Bab 71 🥀🖤

1.6K 75 36
                                    

LIMA bulan telah pun berlalu. Nadine mengusap perutnya yang sudah membuncit. Dia mengukir senyum apabila merasa tendangan dari dalam perut itu.

"Baby ini kalau pagi-pagi kemain aktif ya? Asyik tendang perut mummy je..." Suara Nadine meleret seperti sedang memarahi anaknya. Tangannya tidak berhenti mengusap perutnya sebelum senyumannya mati. Dia jadi teringat tentang hari perjumpaan dia dan Sabrina lima bulan yang lalu.

Nadine labuhkan punggung di kerusi itu dengan wajah kosong. Dia langsung tidak gentar dengan renungan tajam Sabrina dari sebalik kaca lut sinar itu. Dia capai gagang telefon di tepi dinding dan ditekap di telinganya.

Bila Sabrina masih tiada tanda-tanda ingin menjawab panggilannya, Nadine memberikan isyarat supaya wanita itu mengambil gagang telefon. Lambat-lambat Sabrina mengambil gagang telefon dan ditekap di telinganya.

"Hai?" Nadine memulakan perbualan. Dia tersenyum manis melihat wajah dingin Sabrina. Nadine pasti Sabrina sudah dapat berita tentang abangnya, Dragon yang sudah koma dan terlantar di hospital. Dia puas.

"Kenapa senyap?" soal Nadine sengaja. Saja mahu provok Sabrina. Dia tersenyum mengejek bila Sabrina menggenggam kuat gagang telefon.

"Terkejut tak dengar berita pasal abang kau? Kalau kau nak tahu... Aku yang buat dia sampai koma dan lumpuh," beritahu Nadine dan tersenyum sinis. Sangat bangga saat mengucapkan tentang itu. Lagi dia puas!

"Kau... Tak guna! Perkara yang aku akan buat setelah aku keluar dari sini adalah bunuh kau! Kau dengan anak kau akan mati dalam tangan aku!" ujar Sabrina geram dan menumbuk dinding lut sinar itu. Nadine langsung tidak berganjak dan tidak berkelip bila Sabrina menumbuk dinding lut sinar yang menjadi penghalang di antara mereka.

"Jangan yakin sangat. Aku takut... Nasib kau akan sama macam abang kau. Mungkin lebih teruk sebab... Kau. Dah. Sentuh. Suami. Aku... Dua kali. Dua kali kau tembak suami aku. Aku tahu kau yang buat hal semasa majlis resepsi kami. Kau yang tembak Emir sampai suami aku terlantar di hospital selama seminggu. Selepas itu boleh pula ya kau datang wad dia, usap-usap kepala dia? Aku benci tengok hal itu dan aku tak akan lupakan hal itu," ujar Nadine mendatar. Bila dia fikir-fikirkan balik, dia baru tahu siapa dalang yang menembak Emir pada hari majlis mereka. Wanita ini... Sudah buat kacau pada majlis resepsi mereka.

"Tapi sebelum kau tembak Emir, malam sebelum itu pun kau buat hal yang sama kan? Kau yang tembak kaki dia. Am I right?" soal Nadine walaupun dia sudah tahu jawapannya. Wajah Sabrina serta merta berubah. Macam mana... Dia boleh tahu?

"Kalau kau ada hasrat nak bunuh aku, aku pun sama. Kalau hasrat kau mahu bunuh aku sejurus kau keluar dari penjara ini, hasrat aku pula mahu bunuh kau sejurus kau keluar dari penjara ini. Jadi aku rasa baik kau mati reput saja dalam ini sebab kalau kau keluar... Aku siksa kau lagi teruk," ujar Nadine dingin. Dan meletakkan gagang telefon di tempatnya dan berlalu pergi dengan penuh rasa amarah.

Nadine pejam rapat matanya mahu menghalau memori itu.

"Baby... Baby rindu daddy tak? Mummy rindu daddy lah... Dah lama mummy tak jumpa daddy," ujar Nadine lemah. Matanya turun melihat telefonnya. Setiap malam sebenarnya dia akan mendengarkan lagu cocomelon yang selalu dinyanyikan oleh Emir untuknya. Semuanya untuk melepaskan rindu. Tapi bagi dia... Suara Emir lebih sedap berbanding suara asal yang menyanyi lagu cocomelon ini. Kenapalah Emir tak ada rakam suara dia menyanyi lagu cocomelon... Dia rindu nak dengar Emir nyanyi lagu cocomelon!

"Tak lama lagi baby dah nak keluar. Mummy minta maaf ya sayang? Sebab apabila baby lahir saja di dunia ini, baby tak akan dapat kasih sayang daddy." Perutnya diusap tanpa henti bersama renungan sayu.

