Bab 18 🥀🖤

1.5K 62 2
                                    

NADINE terjaga di malam yang hening. Kepalanya yang berdenyut-denyut dari pagi tadi membuatkan dia susah mahu tidur. Matanya menoleh ke sebelah. Kosong.

Mata Nadine terpandang seseorang yang sedang tidur di sofa. Terkedu Nadine. Emir... Betul-betul tidak mahu sentuh dia lagi.

Melihat tubuh itu menggeliat kecil, Nadine terus pejamkan mata.

Emir terjaga tiba-tiba apabila dapat rasa renungan seseorang. Dia toleh ke katil. Nadine sudah tidur. Dia mengeluh kecil. Dia tidak tahu bagaimana pengakhiran semua ini. Macam mana rumah tangga mereka kalau mereka teruskan begini? Emir mahukan Nadine yang ceria.

"I love you Humaira. Even words can't describe my love for you actually. If letting you go can make you happy, I will do it. But not know. The times will come. Please stay for a moment. Please..." bisik Emir sambil merenung Nadine yang sudah terpejam matanya. Jarak mereka agak jauh sekarang namun hati mereka lagi jauh. Dan Emir sendiri yang mencipta jarak itu.

"Good night, ya Humaira."







EMIR termenung jauh. Komputernya dipandang kosong. Langsung tiada semangat mahu bekerja.

Dalam otaknya berfikir seribu satu cara mahu memujuk Nadine. Dia mahu mereka berbaik seperti sedia kala. Sudahlah tidak lama lagi mereka akan mengadakan majlis resepsi tidak lama lagi. Kalau hubungan mereka berterusan begini, macam manalah nanti sewaktu majlis resepsi mereka. Tak akan sampai penghujung majlis Nadine akan buat muka?

"Kau okay?" Soalan dari seseorang membuatkan Emir tersentak. Emir menoleh ke sisinya.

"Okay."

"Bahu kau masih sakit lagi?" soal Hayder lagi. Dia tarik satu kerusi dan duduk di sebelah Emir. Bahu Emir dijeling.

"Dah tak dah. Thanks ambil berat pasal aku. Sayang juga kau dekat aku ya?" Emir berseloroh. Hilang sekejaplah rasa gusarnya.

"Kau kawan aku Emir. Kita dah jadi partner bertahun-tahun," ujar Hayder. Emir sekadar senyum.

"Macam mana progress?" Emir sudah tukar mood bekerja.

"David tengah cari lagi lokasi Dragon," balas Hayder. Emir terangguk-angguk. Dia pandang Hayder lagi.

"Mangsa budak sekolah tu macam mana? Dah sedar?" soal Emir.

"Seorang dah sedar. Aideel tengah soal siasat dia. Dia akan kumpulkan maklumat, cari tahu siapa pengedar dadah pada budak-budak sekolah tu. Mungkin dengan tangkap pengedar dadah tu kita boleh tahu mana Dragon," bebel Hayder dan Emir setia mendengarnya.











NADINE bersiap-siap memakai dress berwarna hitam. Rambut perangnya yang bebas dikepit sedikit dibelakang pengepit berbentuk reben berwarna hitam. Matanya agak sembab bila tengok di pantulan cermin. Dia sudah tak bermaya. Dia merancang untuk pergi ke klinik. Demamnya makin melarat.

Sedang asyik tilik dirinya di cermin, matanya menangkap rantai yang elok dilehernya. Hadiah pemberian Emir sewaktu mereka menikah dahulu. Loket rantai itu disentuh.

Tidak mahu membuang masa di situ, Nadine terus menyangkut beg jenama Dior di bahunya. Langkah di atur ke luar bilik. Selesai menuruni tangga dia bertembung dengan mama.

"Nadine, nak pergi mana?"

"Keluar sekejap," balas Nadine masih berlembut. Dia tahu mama yang meletakkan pil perangsang pada minumannya hari itu. Nadine malas mahu berdebat dengan mama. Apa yang jadi biarlah berlalu.

"Nadine... Mama nak cakap sekejap boleh?" Riak wajah mama berharap. Nadine menggeleng kecil, bibir pucatnya tersenyum.

"Sorry mama. Nadine kena cepat, lain kali saja ya?" Nadine menolak dengan penuh lembut. Dia rasa lemah ingin mengeluarkan suara. Tenaganya hilang sepenuhnya.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now