Bab 35 🥀🖤

1.6K 79 2
                                    

MULUT Nadine melopong melihat rumah banglo dihadapannya. Tidak heranlah lihat reka bentuk rumah banglo ini yang begitu cantik kerana rumah ini terletak di bukit. Rumah-rumah di bukit memang selalunya cantik dan menarik!

Satu hal yang Nadine begitu suka adalah rumah ini agak jauh dengan rumah-rumah lain di kawasan ini! Memang jaga privasi penduduk. Bolehlah dia nak terkial-kial depan rumah nanti! Tak ada siapa pun boleh tengok!

"Tadaaaa!" Emir mendepakan tangannya di hadapan Nadine.

"Do you like it, Humaira?" soal Emir sambil mengambil langkah mendekati Nadine. Bahu Nadine dipeluk dari tepi. Senyuman hangat dihadiahkan kepada isterinya.

"Of course! It such a sweet home!" Senyuman Nadine melebar. Emir yang melihat senyuman itu gelak kecil.

"Jomlah kita masuk! Panas dekat luar ini." Tangan Nadine digenggam erat dan dia menariknya masuk ke dalam rumah.

Makin melebar senyuman Nadine melihat reka bentuk di dalam rumah itu. Wahhh! Cantiknya! Macam ini ya feeling-feeling rumah baru! Nadine terus menoleh ke arah Emir yang sedia merenungnya itu.

"Our bedroom? We sleep together right?"

"Of course! Come, I show you!" Emir menarik pula tangan Nadine mendaki anak tangga sehinggalah sampai ke tingkat seterusnya. Mereka mengambil laluan ke kiri mereka dan berjalan sehingga hujung laluan itu.

Setelah itu, mereka tiba di satu pintu kayu. Nadine semakin teruja setelah sampai di hadapan pintu itu. Pasti bilik mereka!

"Ready, Humaira?" soal Emir, tangannya sudah memegang tombol pintu. Dia merasa lucu melihat Nadine sudah tidak sabar ingin melihat bilik mereka.

Nadine senyum dan mengangguk laju. Emir senyum lebar dan memulas tombol pintu. "Our room!"

"Wahhh! Cantik! It's look similar with my bedroom at Italy!" ujar Nadine semangat. Ruangan itu memang hampir sama dengan biliknya di rumah daddy. Nampak elegant dan modern. Kebanyakkan barang di situ berwarna putih membuatkan suasana di dalam bilik ini tampak tenang.

"Ohh! I miss Italy!" ujar Nadine tiba-tiba setelah masuk ke dalam bilik itu. Emir hanya merenung isterinya.

"Then should we go there?" soal Emir dan memeluk bahu Nadine dari samping. Wajah Nadine direnung tidak lepas. Dia mahukan jawapan dari Nadine.

Nadine tersentak dengan pertanyaan Emir. Pergi Itali?

Kalau kita pergi ke Itali, semuanya bakal hancur Emir. Semua.

"I don't think so... Kita pergi New Zealand sajalah! Nak tak? Dekat situ banyak kenangan Nadine dengan mummy. Manalah tahu... Kita akan jumpa mummy dekat situ?" Nadine senyum tipis.

Hidup Nadine memang berpindah randah sejak perpisahan ibu bapanya. Semasa mula-mula penceraian ibu bapanya, Nadine masih menetap di New Zealand tetapi setelah beberapa bulan, Nickhel iaitu bapanya membawanya pindah ke US. Dia duduk bersama dengan bapanya sehinggalah dia berganjak usia dua puluh tiga tahun.

Semasa dia punya hubungan dengan Qayish sewaktu mereka sedang belajar. Setelah Nickhel dapat tahu tentang itu, Nadine dipaksa ikut bersamanya untuk ke Itali pula.

Nadine bertegas tidak mahu kerana dia tidak mahu berjauhan dengan Qayish. Dia sangat menyayangi jejaka itu suatu ketika dahulu. Anak dan bapa itu bergaduh besar sehinggalah Nickhel mengugut Nadine untuk cederakan Qayish jikalau tidak ingin ikut dia pindah ke Itali.

Nickhel benar-benar maksudkan kata-katanya. Dia benar-benar cederakan Qayish bila Nadine masih enggan untuk mengikutnya. Itulah punca utama sepasang kekasih itu berpisah.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now