Bab 11 🥀🖤

1.9K 72 1
                                    

NADINE membuka kelopak matanya apabila terasa pipinya diusap, rambutnya dimain oleh seseorang. Sejurus kelopak matanya terbuka, wajah tampan Emir menyapa pada pandangan mata Nadine. Terkelip-kelip mata Nadine melihat senyuman manis itu.

"Morning, ya Humaira! How's your sleep?" soal Emir lembut, rambut perang Nadine dielus-elus lembut. Wajah Nadine dipandang lembut.

Sudah lama dia terjaga. Dia hanya memerhati wajah isteri kesayangannya. Rasa tenang sahaja melihat Nadine tidur dengan aman. Bila Nadine sudah ada depan mata, tidak perlu lagi dia risau.

"You tak kerja?" soalan pertama yang keluar dari mulut Nadine membuatkan Emir tersentak. Emir sedaya upaya mengukir senyum semula.

"Tak. Hari ini Emir cuti. Emir nak teman isteri Emir ni dekat rumah. Kenapa? Nadine nak Emir pergi kerja ke?"

"Hmm... You kan selalu sibuk dengan kerja. Mana tahu weekend pun tak ada di rumah," ujar Nadine selamba. Dia menutup matanya kembali ingin sambung tidur. Ada lagi sejam nak subuh, baik dia tidur dahulu. Tak tenang dia baring dekat-dekat dengan Emir.

Lama suasana di bilik itu hening. Nadine tidak dapat lelap kembali. Walaupun matanya tertutup, dia masih dapat rasa ada mata yang sedang merenungnya.

Kira-kira dua minit berlalu Nadine masih tidak mendengar suara Emir sehinggalah telinganya mendengar suara garau tetapi persis anak kecil. Ha bagaimana itu?

"Old Macdonald had a farm... E-I-E-I-O~" 

"And on this farm he had a horse. E-I-E-I-O~" Bibir Nadine tidak dapat dikawal dari senyum. Suara itu makin galak menyapa di telinganya.

"With a neigh neigh here. And a neigh neigh there~" Sambung suara itu lagi, tidak berputus asa mahu menarik perhatian Nadine. Akhirnya Nadine buka jua matanya.

Sejurus itu matanya berlanggar dengan mata milik Emir. Haihh Encik Suami... Pagi-pagi buta ni sanggup nyanyi lagu budak-budak semata-mata nak tarik perhatian sekaligus pujuk isteri.

"Emir..."

"Here a neigh. There a neigh. Everywhere a neigh neigh!"

"Old Macdonald had a farm. E-I-E-I-O~" Suara itu mula mengendur dan akhirnya tiada lagi nyanyian kecil itu. Bibir yang tadinya bergerak menyanyi bertukar dengan senyuman lembut.

"I'm sorry. I know it's my fault. Emir minta maaf sebab kerja Emir... Kita tiada masa untuk bersama. Emir tak ada pilihan lain," ujar Emir perlahan sambil tangan mengusap lembut rambut Nadine sebelum tangan itu jatuh. Emir menunduk memandang tilam.

Tidak berani dia mahu memandang Nadine setelah membuat pengakuan itu. Tidak dapat jangka apakah respon nanti.

Tersentak Emir apabila tangan Nadine menyentuh wajahnya buat kali pertama. Mata Emir memandang Nadine yang telah sedia memandangnya.

"It's okay. I faham," ujar Nadine lembut. Dia ukir senyum tipis. Rambut Emir yang sedikit serabai dia betulkan. Sudah lama dia tidak tatap wajah ini. Dia rindu.

Ceh! Baru sehari tidak berjumpa!

"Thank you. I do appreciate it. Thank you, ya Humaira." Emir senyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Nadine gelak kecil.

Dia cukup suka dengan lesung pipit Emir. Dalam! Walaupun hanya sebelah kanan sahaja tetap comel!





NADINE munculkan diri dari sebalik pintu walk in closet. Dari jauh dia dapat lihat Emir sedang bentang sejadah. Songkok hitam sudah sempurna terletak di atas kepala dan Emir mengenakan t-shirt biru gelap dan kain pelikat berwarna biru gelap bercorak petak.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now