik air itu sudah!"

Okay. Sekarang dia rasa macam betul-betul tengah jaga orang tua.












NADINE terdiam di situ melihat Adam sedang memapah Emir mendekati katil. Dua jejaka itu membeku sejurus melihat wajah Nadine muncul dari sebalik pintu bilik wad secara tiba-tiba.

Adam tersentak, dia terus menolak tubuh Emir menjauhinya, dua-dua tangan diangkat gaya pesalah. Takut Nadine tersalah faham. Emir hampir terjatuh ke lantai namun sempat dia berpaut di birai katil. Nasib baik dah dekat dengan katil!

Emir jeling tajam Adam. Lain kali bagi signal dulu, budak kecik!

"Kau orang buat apa?" soal Nadine. Matanya terkelip-kelip memandang kedua-dua jejaka itu. Tak percaya dengan apa yang dia lihat tadi. Dua jejaka yang selalu beradu mulut itu boleh pula bersentuhan! Ingatkan alergik sangat dengan satu sama lain!

"A-Adam cuma tolong! Kak Aisyah jangan salah faham! Adam masih lurus!" Suara Adam gugup. Emir menjulingkan matanya ke atas. Aduh! Habis itu kau ingat aku bengkok ke?

Emir dengan susah payah labuhkan punggung di birai katil. Dia mengeluh berat. Baru berjalan dari bilik air ke katil pun dah penat! Dia ni betul-betul dah tua ke? Habislah mulut budak kecil itu masin!

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now