"Kak Aisyah!" Suara ceria Adam menyapa di telinganya. Amboi amboi... Bila dah jadi laki orang kemain happy lagi!

Alhamdulillah, Adam dan Qaylisha sudah diijab kabulkan minggu lepas. Tak sangka betul adik dia ini berjodoh dengan adik Qayish. Ex dia!

"Adam." Nadine menyahut dan menyeka air matanya yang menitis. Dia melemparkan senyuman pada Adam yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.

Adam diam saja melihat kakaknya tergesa-gesa menyeka air mata. Tidak mahu menegur kerana dia rasa dia tiada hak untuk menghalang Nadine dari terus memikirkan tentang Emir.

"Kak Aisyah dah makan?" soal Adam tenang. Nadine hanya angguk kecil.

"Great!" Adam senyum lebar sebelum memandang perut Nadine yang membulat. Dia kemam bibirnya sebelum lambat-lambat Adam mengangkat kepalanya memandang Nadine polos.

"B-boleh Adam pegang?" soal Adam sedikit gugup. Matanya sedikit membulat dan ternaik sedikit keningnya.

"Mestilah boleh..." Nadine senyum.

Adam sigap melutut di hadapan Nadine dan telinganya di tekap di perut Nadine. Tangannya menyentuh perut bulat kakaknya. Argh! Comelnya perut Kak Aisyah!

"Hai baby... Pak su ni!" Adam gelak kecil dan mengusap perut Nadine. Nadine hanya senyum mendengar Adam berbual dengan anaknya.

Asyik berbual dengan bayi di dalam perut Nadine, tiba-tiba...

Pak!

Adam jauhkan kepala dari perut Nadine dan dia memandang kakaknya teruja. "Kak Aisyah! Baby kick!" Senyuman Adam melebar sebelum dia tekap lagi telinganya di perut bulat Nadine. Teruja pula dia dengan tendangan anak buahnya. Agak kuat!

"Kalau dia tendang sakit ke Kak Aisyah?" soal Adam polos bila sudah puas berbual dengan anak buahnya. Dia labuhkan punggung di sebelah Nadine dan memandang kakaknya lembut.

"Mestilah sakit Adam... Nak Kak Aisyah try sepak Adam?" soal Nadine tahan menyampah. Soalan itu kemain bod... Huh! Jangan disambung!

"Hehe... Tak nak. Tak nak." Adam sengih. Dia telan air liur seketika. Gila kau! Aku trauma tau tengok kakak aku hentak kepala jantan tu dengan batang golf. Memang tak berani nak cari pasal dengan mak buyung ini!















NADINE merenung hangat pelamin yang begitu cantik di hadapannya. Dekorasinya hampir sama dengan pelamin dia dan Emir. Berkonsepkan bunga. Lambat-lambat bibir Nadine mengukir senyum tipis melihat pelamin itu.

"Untunglah baby dalam perut itu dapat merasa naik pelamin." Tegur satu suara garau membuatkan Nadine menoleh.

Nadine senyum tipis melihat Qayish berdiri disebelahnya bersama Arshan. Tubuh Arshan sudah bertumbuh agak besar sekarang sampai tiada siapa pun larat nak dukung lama-lama. Qayish jelah yang boleh buat!

"Ashan pun untung dapat naik pelamin nanti!" Tangan Nadine mengusap pipi gebu Arshan. Dia gelak kecil melihat Arshan menggigit tangan sendiri dan banyak air liur yang keluar.

"Ashan Ashan..." Qayish keluarkan sapu tangan dan diberikan pada Nadine. Nadine yang faham tentang itu membantu Qayish mengelap air liur Arshan. Setelah keluarlah bahasa Arshan yang tidak difahami mereka. Sedar tak sedar usia Arshan hampir menginjak setahun. Sudah sepuluh bulan dah budak comel ini! Rasanya sudah sampai masa untuk Arshan rasa kasih sayang seorang ibu. Begitu juga dengan bayi di dalam perut Nadine yang butuh kasih sayang ayah.

Nadine dan Qayish merenung mata satu sama lain dengan renungan yang lembut.

"Tak sangkakan? Kita ini sebenarnya berjodoh. Pergilah jauh mana pun... Akhirnya kita jumpa lagi. Tapi kali ini rasanya kita dah tak boleh pergi mana-mana dan tak boleh lari lagi." Qayish senyum begitu juga dengan Nadine.

Nadine mengusap perutnya sambil membalas renungan lembut seorang Qayish Ilyaz. Jejaka inilah yang ada bersamanya sepanjang lima bulan ini. Atau lebih tepat lagi, sepanjang Emir tiada. Qayish sentiasa jaga dan lindungi dia dan anaknya. Dia amat terharu dengan sikap Qayish yang sangat ambil berat tentang dia dan kandungannya.











-TAMAT-


















Tiberr...

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now