Bab 30 🥀🖤

1.7K 84 6
                                    

NADINE senyum puas melihat hasil tangannya melilit tudung dekat kepala ni. Banyak video tutorial tudung yang dia tengok dekat internet tapi satu pun tak jadi. Yang terakhir ini barulah jadi.

"Macam ini barulah isteri Emir Luthfi." Nadine gelak sendiri. Dia mengenakan dress putih dan tudung bawal berwarna salmon yang Adam pilih semalam.

Dia sendiri terpegun melihat dirinya sekarang. Lebih tertutup. Dia tidak rimas langsung memakai tudung itu. Nasib baiklah dia reti nak lilit macam mana kalau tak mahu tercekik leher ini!

Nadine mengambil beg channel berwarna putih itu dan disangkut di bahu. Dia berjalan keluar dari bilik setelah memastikan aircond dan lampu tutup.

Sampai di tangga, dia bertembung dengan Puan Latifah. Nadine senyum melihat wajah Puan Latifah yang terkedu. Pasti kerana tudung yang dia pakai sekarang ini. Pelik sangat ke ya kalau dia pakai tudung?

"Mama."

"Masya Allah! Cantiknya menantu mama ni!" Puan Latifah bawa tangan ke pipi Nadine. Dia senyum manis. Sejuk hati melihat menantunya bertudung seperti ini. Baru kelihatan lebih manis!

"Thank you, mama. Nadine... Cuba untuk pakai tudung. Lagi pun... Emir dah lama teringin nak tengok Nadine pakai tudung. Dulu pakai sekali je masa akad nikah."

"Alhamdullilah, hajat Emir dah tercapai. Isteri kesayangan dia ini sudah menutup aurat dengan sempurna. Mama harap ia berkekalan."

"Insha Allah, mama. Mama doa-doa kan yang terbaik untuk Nadine ya?"

"Of course darling! Ini Nadine nak pergi hospital ke?" soal mama lembut. Matanya tidak lepas memandang Nadine. Nadine angguk kecil setelah mendengar soalan itu.

"Ya mama. Mama nak ikut sama?" soal Nadine. Mana tahu Puan Latifah juga ingin ke hospital. Boleh mereka bergerak sama-sama. Puan Latifah hanya geleng kecil.

"Mama pergi dengan papa petang ini. Nadine pergi sajalah dulu. Suruh driver hantar ya," ujar Puan Latifah. Dia ingin pergi dengan suaminya setelah suaminya pulang dari kerja kerana mereka telah berjanji semalam.

"Mama nanti macam mana?" soal Nadine. Kalau driver yang hantar dia, nanti kalau mama nak pergi butik nanti macam mana? Selalunya driver yang hantar.

"Tak apa. Lepas driver hantar Nadine, dia datang sini balik, jemput mama," balas Puan Latifah tenang. Nadine mengangguk kecil, bersetuju saja. Setelah itu mereka berjalan mengikut haluan masing-masing.







BUKA sahaja pintu bilik wad, Nadine disapa oleh Emir yang masih sama seperti sebelum ini. Nadine mengeluh kecil. Dia cuba untuk kuatkan diri dan mengukir senyum. Dia atur langkah mendekati Emir.

"Assalamualaikum, Emir." Nadine labuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan. Sejurus itu tangan Emir disambar olehnya.

"Emir... Nadine sekarang dah cuba pakai tudung. As you wish, my husband. Mesti Emir suka kan tengok Nadine bertudung? So please... Wake up. It's already a week, Emir. Emir tak rindu Nadine ke? Nadine rindu Emir sangat-sangat... Humaira Emir ini... Rindukan Emir." Tangan Emir diusap dengan ibu jarinya.

"Nadine rindu nak dengar Emir panggil Nadine dengan panggilan Humaira. I like it from the start you called me that." Pipi Nadine merah tiba-tiba. Dia teringat pula kejadian di tepi sawah dulu. Punyalah dia marah pada Emir sampai ingatkan Emir tengah panggil perempuan lain dengan nama Humaira itu.

"Emir merajuk dengan Nadine kan? Sebab itu... Emir tak nak bangun sampai sekarang. Nadine minta maaf. Nadine tak patut layan Emir dingin sebelum ini. Kalau sebelum ini Emir tak pernah putus asa minta maaf pada Nadine setiap hari, begitu juga dengan Nadine. Nadine tak akan putus asa untuk meminta maaf, sampai Emir sedar." Tangan Emir dikucup lembut setelah itu.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now